Monday, April 30, 2018

Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban




 Nisfu Sya'ban
Apakah kelebihan malam nisfu sya’ban?

Banyak kelebihan malam nisfu sya’ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan),
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

7 Kelebihan malam Nisfu Sya’ban

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda Rasulullahu SAW maksudnya:
pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan rahmatNyA dan para malaikatNya maka mengampuni Allah akan dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar diserahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril, urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbangun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 


4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat.
Was-was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. 
Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ”tahukah kamu malam apakah ini?”
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda: Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:
sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga. 
Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban

Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin

Sunday, April 29, 2018

Wirid selepas solat SUBUH


*

Hadis daripada Abu Zar, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Sesiapa yang membaca SELEPAS SOLAT SUBUH, dalam keadaan KAKINYA MASIH seperti TASYAHUD AKHIR, SEBELUM BERKATA-KATA yang lain, (bacaan:) " Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyii wa yumiit, wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir, sebanyak SEPULUH KALI, ditulis baginya SEPULUH KEBAGIKAN, DIHAPUS daripadanya SEPULUH KESALAHAN, DIANGKAT baginya SEPULUH DERAJAT, dan pada hari itu dia akan terhindar daripada HAL-HAL YANG BAHAYA dan TERHINDAR daripada GANGGUAN SYAITAN’. ” 

(HR at-Tirmizi no 3474 - sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Thursday, April 12, 2018

Hadits Qudsi


"Wahai anak cucu Adam,

Kematian akan menyingkap apa-apa yang kausembunyikan,
Kiamat akan menyampaikan beritamu,
Siksa akan mengungkap rahasiamu-rahasiamu.

Jika kau berdosa, jangan kau lihat kecilnya dosa itu,
tapi perhatikanlah kepada siapa kau durhaka.
Jika kau diberi rizki sedikit, janganlah kau lihat jumlahnya,
tapi perhatikan siapa yang memberikannya.

Jangan kau remehkan dosa kecil,
karena kau tidak tahu dosa mana yang akan kau lakukan.
Jangan merasa aman dari "makar"-Ku,
karena "makar"-Ku lebih tersembunyi dari semut yang merayap
di atas batu licin di kegelapan malam.

Wahai anak cucu Adam,

Apakah setelah durhaka kepada-Ku, kau lalu ingat pada amarah-Ku?
Apakah telah kau cegah dirimu dari perbuatan yang Kularang?
Apakah telah kau tunaikan yang Kuwajibkan sebagaimana Kuperintahkan?
Apakah kau telah bersimpati kepada kaum miskin
dengan memberikan sebagian dari hartamu?

Apakah kau telah berbuat baik kepada orang yang jahat terhadapmu?
Apakah telah kau maafkan orang yang menzalimimu?
Apakah telah kau hubungi orang yang memutuskan hubungan denganmu?
Apakah kau telah berlaku adil kepada yang mengkhianatimu?
Apakah kau telah berbicara kapada orang yang mendiamkanmu?

Sudahkah kau didik anakmu?
Sudahkah kau senangkan tetanggamu?
Sudahkah kau bertanya kepada ulama tentang urusan agama dan duniamu?

Sebab,
Sesungguhnya Aku tidak memperhatikan tubuh dan penampilan kalian,
tetapi Aku memperhatikan hati kalian."

NASIHAT AL-GHAZALI BAGI MENCAPAI KEBAHAGIAAN DUNIA & AKHIRAT


WAHAI ANAKKU:

Antara nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya :

“Tanda Allah membenci seseorang hamba-Nya, dia akan sentiasa sibuk dengan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya . Sesungguhnya sesaat umur yang pergi tanpa digunakan dalam ibadah, pasti membuatkan manusia menyesal pada kemudian hari. Sesiapa yang telah mencapai umur 40 tahun, sedangkan amalan kebaikan terlalu sedikit dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukannya, maka bersedialah untuk ke neraka.”

WAHAI ANAKKU:

Memberi nasihat sememangnya mudah, yang sukar ialah untuk menerimanya. Nasihat amat pahit bagi manusia yang mengikut hawa nafsu. Mereka lebih senang dengan perkara-perkara yang terlarang. Ada manusia yang menganggap ilmu yang ada sudah memadai untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu tidak perlu lagi beramal dengan ilmu yang ada. Sebenarnya ini adalah pandangan sesat ahli-ahli fasafah. Subhanallah! Tidakkah mereka tahu orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu maka ilmu sendiri akan mendakwanya di akhirat nanti?

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Manusia yang paling teruk diazab pada hari kiamat ialah orang yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya.”

WAHAI ANAKKU:

Beramallah dengan ilmu yang ada. Yakinlah bahawa ilmu tanpa amal tidak akan menyelamatkan kamu di akhirat. Bayangkan seorang lelaki gagah yang masuk ke dalam hutan, membawa bersama-samanya berjenis- jenis senjata. Apakah kau fikir senjatanya dapat menyelamatkan dirinya sekiranya ia tidak mengangkat dan menggunakan senjata tersebut? Jelas sekali senjata tadi tidak berguna kalau tidak digunakan. Begitulah keadaan seseorang yang membaca dan mengetahui banyak perkara, tetapi tidak langsung menggunakannya pengetahuannya tadi. Ilmunya tidak akan memberi manfaat, tanpa dia sendiri beramal dengan ilmu tersebut.

WAHAI ANAKKU :

Islam terbina atas lima perkara, pengakuan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan mengerjakan haji bagi sesiapa yang berkuasa. Iman bermaksud melafazkan dengan lidah, mengaku dengan hati seterusnya beramal dengan seluruh anggota. Selagi kamu tidak beramal maka selagi itu kamu tidak akan beroleh pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa merendah diri dan beramal sebagai bekalannya selepas mati. Orang yang bodoh pula ialah orang yang mengikut hawa nafsu dan mengharap-harap kebaikan daripada Allah tanpa usaha.”

WAHAI ANAKKU:

Berapa banyakkah malam yang kamu penuhi dengan bersengkang mata menelaah kitab, tanpa mengetahui apakah niatmu yang yang mendorong kamu berbuat demikian? Sekiranya niatmu hanya untuk mendapatkan kesenangan dunia dan sanjungan manusia, maka celakalah kamu. Tetapi sekiranya niatmu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad s.a.w, membentuk akhlakmu, membendung nafsu amarahmu, sesungguhnya akan berbahagialah kamu.

Monday, February 12, 2018

WANITA TERHEBAT

WANITA TERHEBAT
Bukan kerana dia cantik

WANITA TERHEBAT
Bukan kerana dia kaya

WANITA TERHEBAT
Bukan kerana dia pintar

Dan bukan pula kerana disampingnya ada lelaki kaya

Tapi WANITA TERHEBAT

Adalah wanita yang mampu terus berdiri mneyelesaikan masalahnya
Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sebagai sumber kekuatan
Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
Bersabar saat tertekan
Tersenyum saat hati menangis
Diam saat terhina
Mempersona kerana memaafkan
Mampu membalut luka hati dengan sabar
Mampu memadam amarah dengan istiqfar
Dan mampu menghapus dendam dengan maaf

Maka jadi lah kita WANITA TERHEBAT




Wednesday, January 24, 2018

ABAI HAK IBU, TAUBAT TAK DITERIMA

USIA muda adalah masa paling penting dalam perjalanan hidup manusia sehingga Rasulullah SAW sendiri mengingatkan supaya merebut lima perkara sebelum tiba lima masa dan satu daripadanya ialah waktu muda.

Pada usia muda manusia mempunyai beberapa tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan seharusnya ibu bapa perlu memberi pemahaman yang jelas kepada anak berkenaan tanggungjawab itu.
Di dalam Islam ada hak yang perlu ditunaikan oleh pemuda dan pemudi, antaranya peranan terhadap kedua ibu bapa mereka.

Ibu bapa yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia mempunyai hak yang harus dipenuhi oleh anak kerana sesungguhnya reda Allah SWT adalah selepas mendapat keredaan daripada ibu bapa.
Namun, tanggungjawab itu harus dipupuk oleh ibu bapa supaya tidak berlaku sebarang penyesalan selepas mereka meniti usia tua kelak.

Doa anak soleh
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-Asr, Rasulullah SAW bersabda: "Allah itu akan reda pada kamu berdasarkan reda ibu dan bapa kepada kamu. Kemurkaan Allah pula berdasarkan kemurkaan daripada ayah dan ibumu."

Besar tanggungjawab terhadap ibu bapa sehinggakan kewajipan mentaati mereka melebihi daripada tuntutan berjihad di jalan Allah SWT kerana sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu dan bapa.

Oleh itu, jika ibu dan bapa memerlukan perhatian ketika usia tua mereka, maka hak itu perlu dipenuhi dan menjadi keutamaan kepada anaknya. Malah, hak itu perlu ditunaikan walaupun selepas kedua ibu bapa meninggal dunia.

Allah SWT mengangkat darjat jenazah walaupun diazab ketika berada di alam barzah. Selepas ditanya oleh penghuni kubur berkenaan kenikmatan yang diterimanya setiap hari, malaikat menjawab, anak mereka sudah memohon keampunan bagi pihak kedua ibu bapanya.

Begitulah perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau'izati di IKIMfm, bahawa Allah SWT tidak pernah menolak doa daripada anak yang soleh terhadap ibu bapanya, termasuk amalan dan setiap perbuatan baik yang diiringi niat kebaikan itu kepada arwah.

Sambung silaturahim
Selain itu, anak perlu menunaikan hak ibu bapanya dengan melaksanakan janji mereka untuk melakukan amalan kebaikan seperti bersedekah.

Muliakan sahabat ibu bapa walaupun hanya dengan bertanyakan khabar kerana perlakuan anak yang soleh itu akan ditunjukkan oleh Allah SWT kepada ibu bapa mereka di alam kubur.
Sambung silaturahim yang terputus ketika hidup mereka walaupun dengan pihak yang bermusuhan kerana masalah dihadapi mereka. Mohon kemaafan bagi pihak ibu bapa semoga persengketaan dan dosa itu tidak berlarutan.

Islam mendidik anak supaya mendahului ibunya, seperti pesanan Rasulullah SAW kepada seorang pemuda yang datang kepadanya dan bertanya siapakah yang paling berhak untuk dia melakukan kebaikan.

Baginda menjawab: "Kepada ibumu. Lalu pemuda itu bertanya lagi: Siapakah yang perlu dibuat kebaikan selepas itu? Dijawab oleh Rasulullah: Kepada ibumu. Sehinggalah buat kali ketiga persoalan sama diajukan pemuda itu kepada Baginda SAW.
Apabila diajukan soalan sama buat kali keempat, barulah dijawab Baginda SAW supaya melakukan kebaikan kepada ayahnya.

Kisah al-Qamah
Besar kemuliaan seorang ibu sehingga tidak terbalas jasanya menanggung kepayahan mengandungkan anak, berasa sakit melahirkan, menyusukan, tidak cukup tidur menjaga serta mendoakan kesejahteraan mereka.

Ini membuktikan besarnya tanggungjawab anak menunaikan hak ibu mereka. Perasaan belas kasihan dikurniakan Allah SWT bagi seorang ibu melebihi bapa.

Di dalam kitab Tarbiyatul Aulad menceritakan, Abu Layth al-Samarqandi memberitakan daripada Anas yang mengisahkan betapa besarnya kedudukan ibu dalam peristiwa al-Qamah yang tidak mampu mengucapkan syahadah, walaupun ketika sudah menghampiri kematian.
Ibunya berkecil hati apabila al-Qamah melebihkan isterinya berbanding dirinya. Walaupun al-Qamah seorang mukmin yang baik, suka bersedekah, melakukan banyak amal ibadat, kemurkaan ibu menahan lidah al-Qamah daripada mengucapkan syahadah.

Reda ibu
Rasulullah SAW meminta Bilal mengumpulkan kayu untuk membakar tubuh al-Qamah, lalu ibunya merayu kepada Baginda supaya tidak melakukan sedemikian kerana dia tidak sanggup melihat penderitaan dihadapi anak kesayangannya itu.

Ibu al-Qamah kemudian memohon kepada Allah SWT dan menyatakan keredaan kepada anaknya itu. Al-Qamah menemui ajal selepas mengucapkan syahadah.
Rasulullah SAW kemudian mengingatkan, mereka yang mengabaikan hak ibunya akan dilaknati dan taubat mereka tidak diterima oleh Allah SWT.

Penulis adalah Pengarah Hubungan Strategik Radio IKIMfm

Tuesday, January 23, 2018

JADIKAN PEKERJAAN KITA BERNILAI IBADAH


Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh 


SubhanAllah Alhamdulillah Allahu Akbar..


HARUS HALAL & BAIK “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.” (Al Baqarah : 172)
Setiap muslim diperintahkan untuk makan yang halal-halal saja serta hanya memberi dari hasil usahanya yang halal, agar pekerjaan itu mendatangkan kemaslahatan dan bukan justru menimbulkan kerusakan. 

BEKERJA DENGAN PROFESIONAL & BERTANGGUNG JAWAB Islam tidak memerintahkan umatnya untuk sekedar bekerja, akan tetapi mendorong umatnya agar senantiasa bekerja dengan baik dan bertanggungjawab.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah mencintai seorang diantara kalian yang jika bekerja, maka ia bekerja dengan baik.” (HR Baihaqi, dinilai shahih oleh Al Albani dalam “Silsilah As Shahihah”) 

Yang dimaksud dengan profesional dalam bekerja adalah, merasa memiliki tanggungjawab atas pekerjaan tersebut, memperhatikan dengan baik urusannya dan berhati-hati untuk tidak melakukan kesalahan. .

IKHLAS Yaitu meniatkan aktifitas bekerjanya tersebut untuk mencari ridho Allah dan beribadah kepada-Nya. “Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu tergantung niat. Dan setiap orang akan mendapatkan balasan sesuai dengan apa yang diniatkannya.” (HR. Bukhari Muslim) 

Niat sangat penting dalam bekerja. Jika kita ingin pekerjaan kita dinilai ibadah, maka niat ibadah itu harus hadir dalam sanubari kita. Segala lelah dan setiap tetesan keringat karena bekerja akan dipandang oleh Allah sebagai ketundukan dan amal shaleh disebabkan karena niat. Untuk itulah, jangan sampai kita melupakan niat tersebut saat kita bekerja, sehingga kita kehilangan pahala ibadah yang sangat besar dari pekerjaan yang kita jalani itu. 

. TIDAK MELALAIKAN KEWAJIBAN KEPADA ALLAH Bekerja juga akan bernilai ibadah jika pekerjaan apa pun yang kita jalani tidak sampai melalaikan dan melupakan kita dari kewajiban-kewajiban kepada Allah. Sibuk bekerja tidak boleh sampai membuat kita meninggalkan kewajiban. Sholat tetap tepat waktu, karena kerja hanyalah selingan menunggu waktu sholat 

. Semoga bermanfaat