Thursday, March 16, 2023

JANGAN PUKUL ISTERI

 Rumahtangga ni tak selamanya indah. Akan ada masa tak sefahaman dan bertengkar.

Namun ingatlah. Sebagai lelaki jangan sekali-kali naik tangan pada isteri bila bergaduh. Jangan sesekali.

Sekali je naik tangan, akan lekat tabiat sampai bila-bila dan sangat sukar nak ubah. Akan jadi habit. Dan rumahtangga takkan sunyi dari bergaduh dan selisih faham.

Orang lelaki Allah ciptakan kuat untuk melindungi isteri. Bukan untuk pukul isteri. Kalau tak tahan sangat marah, keluar saja rumah. Bukan pukul isteri.

Ingatlah sampai bila-bila".

Memang itu yang aku selalu pesan. Kerana aku lihat dengan mata kepala aku, ada ramai juga orang terdekat jenis pukul bini bila bergaduh.

Dan mengejutkan, orang yang nampak lembut, baik, sopan, lemah lembut dalam bicara, tokoh yang dikenali ramai pun ada yang pukul isteri bila bergaduh.

Luaran kemain baik. Rupanya kat rumah merendahkan isteri. Maki hamun tu biasa. Herdik dan pukul pula.

Ibu-ibu. Didik anak-anak kalian untuk menghormati wanita. Sebesar mana amarah seorang lelaki, jangan biarkan mereka sesekali gunakan kekerasan pada wanita.

Jika terlampau besar masalah rumahtangga hingga tak boleh lagi berbaik, berpisahlah cara elok.

Tapi bukan dengan pukul isteri. Bukan.

Begitulah.

No comments: