Tuesday, September 15, 2015

PERKUBURAN MA'LA DI MAKKAH

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/1475998_375978642547947_1846698863_n.jpg?oh=6a4b6f873a57685defc821aa079e2ca5&oe=565D34F9&__gda__=1449695440_a2658ef1580dd3ab1e3c6b97d407f5e5



 https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-frc3/v/t1.0-9/539820_375979835881161_442425267_n.jpg?oh=bad79bb29107a232a72c54ec308ff426&oe=566AD345https://fbcdn-photos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-0/p180x540/1472950_375979912547820_738516282_n.jpg?oh=13eb4162571ce0a5a8984f95af02beaa&oe=56A29EDE&__gda__=1452991779_53d18e085776285ec8a7c179b03a0b95


SUBHANALLAH , ALLAHUAKBAR. Andainya kita diantara insan-insan terpilih.

 Dari Abdullah bin Masud ra, bahwa Rasulallah saw bersabda “Allah membangkitkan dari tempat ini (pemakaman Ma’la) dan dari seluruh tanah Haram 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab atau tanpa perhitungan dosa. Setiap orang dari mereka dapat membawa 70 000 orang. Wajah mereka cerah dan bersinar bagaikan bulan purnama" (Al-Jundi Fi Fadhailil Makkah)
Manusia pertama yang dikubur di Ma’la adalah Qushay bin Kilab (ketua bangsa Quraish). Kemudian keturunan Nabi saw lainnya diantaranya; Abdu Manaf bin Qushay, Hasyim bin Abdu Manaf, Abdul Muthalib bin Hasyim. Selain itu Abu Thalib datuk Nabi saw, al-Walid ibnu Al-Mughirah, Al-Qasim dan At-Thayib (putra-putra Nabi saw), Sumayyah bin al-Khabbath (wanita pertama yang mati syahid), Abdullah bin Yasir (saudara ‘Ammar bin Yasir), Asma’ binti Abu bakkar Siddiq ra, Abdurahman bin Abubakar Siddiq, Abdullah bin Umar bin Khattab, Abdullah bin Zubair, dan masih banyak lagi sahabat Nabi saw yang dimakamkan di Ma’la.
Inilah al-Ma’lah, pemakaman keluarga besar Bani Hasyim, keluarga Rasulullah saw, yang kemudian dijadikan pemakaman umum, terletak sekitar 1 km utara masjidil Haram. Pemakaman ini dikenal juga dengan nama Jannatul Ma’la yang artinya syurga al-Ma’lah. Siapa gerangan yang tidak tergiur untuk dimakamkan di pemakaman ini?
Yang paling hebat terletaknya maqam Saidatina Khadijah binti Khuwailid ra. Isteri yang tidak pernah dimadukan dan isteri yang disebut-sebut oleh nabi setelah kewafatan beliau.. Khas untuk beliau
“Aku telah sediakan baginya rumah di syurga yang dibuat dari emas dan tiada kesusahan baginya atau kepayahaan”

Monday, September 14, 2015

Hantu Pelaris Berjaya Dirakam

Hantu Pelaris Berjaya Dirakam-Perkara ini terjadi kerana hawa yang masuk dari makanan tersebut berlawan dengan tenaga posistif yang dimiliki oleh orang itu kerana perbuatan dan amalan baiknya.


Jika hal itu terjadi maka automatik, tenaga negatif yang masuk tadi akan keluar. Tidak mustahil hari ini berbagai cara dilakukan orang untuk melaris peniagaan mereka.

Apapun tindakan sedemikian amat bertentangan dengan ajaran agama islam kita. Sesungguhnya setiap perbuatan yang buruk itu akan mendapat balasanya kelak.

Moralnya utk anda yang percaya atau pun tidak, sebaiknya atau sekurang-kurangnya bacalah Bismillah serta doa makan, Sebelum memakan makanan dimana-mana jua terutama ditempat-tempat sedemikian.

Kebaikannya supaya kita tidak menjadi mangsa memakan makanan yang kotor kerana di bimbangi telah dikotorkan oleh syaitan ditempat yang sedemikan.

Tidak dinafikan dunia hari ini bagi sesetengah orang, ramai yang sudah tidak percaya langsung cerita tentang hantu, syaitan dan karut marut ini. Terserahlah pada diri sendiri.
Gambaran Hantu Peludah Makanan Dari Pandangan Ghaib  Pengamal Perubatan  Islam

Hantu Peludah adalah hantu yang di digunakan oleh segelintir peniaga sebagai pelaris di kedai makanan. Dikatakan hantu peludah ini akan meludah dan kencing di atas makanan terlebih dahulu sebelum di sajikan kepada pelanggan, makanan yang di ludahi dan di kencingkan akan menjadi terasa nikmat dan pelanggan akan ketagihan untuk datang ke gerai atau restoran tersebut.


Kesan ludahan dan air kencing hantu tersebut ternyata juga mampu menambah rasa makanan yang di sajikan itu, Bahkan kadang-kadang jika di rasa kurang maka tindakan meludah dan kencing itu dilakukan sampai dua kali atau tiga kali secara berturut-turut,.

Namun kadang tidak semua pemilik Kedai tahu apa-apa tindakan yang dilakukan oleh hantu belaannya dalam rangka membuat laris retorannya, yang mereka tau hanya mereka memagari warung tersebut dengan tenaga pelaris yang diperolehnya dari dia melakukan kegiatan pemujaan tertentu di tempat-tempat yang di anggap keramat.


Imej Hantu Pelaris Yang Di Rakam Di Sebuah Warung Di Pekan Langgar,
Kesan dari tindakan hantu ini di samping membuat masakan berasa sedap yang di sajikan juga membuat tenaga negatif akan masuk ke tubuh orang yang memakan masakan tersebut, di situasi yang lain terkadang jika orang yang memakan masakan yang di ludahi dan di kencing itu kebetulan adalah orang baik-baik dan kuat amalan agama , maka setelah memakan makanan yang di ludahi dan di kencing, beberapa waktu kemudian dia akan merasa mual dan mungkin juga muntah-muntah.

Wassalam, Wa'allahhualam.

Kisah Benar Yang Pernah Di Siarkan Di Akhbar Sinar Harian
Gambar Hantu Pelaris di Kedai Makan?


Imej Hantu Peludah Mirip Seperi Gambaran Di Sebelah

Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.
“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya.

Ya Allah....berapa banyak dah kita ni makan makanan yang dikencing syaitan.  Kita ni main redah saja masuk makan.  Bagi para peniaga, gunakan cara yang betul untuk melariskan jualan.  Gunakan ayat-ayat dalam Al-Quran kerana rezeki yang kita dapat dari jalan yang salah akan memakan diri kita sendiri dan keluarga.  Ingatlah peringatan dari Allah untuk hambanya yang ingkar.

KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH





Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan tragedi kren di Masjidilharam tumbang yang mengakibatkan ramai jemaah yang terkorban termasuk jemaah dari negara kita.  Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.  Beruntungnya mereka kerana mereka berada di tempat yang suci, sesungguhnya mereka adalah insan-insan yang terpilih. Allahuakbar.

 Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing.

Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah.
Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.
Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.
Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah.
Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui
Bolehkah kita bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?
Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”
(riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Menurut riwayat al-Tabarani, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di Madinah, meninggallah di sana.
Sesungguhnya sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaah kepadanya pada hari kiamat.”
(Sabiq, 2000: I: 522-24)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya HARUS untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat.
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat (Makkah,Madinah) yang baik.
Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah....
Semoga kita termasuk di kalangan yang bernasib baik di beri peluang untuk disemadikan di tanah suci Makkah atau Madinah...amiin.

Tuesday, September 8, 2015

Beratnya Tanggungan Seorang Pemimpin

Bernasib baik jika kita tidak diangkat sebagai pemimpin terutama di kalangan anggota pemerintah.
Cuba perhatikan beberapa pedoman yang disampaikan oleh Rasulullah saw:
Daripada Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:
إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang adil di sisi Allah berada pada mimbar-mimbar dari cahaya di sebelah kanan ar-Rahman dan kedua Tangan-Nya adalah kanan, iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum mereka, keluarga dan kepimpinan mereka. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/350, 3406)

Ancaman Kepada Pemimpin Yang Tidak Beramanah

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam telah memberikan peringatan yang sangat keras bagi para pemimpin yang tidak amanah kepada Allah terdahap apa yang dipimpinnya, iaitu dalam mengurus hal-ehwal rakyatnya, sebagaimana sabdanya:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوْتُ يَوْمَ يَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٌ لِرَعِيَّتِهِ إِلّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

“Tidak ada seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lalu ia meninggal pada hari meninggalnya di dalam keadaan mengkhianati rakyatnya melainkan Allah telah mengharamkan ke atasnya syurga.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/343, no. 203. 9/353, no. 3409)

Doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada pemimpin yang tidak amanah secara umum:

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

“Ya Allah, sesiapa yang menguruskan hal-ehwal umatku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan sesiapa yang menguruskan hal-ehwal umatku, lalu dia mengasihi mereka, maka kasihilah dia.” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/351, no. 3407)



Dan ingatlah suami juga adalah pemimpin

Sunday, September 6, 2015

Inilah Gambar Pohon Zaqqum ,Makanan Penghuni Neraka ...Yang Buahnya Berkepala Syaitan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEpU28foa57SmCiMKr_Q8JUM6bNJMV5IFzWy_T-nvN1XEK0x4fTJ3x9nryb0k3UkszEsrjTi5I8kkh7Hkdio8UZlt42KzF4vvExiCJubg5l5msFYtCUlyLJ71oQeRSJ3brx_rpJn_Cd5I/s400/3554865_20130313014531.jpeg
Ini pohon zaqqum, Subhanallah Allah ditunjukkan kpd kita.... pohon zaqqum ini lah makanannya orang2 di neraka nanti...

Na'udzubillah mindzaalik, untok lebih jelas lagi di Alqur'an Surattul AsShaffat Ayat 62-65. أَذَٰلِكَ خَيْرٌ نُّزُلًا أَمْ شَجَرَةُ الزَّقُّومِ

Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِّلظَّالِمِينَ

Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ

Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang; طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ
Pohon zaqqum ini ada di kota Thaif, Saudi Arabiahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEis4MoJgbrkNCtqiNtQMFyjsGK5Xx3VF6Ub1hPKc8qfRMJ40X81FOTigx24FPKmoLgf38JtO8cLwZPiUJ1XilJPQmm4WI7EYMBMO5oyQacMkxovrm_QQamOFKj-N-xiFBtmkm8WIkD9lzQ/s400/11902553_684215795045926_2146123730824693986_n.jpg 
Aaz Zaqqum adalah sebuah pohon yang tumbuh di dasar neraka Saqar atau dasar neraka Jahannam. Dan neraka Jahannam telah dinyalakan hingga mendidih seperti kotoran minyak. 

Para penghuninya sangat rakus dalam memakannya sehingga memenuhi perutnya sebagaimana air panas yang mendidih, air yang memiliki temperatur paling tinggi.
”(Makanan surga) itulah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum. Sesungguhnya kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang zalim. 
Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka jahanam. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. 
Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu, maka mereka memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu. 
Kemudian sesudah makan buah pohon zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas. Kemudian sesungguhnya tempat kembali mereka benar-benar ke neraka jahim”.(As Shaffat:62 – 68 )
Rasulullah Shallahu’alaihi wa Sallam bersabda,”Seandainya setitik dari zaqqum diteteskan di dunia niscaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya?” (HR At-Tirmidzi, Ibnu Majjah dalam sunannya, kitab Az-Zuhud, bab Shifat An Nar, 8/4325.)
Pohon Zaqqum

Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan; (Surattul AsSaaffat Ayat 62-65).
Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka jahanam. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. 
Pohon Zaqqum
Pohon Zaqqum
Pohon Zaqqum
Zaqqum