Bulan Ramadan ini sahaja menyaksikan
tiga kehilangan insan yang memang kita kenali selama ini. Bermula dengan adik
Syahid, anak kepada Bazli UNIC yang menderita kanser limfoma.
Kemudian blogger, Shearasol yang
juga pergi di bulan mulia ini kerana kanser. Dan aktres Indonesia, Julia Perez
yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir setelah menderita kanser servik
sebelum ini.
Ketiga-tiga mereka ini berbeza,
tetapi punya satu persamaan, iaitu meninggalkan insan di sekeliling mereka
hanya kerana derita kanser.
Selain jantung yang merupakan
pembunuh nombor 1, kanser juga kini menduduki takhta teratas kini
kerana begitu senang menyerang dan pergi meninggalkan kita dalam masa cukup
singkat.
Melalui satu perkongsian di laman
facebook, Bekas Pegawai Farmasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
Terengganu, Najihah Che Seman juga turut memberi ingatan tentang bahaya kanser
ini.
Pengalamannya sebelum ini digunakan
untuk berkongsi maklumat 8 penyebab kanser yang memang sering kita buat.
Memang gerun lebih-lebih lagi yang
nombor 4, macam tak percaya pun ada.
Gerun kan bila dengar tentang
kanser. Mana taknya kita dengar seorang demi sorang meninggal sebab kanser.
Kanser ni ada banyak faktor dan lebih menggerunkan faktor ini memang bersepah
di sekeliling kita.
1- Makanan
Kenapa coach sangat tekankan
kurangkan process food dan junk food.
- Process food ada banyak
pengawet, perasa dan pewarna. Sama dengan sosej atau isi ketam yang dibakar dan
dijual kepada kanak-kanak depan sekolah juga sangat berbahaya!.
- Air yang pelbagai warna dan
perisa semata-mata juga bahaya. Biasakan diri untuk minum jus buah atau air
kosong sahaja.
- Malah penggunaan penambah
rasa yang ada monosodium glutamate yang sangat tidak terkawal juga salah satu
faktor penyebab kanser.
Dan kalu kita perasan orang yang
biasa makan di kedai lebih terdedah kepada kepada penambah rasa dan lebih
berisiko mendapat kanser.
Untuk lebih selamat, banyakkan masak
sendiri di rumah.
- Malah plastic yang digunakan
membungkus sup atau tomyam atau apa-apa masakan panas sudah pasti ada interaksi
dengan plastic dan menyumbang pada kanser.
2-Keturunan
Apabila keluarga kita ada kanser,
kemungkinan untuk dapat kanser lebih tinggi mencecah 50% berbanding dengan
orang yang tiada sejarah keluarga kanser. Keluarga yang ada sejarah kanser
perlu lebih berhati-hati.
3- Environment
Kawasan industri atau kilang yang
banyak merembeskan bahan kimia dan toksik juga antara faktor kanser. Ketika
saya bertugas di HSNZ, doctor pakar ada bagitahu kebanyakan kanak-kanak
mendapat kanser leukemia menetap di kawasan berdekatan kawasan industry seperti
kawasan PAKA.
4-Penggunaan microwave
Awas penggunaan microwave memang
penyebab kanser!. Kalu kita lihat negara barat sedia maklum dengan isu ini dan
itu antara sebab microwave jarang digunakan di sana malah diharamkan di
beberapa negara. Radiasi dari microwave mengubah DNA makanan kepada bersifat
carcinogenic terutama dalam makanan bersusu dan bijirin.
5-Kosmetik
Penggunaan kosmetik juga boleh
menyebabkan kanser terutama kanser kulit. Kandungan seperti paraben dan mercury
adalah toxic dan penyebab kanser.
6. Overweight
Orang yang obes mempunyai risiko
yang lebih tinggi bukan sahaja mendapat penyakit darah tinggi, kencing manis
malah juga mendapat kanser seperti kanser payudara, dan kanser usus. Ini antara
sebab utama anda perlu turun berat badan dengan segera.
7. Faktor lain seperti stress,
radiasi, asap rokok dan cahaya matahari juga menyumbang risiko kanser.
Banyakkan? Itu sebabnya coach
bagitahu sebenarnya semua orang boleh mendapat kanser!
Macam mana nak kurangkan risiko
kanser?
Elakkan faktor kanser di atas.
Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Tinggikan immune system badan. Makan
makanan yang tinggi antioxidant seperti green tea juga sangat penting untuk
mencegah kanser!