Thursday, January 12, 2023

RINDU NYA MAK

 Mak tu,

Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.

Mak tu,

Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.

Mak tu,

Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.

Mak tu,

Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.

Mak tu, 

Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.

Mak tu,

Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.

Mak tu,

Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.

Mak tu,

Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.

Mak tu,

Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.

Mak tu,

Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.

Mak tu, 

Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.

Mak tu,

Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.

Mak tu,

Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.

Mak tu,

Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.

Mak tu,

Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA. 

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

YA ALLAH AMPUNKAN IBU DAN AYAHKU

TEMPATKAN MEREKA BERDUA DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

LAPANGKAN KUBUR MEREKA SELUAS MATA MEMANDANG, MASUKKAN MEREKA BERDUA KE DALAM SYURGA MU TANPA HISAB.

AMIN AMIN YA ALLAH


TOK & TOK WAN - RINDUNYA SAAT BERSAMA



 Siapa pernah tinggal dan tidur dengan Tok atau Nenek malah sesetengah tempat dipanggil Opah. Tok dahulu jauh berbeza dari Tok zaman sekarang, baik dari gaya hidup dan personalitinya.

Tok atau Tok Wan waktu dahulu kebiasaannya hidup daif dgn fizikalnya sangat tua. Jarang memakai baju, hanya berkembang dgn batik dan pelikat lusuh serta berkain cukin atau semutar bagi yg lelaki (Tok Wan). Biasanya 'kesaq' atau bau badan Tok akan berbau sirih pinang dan curut. Sukar utk digambarkan bauan tubuh badan insan yg daif tetapi tersangat kaya dgn kasih sayang itu.

Dapat tinggal dengan Tok atau Tokwan adalah suatu kenangan yg sangat indah yg sama sekali tidak ada dijual beli dimini market atau digedung batu yg mewah. Pengalaman itu mahalnya tiada bergalang ganti. Apalagi kalau dapat tidur sekelambu dengan Tok, hangatnya pelukan kasih sayangnya tiada terkata, setiap kali kita hampir terlelap Tok akan mengusap kepala dgn usapan selembut salju. Tangannya kasar bergerutu dan berbau minyak angin. Lenganya dilingkari otot dan urat hijau yg berselirat, itu tandanya betapa kudratnya yg ditelah diperah sepanjang hayat hidupnya demi membesarkan mak ayah kita sehinggalah lahirnya kita kedunia ini. Tok terus meneruskan kasih sayang yg berbaki kpd cucu-cicitnya pula. Tok juga akan mengambil alih membela cucunya kiranya cucu-cucu menjadi anak -anak yatim yg kehilangan ayah dan ibu. Pengorbananya seakan tidak terhenti sehinggalah hayatnya terhenti.

Setiap kali masuk kelambu, Tok akan memastikan tiada nyamuk yg terperangkap didalam kelambu, dengan diterangi cahaya pelita minyak tanah, Tok akan memeriksa disetiap bucu bantal kabu dan kelambu ,melihat dengan teliti kalau-kalau ada pijat yg bersarang. Tok akan memicit pijat, bau pijat agak tengik dan merengsakan lubang hidung. Semua itu Tok lakukan demi kasih sayangnya kepada cucunya yg dipanggil Awang atau Mek.

Tok tak punya tilam spring tebal sekaki, yang ada cuma lembik kabu. Itupun Tok jahit sendiri dari perca-perca kain terbuang, Tok sambung dan jadikan sebagai pembalut kabu. Sehelai gebar bercorak petak-petak yg lusuh dan kusam itu saja utk membaluti tubuhnya dan cucu dari kedinginan malam yg mencengkam. Hangat tubuhnya menghilangkan dingin. Tok melayari mimpinya tentang anak dan cucu yg selalu bermain diruang matanya yg semakin kabur. Namun kasih sayang tidak pernah luntur...

Kalau tidak mencari pijat dan nyamuk sebelum tidur, Tok akan bersila diluar kelambu sambil menggobek pinang dan menghisap curut dibawah bias cahaya pelita yg melintuk-liuk diusik angin malam yg menerobos dari celah dinding papan yg meleweh renggang. Tok ibarat jelapang kasih sayang tempat menyimpan manja diwaktu kecil. Mereka adalah teratak utk disandarkan kasih sayang..

Apapun insan-insan ini telah pergi mendahului kita. Mereka pulang dgn meninggalkan rasa rindu yg teramat dihati kita. Hati yg pernah mereka belai dan manjakan dgn sepenuh jiwa raga. Kita tidak mungkin dapat meneroka apa yg bermain dikotak pemikiran mereka ketika melewati usia senja mereka, ketika mereka menanti waktu-waktu kepulangan... 

Al-Fatihah utk mereka.

15 TIPS MURAH REZEKI


1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.

3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.

4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!

6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.

7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.

11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.

Alhamdulillah...


سيتي نور ايلي  : Sumber

TABAH NYA SANG ISTERI, NAK MENGADU PADA SIAPA ???

 Bila kita suami sakit. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa. Isterikan. Bila tengah malam kadang sakit, isteri tolong urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan sakit kita..

Isteri jaga anak-anak. Dia bagi kita rehat.

Bila anak sakit. Mereka mengadu dengan siapa. Dengan ibunya. Anak merengek sape layankan. Ibunya. Setiap hari tanpa jemu.

Tapi isteri sakit, pening, migrain, sakit perut, susah. Dia mengadu pada siapa? Tiada siapa abang. Suami? Banyak tak nak dengar. Paling-paling tanya teruk ke? Pergilah klinik. Ala sikit jer. Kadang mengadu sakit kena marah lagi. Jika sebuah keluarga semuanya sakit demam. Kita suami demam. Isteri demam. Anak demam. Sape yang jadi kuat dan akan macam sihat? Isteri…mereka sayang dan risau yang lain terlupa dia pun demam dan sakit.

Mereka tiada tempat mengadu. Kawan pun terhad. Mereka seorang diri cuma luah dengan air mata seorang diri. Biasanya.

Wanita kuat dan tabah. Dia bersalin anak kita. Berapa kali mati untuk kita. 9bulan bawa perut sana sini. Lepas bersalin, terus susukan anak. Berjam-jam. Rehat sekejap anak menangis nak susu lagi…

24jam urus semua tanpa rehat. Bersuami tapi tak boleh berbual. Tak nak dengar. Dahler takde kawan-kawan. Takde sesiapa. Jika suami tak sudi nak dengar, siapa lagi teman untuk berbual dan bercerita. Sedih bila fikir cuma diperlukan baru dipandang. Akhirnya bawa sedih dan duka seorang diri.

Begitulah mak kita. Begitulah isteri kita abang. Siapa nak bimbing mereka kalau bukan kita. Kita boleh mengorat dia siang malam masa kita nak. Takkan tak boleh mengorat mereka sekali lagi untuk pimpin mereka masuk syurga?

Hidup jangan pernah penting diri sendiri. Nak ke nanti kalau mati terpaksa uruskan sendiri. Pedoman dalam perjalanan hidup dan mati kita.


Hamba Allah