Monday, November 9, 2020

KONSPIRASI COVID 19 – MENGUBAH SEMPANAN IMAN

Pernahkan kita terfikir dengan wujudnya Covid 19 suatu kospirasi atau secara kebetulan. Orang-orang di negara China, Vietnam, Thailand dah lama makan makanan eksotik, dah berpuluh tahun tapi tak pernah dengar pun mereka kena wabak-wabak penyakit yang mengancam nyawa. 

Penghujung tahun 2019 disebabkaan orang-orang di negara China makan makanan eksotik terutamanya kelawar makan telah tercetusnya fenomena dalam dunia moden ini COVID 19 yang mana sehingga ke hari ini (6/11/2020) telah mengorbankan lebih 1,238,747 nyawa dan telah menjangkiti 48,997,640 manusia di seluruh dunia. 

Bila kita pandang dari sudut agama Islam, saya rasa amat sedih sekali. Cuba kita lihat kehidupan kita hari ini telah jauh dari ajaran dari Al-Quran dan Sunnah. Sejak Mac 2020, semua surau dan masjid seluruh negara mulai suram dengan jemaah. Sewaktu awal perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Mac 2020, semua surau dan masjid ditutup untuk semua jemaah. Tak ada lagi solat berjemaah, tiada kedengaran lagi laungan azan. Kemudian dilonggarkan syarat, hanya AJK masjid sahaja yang dibenarkan solat berjemaah. Solat jumaat tak dibenarkan. 

Surah Al-Jumuah (9) Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). 

Rasulullah S.A.W bersabda : Maksudnya : Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat kerana mengambil mudah akannya, nescaya Allah akan mengunci jantung hatinya- Riwayat Abu Daud (1052) 

Pepatah orang tua-tua “Alah bisa tegal biasa” dah jadi budaya dalam hidup kita sejak Covid 19 ni. Sewaktu tak dibenarkan solat waktu dan solat jumaat dulu, ramai yang kritik dan mengeluh tetapi lama kelamaan ianya telah menjadi perkara biasanya dalam hidup kita sebagai muslim. Walaupun dibolehkan tapi dah semakin ramai yang malas untuk bersolat jemaah di masjid. 

Hairan juga bila memikirkan peraturan yang ditetapkan sewaktu solat, perlu jarak 1 meter setiap jemaah. Ok lah kata nak ikut SOP, mengelakkan jangkitan. SOP tu ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedangkan sabda Rasulullah s.a.w "Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495). 

Kenapa kita mengikut saranan dari orang bukan islam dan mengenepikan apa yang telah dibawa oleh Allah dan Rasul. Adakah semua ini adalah konspirasi untuk membawa orang Islam jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Itulah agenda musuh-musuh Islam, inilah salah satu fitnah akhir zaman. 

Dari Abu Sa”id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: “Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?” Sabda beliau: “Siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

 “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. “ [Al Baqarah 120] 

 Semua kita semua dijauhkan dari firnah akhir zaman dan firnah Dajjal.

Wednesday, September 2, 2020

KELEBIHAN SELAWAT

 

KEAJAIBAN SELAWAT


KEAJAIBAN SELAWAT


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

5) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

6) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

7) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

8) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

9) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

10) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

11) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

12) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

13) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

14) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

15) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

16) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

17) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

18) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

19) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

20) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

21) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

22) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

23) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

24) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

25) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

26) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

YA RABB


 
Aku ingin menjadi KekasihMU
Sehingga kehujung nyawaku

Aku akan merinduiMU
Seumur usiaku

Aku akan menyintaiMU
Seluas langit biru

Aku akan bersandar padaMU
Ketika resah menusuk kalbu
Aku tidak akan melupakanMU
Ketika kegembiraan bertamu

Aku akan berada dalam dakapanMU
Disaat sejuk salju membeku
Aku akan berlindung dibawah naunganMU
Ketika mentari tegak atas ubunku

Aku akan patuh padaMU
Dalam setiap rukukKu
Dan dalam setiap sujudKu

Aku akan taat padaMu
Pada perintahMu
Pada pesuruhMU
Pada petunjukMU

Aku tidak akan jemu merayuMU
Dalam setiap doaku
dan aku akan sabar menunggu
kurnia dan makbur dariMU

KAU adalah CahayaKu
Dalam kelam malam memburu
KAU adalah SuaraKu
Dalam kemerduan Kalamullah berlagu
KAU adalah KekuatanKu
Dalam Perasaan yang keliru
KAU adalah PetunjukKu
Dalam Perjalanan yang penuh berliku
KAU segalanya Bagiku
KAU kekasihKu

Dan aku
Akulah insan yang pemalu
Kerana renunganMU
Akulah insan yang kaku
Tanpa restuMU

 

Wednesday, August 26, 2020

PERINGATAN BUMI

Untuk peringatan diri yg sering alpa dengan keindahan dunia yang plasu belaka.  Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia.  Namun masih ramai manusia yang lalai dan leka

 

Berkara Anas bin Malik r.a

 

·        Wahai anak Adam, berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah engkau akan dimasukkan ke dalam perutku

·        Engkau melakukan maksiat di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan diazab di dalam perutku

·        Engkau ketawa diatas perutku tetapi ingat engkau akan menangis di dalam perutku

·        Engkau bergembira diatas belakangku tetapi ingat engkau akan menyesal dan kecewa di dalam perutku

·        Engkau mengumpul harta  diatas belakangku tetapi ingat engkau akan menyesal di dalam perutku

·        Engkau makan benda haram diatas belakangku tetapi ingat engkau akan dimakan ulat  di dalam perutku

·        Engkau angkuh diatas belakangku tetapi ingat engkau akan dihina di dalam perutku

·        Engkau berlari dengan riang diatas belakang perutku tetapi ingat engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita

·        Engkau hidup didunia bersiramkan matahari, bulan dan bintang dibelakangku tetapi ingat engkau akan kegelapan di dalam perutku

·        Engkau hidup diatas perutku beramai-ramai tetapi ingat engkau akan keseorangan di dalam perutku

 

SABAR ..SABAR ...SABAR...INSYAALLAH

 

Kadangkala kita perlu meneguk pahitnya kecewa terlebih dulu sebelum dapat mengecap manisnya bahagia, 
 
Perlu menguyah pahitnya penipuan sebelum dapat merasa lazatnya kebenaran, 
 
Perlu berjalan di atas duri-duri pengkhianatan sebelum dapat berbaring lena di atas tilam penghargaan dan 
 
Perlu digari dengan kezaliman sebelum dapat bebas berlari dengan sepatu kebebasan serta kemenangan.
 
Banyak lagi sebenarnya proses yang kita perlu lalui dalam hidup ini
sebelum kita dapat mencapai sesuatu.
 
Untuk apa kita hendak membenci dan bersedih tentang orang yang
melupakan kita ? Sepatutnya kita gembira sebab Tuhan tunjuk siapa yang tidak hargai kita
 
 Hidup adalah penerimaan.

Sekuat manapun kamu membantah dan selama manapun kamu bersedih, itu tidak akan mengubah hakikat sesuatu yang telah terjadi.

Dan tidak ada yang kamu boleh lakukan kecuali menangisinya dan membantah tanpa mengubah apa pun.

Kesatlah air mata.  Bersedia untuk yang akan datang.

Biarkan yang berlalu kerana hidup adalah penerimaan.

Tuesday, May 12, 2020

TRIBUTE UNTUK SESEORANG... PENGEMIS JALANAN






Ramadhan  tahun ini tak nampak pun kelibat dia.  Aku tertanya-tanya.
Selalunya akan nampak dia berjalan di hadapan rumah.  Sehari berkilometer
dia berjalan tapi sejak tahun-tahun kebelakangan ini dia dah tak mampu
berjalan jauh mungkin disebabkan faktor usia.

Teringat Ramadhan tahun lepas.  Banyak kali juga selepas maghrib dia akan
datang meminta  nasi dan kadang-kadang minta air kopi untuk mengalas perut. 
Selalunya dia akan diberikan makan semasa ke warung tetapi oleh kerana
 bulan Ramadhan, semua warung tutup.

Walaupun dia macam orang yang tidak siuman, tapi pandai bercakap hal agama.
Mesti dia ada latar belakang agama sebelum ini. Pakaian dia hanya sehelai kain
pelikat yang dipakai dan sehelai lagi diletakkan di atas bahu, tanpa baju.  Pernah
beberapa kali datang ke rumah meminta kain pelikat suami.

Hanya semalam baru aku tahu hal sebenar. Dia telah kembali menemui Allah beberapa
hari sebelum Ramadhan. Menghembuskan nafas terakhir di jalanan.
Ya Allah.... mungkin syurga tempatnya.

Tapi aku sebak bila diceritakan tiada siapa yang mengajarnya mengucap dua kalimah
syahadah walaupun ada orang ketika itu berhampiran dengannya kerana ada  video
yang diviralkan dikalangan masyarakat setempat.  Mungkin dia tak waras tapi dia
adalah manusia, saudara seislam kita, sedangkan dengan haiwanpun kita sayang, inikan
pula manusia.  Jangan pandang hina pada orang yang macam tu. 
Mungkin tempatnya di syurga tapi kita belum tahu lagi pengakhiran hidup kita.

Thursday, April 23, 2020

RAMADHAN AL MUBARAK

SELAMAT MENYAMBUT RAMAHAN AL MUBARAK

SYUKUR ALHAMDULLILAH, ALLAH SAMPAIKAN KITA PADA
BULAN YG  ALLAH LIPAT GANDAKAN PAHALA

SEMOGA IBADAT KITA SEMUA DITERIMA ALLAH SWT

UNTUK PARA SUAMI
SELAMAT MENJADI IMAM SOLAT TARAWIH MALAM INI
DAN MEMBIMBING KELUARGA HINGGA KE JANNAH