Sunday, November 27, 2016

KISAH PERTANYAAN MALAIKAT DENGAN ALLAH SWT,MENGAPA DICIPTAKAN WANITA YA ALLAH ???

 

Ketika Allahm enciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???

"Allah menjawab:"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan 

".Malaikat menjawab dgn takjub,"Hanya dengan dua tangan? Tidak mungkin!

"Allah menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

 Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?

"Allah menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata.

 "Untuk apa ???", tanya malaikat.  

Allah melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.Dia berkorban demi orang yang dicintainya,Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,Tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. 

Allah S.W.T berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,namun, harus cukup lembut untuk memberikan kemudahan. 

 "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

 "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketikaorang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. 

 "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

 "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

 "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan. 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.

 "CINTANYA TANPA SYARAT".

KENAPA KITA PERLU BACA AL QURAN

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca #Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca #Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca #Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca #Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca #Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.

Thursday, November 10, 2016

KENA SAMAN

Dah lama dah dok dapat memo sebab masuk kerja lewat. Lewat tu tak la lama sangat, dalam 2 @ 3 minit.
Tapi lewat tetap lewat.  Lewat pun bukan sebab diri sendiri, tapi disebabkan suami.  Jadi kena redho sajalah.

Semalam disebabkan nak mengejar punch card, terpaksa potong line, tetiba kena tahan dengan polis traffic.
Saman tetap saman. Adoi masalah berganda-ganda........

Monday, November 7, 2016

Suara Sebelum Menuntut Faraid, Ingat Satu Tanggung Jawab Ini

Apabila agama itu diambil separuh-separuh, yang memihak kepadanya diambil yang memberi rugi kepadanya ditinggal.
Saya bukanlah ustazah nak cakap tentang agama, tetapi saya nak ajak saudara saudari semua berfikir akan kisah benar yang berlaku kepada seorang balu kematian suami.
1. Semasa hidup si mati orang susah, adik-beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi hulur belanja untuk anak buah walaupon semuanya kerja best.

2. Rezeki anak-anak si mati dapat beli sebidang tanah dan dapat buat sebuah rumah teres di atas tanah tersebut. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tetapi tak kesampaian (meninggal dulu).

3. Simpanan si mati ada dalam RM10 ribu dalam bank. Ada sebuah rumah. Dan sebidang tanah.

4. Si mati selalu beritahu isterinya kalau dia tiada, isteri dan anak-anak taklah susah mana. Ada tempat bergantung, ada sedikit duit dan ada tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati untuk si isteri dan anak-anak.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung). Si mati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik-beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalau tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Si mati tiada anak lelaki, jadi harta-harta si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.

7. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang ke rumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid. Bahagian untuk isteri, anak-anak, ibu si mati dan adik beradik si mati.

8. Hukum faraid – bahagian isteri dapat paling sedikit (orang Terengganu cakap dapat bahagian kepala mayat). Langsung tak pedulikan perasan si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas-nas, dalil-dalil bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh si balu dengan anak-anak ikut nilai pasaran.
Kemudian mereka-mereka itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris-waris yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal di situ, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual, dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Celah mana mahu cari RM150 ribu? Nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak-anak, dengan jumlah yang si balu dapat dan anak-anak si mati dapat, mustahil dapat cari rumah baru.

11. Bermulalah episod merempat si anak-anak yatim. Berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan si balu,si anak pun bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.

Duit simpanan, tanah sebidang, rumah dijual si waris. Harapan si mati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaannya berkecai sama sekali.

12. Waris-waris,semua lesap lepas dapat bahagian masing-masing. Nak tanya khabar jauh sekali. Nak hulur duit jauh sekali.

13. Lagi malang waris-waris semuanya bekerja bagus. 
Ada cikgu, ada pegawai kerajaan, ada golongan prefesional, malah kaki masjid pun ada.
Tapi sayang, bab tangggung jawab pada anak si mati langsung tak dihiraukan.

14. Walaupun berhak pada harta si mati, tapi kena tengok pula tanggung jawab yang harus dipikul.
Jangan ambil agama itu separuh-separuh untuk kepentingan sendiri. Ya, tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum Tetapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak-anak si mati – tempat tinggal, pakaian, makan minum).

15. Kalau kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ini, berubahlah, dan moga dijauhkan keturunan kita, adik-adik kita, suami kita, anak-anak kita daripada bersifat kejam begini.

16. Ambil pengajaran saudara saudari. Sekali lagi saya ingatkan apa yang agama ajar, bila si mati meninggalkan anak-anak yang belum baligh, wajib bagi walinya (mengikut turutan wali sebelah si mati) menyediakan nafkah untuk anak si mati. Kalau tidak diambil peduli, menanggunglah di akhirat kelak.

17. Hukum faraid itu sangat adil dan indah. Diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung orang-orang di bawahnya.
Kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan jatuh juga kepada adik beradik si mati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggung jawab si wali-wali untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih-lebih lagi apabila si yatim adalah perempuan).
Dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban dan membantu si wali-wali untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

18. Ingat ya dapat pembahagian harta si mati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu. Tetapi tunaikan dahulu tanggung jawab si anak yatim.

copy & paste