Tuesday, November 24, 2015

Sultan Brunai tegas terhadap Obama demi Islam

 
TAHNIAH SULTAN BRUNAI TEGAS DAN BERANI PERTAHAN ISLAM  
Sultan Brunei " Ini Negara Saya, Jangan Berani Masuk Campur Hal Negara Saya " | CNN & media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel & kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka: 
 
“DALAM negara2 kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama & lain-lain. Ianya di dalm Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu... 
 
“Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki & kami akn mula mengamalkan Undang2 Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalm Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami... 
 
“Kami mungkin menjumpai kelopongan2 dalam undang-undang & sistem keadilan kamu & kamu mgkin menjumpai kelopongan2 pada kami pula, akn tetapi ini adalah Negara kami... 
 
“Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu utuk Gay & lain-lain. Kamu lakukannya utk dunia ini yg kamu diami sekarang, sdg kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim utuk dunia ini & dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yg mengamalkan Undang-undang Islam... 
 
“Mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yangg ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yg gagal menempatkan orang-orang yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah & DUIs, kadar bunuh diri & pengguguran yg tinggi & apa-apa yg patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yg menentang Homoseksualiti, ianya bkan sesuatu yg baru.... 
 
“Saat kamu mendengar bahawa Islam & Muslim membuat pendirian & meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yg kamu patut tumpukan pada yg tlh saya beritahu sebelum ini... 
 
“Tidak salahkah membenarkan senjata-senjatamembunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yg belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yg membawa pada AIDS & kerencatan pada generasi baru?? 

 
“Mengapa terlalu risaukan tntg apa yg terjadi di sini, di dlm negara Islam sdg kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin & lain-lain. Ribuan terbunuh di sana & kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yg terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah & kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yg secara langsung terkesan darinya, menerimanya dgn aman... 

 
“Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah utk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yg perlu dijalani sebelum bleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.” 
OLEH | Ke bawah Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
 

Dicatat oleh AL FAKIR Muhammad Fazilul Helmi Raidzan 





TAHNIAH SULTAN BRUNAI TEGAS DAN BERANI PERTAHAN ISLAM Sultan Brunei " Ini Negara Saya, Jangan Berani Masuk Campur Hal Negara Saya " | CNN & media Barat kini sibuk mengancam Brunei disebabkan pelaksanaan Undang-undang Syariah. Mereka memboikot semua hotel & kepentingan Brunei. Berikut adalah jawapan kerajaan Brunei kepada mereka: “DALAM negara2 kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan beragama & lain-lain. Ianya di dalm Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak kamu, aturan cara hidup kamu... “Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem Monarki & kami akn mula mengamalkan Undang2 Islam, Undang-undang Syariah. Islam berada di dalm Perlembagaan kami, identiti negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami... “Kami mgkin menjumpai kelopongan2 dalam undang-undang & sistem keadilan kamu & kamu mgkin menjumpai kelopongan2 pada kami pula, akn tetapi ini adalah Negara kami... “Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu utuk Gay & lain-lain. Kamu lakukannya utk dunia ini yg kamu diami sekarang, sdg kami mengamalkan hak kami menjadi Muslim utuk dunia ini & dunia selepasnya. Ini adalah Negara Islam yg mengamalkan Undang-undang Islam... “Mengapa tidak kamu risaukan anak2 kamu yangg ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yg gagal menempatkan orang-orang yg tertuduh, kadar ketinggian jenayah & DUIs, kadar bunuh diri & pengguguran yg tinggi & apa-apa yg patut dirisaukan DI SANA. Banyak agama yg menentang Homoseksualiti, ianya bkan sesuatu yg baru.... “Saat kamu mendengar bahawa Islam & Muslim membuat pendirian & meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah kepada kebimbangan yg kamu patut tumpukan pada yg tlh saya beritahu sebelum ini... “Tidak salahkah membenarkan senjata-senjatamembunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yg belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yg membawa pada AIDS & kerencatan pada generasi baru?? “Mengapa terlalu risaukan tntg apa yg terjadi di sini, di dlm negara Islam sdg kamu tidak pun membuka mata tentang apa yg berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin & lain-lain. Ribuan terbunuh di sana & kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yg terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah & kamu kecoh menggembar-gemburkan ia, walaupun penduduk di sini yg secara langsung terkesan darinya, menerimanya dgn aman... “Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah utk dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yg perlu dijalani sebelum bleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.” OLEH | Ke bawah Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Wednesday, November 18, 2015

JAWAPAN DARI ALLAH SWT : KENAPA AKU TAK KAHWIN-KAHWIN LAGI?


1- KITA BERTANYA : KENAPA SEHINGGA KINI AKU BELUM ADA JODOH, SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK AKU ?

ALLAH MENJAWAB :
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."  [Surah An Nur : Ayat 26]


2- KITA BERTANYA : AKU ORANG BUJANG LAGI MISKIN, MAKAN DAN MINUM PUN CUKUP HANYA UNTUK KEPERLUAN SENDIRI. APAKAH AKU LAYAK UNTUK BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.

Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." [Surah An Nur : Ayat 32]


3- KITA BERTANYA : TAPI ORANG MASIH LAGI MENGATAKAN AKU BELUM LAGI MAMPU BERKAHWIN ?

ALLAH MENJAWAB:
"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.." [Surah An Nur : Ayat 33]


4- KITA BERTANYA : WALAUPUN MASIH BELUM MAMPU UNTUK BERKAHWIN AKU JUGA INGIN HIDUP BAHAGIA SEPERTI INSAN-INSAN LAIN, BERKASIH SAYANG, MEMPUNYAI PASANGAN HIDUP DAN ZURIAT, APAKAH AKU LAYAK UNTUK SEMUA ITU?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.." [Surah Ar Rum : Ayat 21]


5- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU AKU LAYAK LAH UNTUK BERKAHWIN, TAPI APAKAH CARANYA UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP?

ALLAH MENJAWAB :
"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". [Surah Al Mu’min : Ayat 60]


6- KITA BERTANYA : AKU SUDAH BERDOA, TAPI SEHINGGA KINI BELUM LAGI DIMAKBULKAN DOANYA?

ALLAH MENJAWAB :
”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. [Surah Al-Baqarah : Ayat 153]

”Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. [Surah Alam Nasyrah : Ayat 5 – 6]


7- KITA BERTANYA : AKU TAHU SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN. TAPI, APAKAH TIDAK ADA CARA LAIN YANG MAMPU AKU BUAT?

ALLAH MENJAWAB :
”Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. [Surah Muhammad : Ayat 7]


8- KITA BERTANYA : KALAU BEGITU, BAGAIMANAKAH CARANYA ?

ALLAH MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Kuasa.." [Surah Al-Hajj : Ayat 40]


9- KITA BERTANYA : SETELAH SEMUA ITU DILAKUKAN, BILAKAH PULA ALLAH AKAN MENOLONG AKU?

ALLAH MENJAWAB :
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.." [Surah Al-Baqarah : Ayat 214]


=============================================================
Itulah jawapan Allah buat orang yang bertanya..

Dan Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak akan menyalahi janji-janji NYA.

Inilah juga keyakinan yang PERLU ada pada setiap mukmin dan mukminat. Insyaallah..



Tuesday, November 17, 2015

KISAH BENAR (ANAK SYURGA)


Santapan rohani di pagi yg indah ini.....
Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pi hak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.
"Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius."
Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.
Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.
Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!
Pada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.
Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.
Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.
"Encik, silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya."
Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
"Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya"
Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara
"Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?"
bisik ustaz ke telinganya
"Hari ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!"
Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.
"Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?"
Tanya ustaz mengakhir bicara.
Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini. Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.
Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.
Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.
Kisah benar bagi anak di atas memberitahu kita bahawa semua orang boleh berubah. Walau apa pun sejarah lampau kita, itu bukan halangan untuk masa depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali.

Oleh : Ust Zul Ramli M Razali

Thursday, November 5, 2015

Tahukah Anda Topi Kecil Yang Sering Dipakai Orang Yahudi?





Dulu tertanya-tanya kenapa orang Yahudi memakai topi kecil, ini jawapannya
 
Sudah menjadi rahsia umum apabila melihat foto dan video untuk mengepung Masjid Al Aqsa dan Palestin, kita akan mendapati warga Yahudi memakai sebuah topi kecil yang hanya menutupi bahagian atas kepala.

Tahukah anda mengapa sebahagian warga lelaki Yahudi memakai topi yang dikenal dengan nama Al kibah atau Kippa ini? Berikut sedikit ulasannya untuk anda;

Kippa atau Alkibah banyak dipakai oleh kumpulan ultra-Ortodoks Yahudi yang dikenali ekstrimis kerana mereka percaya bahawa dengan memakai topi ini akan menghindarkan mereka dari kemarahan langit.

Dalam kepercayaan orang Yahudi di kitab Talmud menyatakan, "Tutup kepala anda agar tidak marah yang berada di atas anda."

Biasanya Kippa dipakai warga Yahudi semasa menjalankan upacara keagamaan mereka, dan melepaskannya apabila sudah selesai melakukan kegiatan ibadah tersebut.

Tercatat selain Kippa warga Yahudi ultra-Ortodoks juga menggunakan topi hitam yang dikenal dengan sebutan hardam dan biasanya digunakan oleh semua komuniti Yahudi dari timur, manakala semua topi anyaman dengan warna yang berbeza menggambarkan orang Yahudi keagamaan dengan trend nasional.

*sumber dari eramuslim.com

Sunday, November 1, 2015

5 Jenis Orang Yang Perlu Anda Jauhi Di Pejabat! Bahaya!

Kita nak bekerja bukan sebulan dua, tapi bertahun-tahun barulah akan tukar kerja. Tapi, pasti kita nak rasa seronok tiap kali waktu bekerja.
Contohnya seperti bos yang baik, suasana pejabat yang menyeronokkan dan yang paling penting rakan sekerja yang sekepala, barulah tak stress sangat nak bekerja.
Tapi, ada lima jenis rakan sekerja yang perlu kamu jauhi! Bahaya untuk anda!
Si Busuk Hati


Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan anda yang busuk hati dan suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jaga-jaga!
Kaki Kipas
2
Orang macam ni memang sentiasa ada. Mana sahaja anda pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya.

Peminjam Duit Tak Reti Ganti
3
Ada diantara rakan sekerja yang ada masalah kewangan dan akan datang untuk meminjam. Tapi, kena hati-hati, jika orang itu ada sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti. Sediakan alasan untuk mengelak.

Pemalas & Kuat Ponteng
4
Jauhi dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya anda tak terpengaruh dengan perangai ‘negatif’ mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.

Kaki Gosip
ezgif.com-gif-maker-4
Golongan yang paling banyak dekat tempat kerja, si kaki gosip! Kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa anda pula yang jadi topiknya!