Sunday, May 31, 2015

ALAHAI KOLESTROL



Pada 27 May 2015, lepas tertunailah niat untuk membuat rawatan laser kat mataku.
Inilah hasilnya bila tak jaga pemakanan so kolestrol tinggi maka timbullah butir2 lemak
kat kedua-dua belah mataku.  Dah dekat 5 tahun terdapat benjolan ini.  Kadang-kadang
malu juga aku bila ada orang bertanyakan pasal benjolan tu.

Mulanya aku pun tak tahu sebab apa ada benjolan di tepi mataku sehinggalah selepas
salah seorang doktor kat klinik bagitau itu tandanya kolestrol tinggi. Dan akhirnya selepas
5 tahun aku buat keputusan untuk buat rawatan laser, memang kosnya agak mahal
tapi nak buat macamana, kalau ia timbul kat bahagian yang boleh diselindung tak apa juga,
ni kat bahagian muka.

Rawatan ni tak la menyakitkan tapi yang sakitnya bila doktor suntik ubat bius...sakit.......
4 kali suntik adoi......Bila doktor mulakan rawatan laser tu, ada bau macam 'daging bakar',
lama juga rawatan tu hampir 1/2 jam.  Selepas selesai baru aku tahu bekas rawatan laser tu
kena jahit. 2 hari kat bahagian mataku bengkak. Harap-harap janganlah ada parut nanti.
Lepas ni kena check balik kolestrol ku, rasanya masih tinggi lagi.

Tuesday, May 19, 2015

1,000 kebajikan sehari


 Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Semua Orang Islam Saudara Ku


Semua orang Islam adalah bersaudara. Bukan separuh tetapi semua. Tidak kira bangsa apa, dari negara mana, jika beragama Islam maka kita bersaudara.

Setiap orang Islam mesti berbaik-baik, menyintai dan sayang menyayangi antara satu sama lain.

Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wa sallam bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya sendiri." (HR Bukhari dan Muslim)

Setiap kali melihat orang Islam, katakan, "Dia saudara ku, aku sayang kamu seperti aku sayangkan diriku sendiri".

Thursday, May 14, 2015

BUSINESS STG

Awal minggu ni gatal tangan terhantar whatapps bertanyakan tentang business STG ni.
Asyik dok berbalas message, akhirnya aku pun masuk lah dalam group ni.  Banyak juga
produk yang ditawarkan, dan banyak testimonial yang menarik dari pengguna yang pernah
menggunakan produk tersebut. Antaranya : -





dan banyak lagi produk2 yang ada.

Andai ada yang berminat untuk mencuba produk2 tersebut  bolehlah whatapps kat
017 4700647.  Insyallah kita sama2 kongsikan ilmu dan manfaat dari produk tersebut

Sunday, May 10, 2015

TABUNG HAJI OHHH TABUNG HAJI...Kisah insan-insan kerdil sama seperti aku


PAK ABU masih belum puas. Hujung lengan bajunya ditarik-tarik. Kemudian dikibas-kibas.

Dia menyapu pula pangkal paha seluarnya. Ada berkas bedak yang melekat.

Pak Abu kembali bersuluh di cermin. Rambutnya yang sudah licin berkilat disikat dan dilumur minyak, kembali dibelek. Mukanya yang sudah siap nipis ditepek bedak, semula ditelek.

Pak Abu kemudian tersenyum puas lalu terus keluar dari bilik.

Kunci motosikal yang digantung di dinding sebelah kiri TV lama 18 inci itu dicapai. Dompet kulit permukaannya sudah terkopek-kopek yang diletak di atas almari berisi set pinggan mangkuk berbunga kangkung milik Mak Piah, dicapai. Pak Abu membuka dompet itu. Dia tersenyum puas lalu segera menapak menuruni anak tangga rumah satu persatu.

Honda Cub dihidupkan. Rumah tua di tapak tanah pusaka milik isterinya itu segera ditinggalkan.

Pak Abu mahu ke pekan. Tujuan utama Pak Abu hanya satu. Mahu ke Tabung Haji. Duit hasil jual sekerap yang dikumpulnya selama seminggu yang berbaki selepas beli barang dapur, mahu segera disimpan.

Lebih kerap Pak Abu ke Tabung Haji bermakna lebih banyaklah yang disimpannya bulan itu. Dan lebih banyak duit itu terhimpun, lebih cepatlah Pak Abu dan Mak Piah dapat ke Tanah Suci.

Baru tiga kilometer bergerak, Honda Cub Pak Abu buat hal. Motor tua itu seperti melompat-lompat. Terhuyung-hayang. Pak Abu cepat-cepat menekan brek. Pak Abu turun dan terus melihat ke arah tayar. Sah pecah!

Akhirnya, dengan kudrat tuanya, Pak Abu tolak motor itu.

Pak Abu tak boleh tinggalkan motor tua itu di tepi jalan. Macam mana pun motor itu perlu dibawa sama. Di pekan nanti Pak Abu boleh hantar motor itu ke bengkel untuk dibaiki.

Ada dua kilometer lagi baki perjalanan. Maka dua kilometer jugalah Pak Abu perlu mengheret motor itu merempuh panas mentari yang sudah mula mencarak.

Sampai di pekan baju Pak Abu sudah lencun. Pak Abu segera menyorong motor ke bengkel paling dekat dia nampak.

"Tayar pecah pakcik," kata pomen di bengkel itu.

"Berapa harganya ye kalau tukar tayar?"

"Tiga puluh dah lah pakcik."

Pak Abu membuka dompetnya. Dia memang sudah tahu berapa jumlah wang yang ada di dalam dompet itu. Tapi Pak Abu tetap juga mahu melihatnya semula.

"Bolehlah nak," kata Pak Abu tanda setuju. Tapi di hujung ayat itu ada roman yang berubah di raut wajah Pak Abu.

"Anak tukarkan dulu ye. Nanti pakcik datang semula." Pak Abu melangkah perlahan. Pak Abu laju menapak ke premis yang menjadi matlamat utamanya ke pekan.

Tadi semasa di rumah Pak Abu berhasrat menyimpan RM40 di Tabung Haji. Lebih banyak berbanding dua minggu lepas. Selalunya Pak Abu hanya dapat hulur paling banyak pun RM20 sekali simpan.

Tapi nampaknya hasrat Pak Abu untuk menyimpan dalam jumlah 'besar' kali ini tidak kesampaian. Tolak duit tukar tayar motor, Pak Abu hanya ada RM10 untuk dimasukkan ke dalam akuan Tabung Hajinya.

Tapi, walau jumlah itu kecil, senyum Pak Abu tetap merkah.

Honda Cub Pak Abu sudah siap dibaiki. Dengan senyum yang belum hilang, Pak Abu terus pulang.

Masuk saja simpang di kampung, Pak Abu tidak terus ke rumah. Pak Abu menyinggah di kedai kopi di tepi simpang.

Sambil duduk menunggu kopi o sampai, Pak Abu meraba-raba poketnya. Dalam poket itu ada wang kertas seringgit-seringgit.

Masa meraba-raba itulah dia dengar anak muda di meja sebelah bercerita tentang Tabung Haji. Kata anak muda itu, Tabung Haji guna duit pencarum untuk beli hartanah daripada 1MDB.

Pak Abu tak tau apa itu IMDB. Pak Abu juga tak tau cerita anak muda itu betul atau palsu.

Tapi yang Pak Abu faham...pembelian itu guna duit pencarum. Dan pencarum itu sudah tentu termasuk dirinya.

Kerut di dahi Pak Abu semakin menambah kedut bila dengar banyak cerita 'tidak sedap' daripada perbincangan anak muda itu.

Selama ini Pak Abu percaya pada Tabung Haji. Dia percaya badan berkanun itu akan menjaga wangnya dengan baik, jujur dan mulus. Semulus niatnya untuk menjadi tetamu ALLAH di Tanah Suci.

Dengan Pak Abu kita tidak perlu bicara tujuan jual beli hartanah beratus juta yang boleh bawa pulangan besar.

Bila dapat tahu duit yang mereka simpan RM10 seminggu itu 'kena pakai' untuk buat apartmen mewah, apa agaknya perasaan Pak Abu?

Adakah Pak Abu masih dapat tersenyum seperti waktu keluar dari menyimpan? Atau mungkin senyum manis Pak Abu terus bertukar kelat bila terbayang siapa yang akan tinggal di apartmen perkhidmatan yang dibangunkan oleh Tabung Haji nanti...

Duit yang Pak Abu simpan untuk ke tunaikan haji. Sudah tentu Pak Abu dapatkannya daripada hasil titik peluh yang bersih. Tetapi 'bersihkan' keuntungan apartmen perkhidmatan itu nanti? Siapa yang akan menjadi penghuni? Siapa yang akan menyewanya?

Sebut apartmen perkhidmatan mewah sudah tentu yang terbayang di mata adalah perempuan-perempuan cantik berseluar sempit...berskirt pendek. Ada kereta mewah yang menjemput dan menghantarnya! Na’uzubillahi min zalik!

Bukan prasangka. Tapi sekadar membawa pemikiran pembaca seperti ayah, ibu, datuk dan nenek saya di kampung yang saya bangunkan dalam watak 'Pak Abu'. Dan di luar sana ada sesungguhnya ada beratus ribu atau berjuta Pak Abu. Allahu a’lam.

“Allahu Rabbi, jangan Kau biarkan urusan-urusan kami ditentukan oleh diri kami..."


Itulah yang dikatakan TABUNG...tempat untuk menyimpan.  Apa perasaan kita bila TABUNG kita dipecahkan. Sedihkan..........

Tanaman ku


Hasil dari pokok nangka ku untuk kali ni


Setelah menunggu selama 5 tahun, akhirnya pokok longan ku berbuah.
Selalu bercakap bila agaknya dia nk berbuah........
Tak sabar nk tunggu bila masaknya....

Ni pokok durian belanda, kalau tak silap aku tanam 2 tahun lepas.
Aku tak berapa suka dengan baunya.  Masa kecil dulu pernah juga cuba makan
buah yang dah masak, tapi tak boleh dek kerana baunya. Tapi kalau buah yang
muda tu sedap dibuat gulai.  Orang kata buah muda pun boleh dibuat cucur goreng.

Tujuan aku tanam pokok ni ada sejarahnya tersendiri tentang kisah ada kedua aku.
Masa tu dia baru berumur 2 tahun, kebetulan masa tu dia demam panas.
Pada suatu malam tu, dia diserang sawan, orang Kedah cakap penyakit "tarik". Alhamdullillah kebetulan jiran sebelah rumah ada tanam pokok durian belanda ni. Mak minta suami ambilkan beberapa helai daun, digosok hingga hancur dan diletakkan dekat hidung anak aku.
Alhamdullillah dengan cepat penyakit "tarik" tu hilang. Tapi aku tetap bawa anak aku
ke klinik. Pokok ni selain daripada nilai perubatan yang ramai orang dah tahu, inilah
salah satu khasiat yang nk aku kongsikan. Semoga bermanfaat untuk semua.