Tuesday, September 27, 2016

Pengertian Hasbunallah Wani'mal Wakil

Hari ni belajar satu lagi wirid yang amat mustajab.

SAAT kita dihimpit masalah, dirundung duka, dibebani kesulitan hidup, juga merasa berada dalam ancaman, maka ucapkanlah doa atau dzikir:

 “Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"

Artrinya: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami,  sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

Makna Hasbunallah Wani'mal Wakil
Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." tersebut berisi pernyataan ketergantungan kita kepada Allah SWT, memohon perlindungan-Nya, dan mengembalikan semua masalah kepada-Nya. Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." ini tercantum dalam Al-Quran dan Hadits.

 “(Yaitu) orang-orang (yang menta’ati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan:”Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “HasbunalLâh Wani’mal-Wakîl”, Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (QS. 3:173).

“Dan jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahwasanya Allah Pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong [Ni'mal-Mawla Wani'man-Nashîr]“. (QS. 8:40).

"Nabi Saw datang pada hari Perang Uhud, lalu ada yang berkata, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang (kafir) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerangmu, maka takutlah kepada mereka!' Lalu beliau Saw mengucapkan 'Hasbunallah wani'mal wakil, kemudian Allah menurunkann ayat: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (HR. Bukhari).

Setiap Muslim harus mengamalkan doa atau dzikir tersebut. Selain sebagai perwujudan sikap tauhid (mengesakan Allah), juga menegaskan keimanan bahwa Allah Maha Berkuasa segala sesuatu dan kita yakin akan kekuasaan-Nya yang bisa melindungi kita dari segala keburukan. Wallahu a’lam.*

Sunday, September 25, 2016

10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas…


Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.
Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.
Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.
1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja
2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi “full time baby sitter”. Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.
6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.
7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.
8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT)
10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.
Sumber: ~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~

Thursday, September 22, 2016

‘Dah Kahwin, Buat Cara Kahwin’

Ada suami yg suka keluar malam melepak ngn kawan2,kopi sampai ke pagi bila bini marah
Dikata queen control
Dikata jelous tak bertempat
Dikata bini org lain ok je
Dikata tak faham
Dibagi alasan,nanti apa kata kawan2 saya?
Keselamatan anak bini dekat rumah
Kasihsayang yg lopong dlm rumah
Masa seharian yg bekerja ditambah plak mlm2 keluar melepak langsung tak ade masa utk anak bini
Ada fikir?
Agaknya kalu jadi apa2 dekat anak bini mase korang keluar melepak sampai kepagi tu,apa kawan korang boleh buat?
Ade kawan korang masak utk korang?
Ada kawan korang Bantu cari duit utk family korang?
Siapa peneman tido korang?kawan ke bini?
Sapa yg dipersoalkn kalu korang gagal didik ank korang?kawan ke korang sendiri?
Anak siapa yg jd tanggubgjwb korang?anak korang ke anak kawan korang?
Please stop using term’nanti apa kata kawan2 saya’..typical reason sgt.
Nak melepak boleh.silakan tapi berpada
Nak berkawan boleh silakan tapi berpada
Nak bersukan apa sahaja boleh tapi berpada
Pukul 12 tgh malam tu waktu sepatutnye anda dirumah sebagai suami pelindung anak isteri
Bukan dimeja mamak bukan dijalanan.
Kalu kerana bekerja ,tak apa lah jugak,yg tak kerana kerja apa cerita?
Seminggu dua kali okay je,tapi kalu setiap hari,bini gila je yg tak marah 😂
Ingat,anda suami dan bapa org.bukan B.U.J.A.N.G..
Memang,laki orang kalu duduk melepak sampai 6 pagi org tak kata apa2
Bini org kalu pukul 12 mlm masih ade kt meja mamak lagi mmg sikit lagi bakal janda kotnya.
Tapi gunalah akal dan pertimbangan.
Bila berkahwin buat cara mcm berkahwin.
Zaman melepak sampai subuh keluar situ sini dh berlalu.nak tak nak kene hadap dan terima,kalu tak bleh terima kenapa berkahwin at the first place?
Kat rumah korang tu ade ANAK ORANG dan AMANAT KECIL yg perlu dijaga.kalu korang hari2 tak de kat rumah sampai kepagi,sapa yg nak jadi pelindung mereka?
Tak taulah kalau korang bela SAKA utk jaga anakbini korang semasa ketiadaan korang kat rumah
Jgn jadi suami yg terpaksa ikut kawan.jadilah suami yg kawan terpaksa ikut korang.
Nasihat ini berbentuk umum..tidak ditujukan kepada siapa2..yg baik ambil yg buruk buang.

Tuesday, September 6, 2016

Rebutlah Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Pada bulan Dzulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu.  Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim.

Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

اَلْعُمْرَةُ إِلَى اَلْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا, وَالْحَجُّ اَلْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا اَلْجَنَّةَ
“Satu umrah ke satu umrah berikutnya adalah kaffarah (penebus dosa-dosa) antara keduanya. 
Dan haji yang mabrur tiada balasan untuknya kecuali Syurga.”
(HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Dzulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?
1)  Memperbanyakkan amalan soleh dan ibadah sunat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Dzulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
ما مِن أيَّامٍ العملُ الصَّالحُ فيها أحبُّ إلى اللَّهِ من هذِهِالأيَّام يعني أيَّامَ العشرِ، قالوا : يا رسولَ اللَّهِ ، ولا الجِهادُفي سبيلِ اللَّهِ ؟ قالَ : ولا الجِهادُ في سبيلِ اللَّهِ، إلَّا رَجلٌخرجَ بنفسِهِ ومالِهِ ، فلم يرجِعْ من ذلِكَ بشيءٍ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari ini iaitu hari yang sepuluh ini (10 hari awal bulan Dzulhijjah).”
Para sahabat bertanya:  “Wahai Rasulullah, walaupun berjihad di jalan ALLAH?”
Baginda bersabda:  “Walaupun berjihad pada jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (mati syahid).”
(HR al-Bukhari)

Perbanyakkanlah amalan soleh pada 10 hari pertama Dzulhijjah

Para salafussoleh merebut kelebihan yang terdapat pada 10 hari pertama bulan Dzulhijjah dengan menghidupkan siang dan malam mereka dengan amalan-amalan soleh dan ibadah-ibadah sunat.  Siangnya ramai di kalangan mereka yang berpuasa sunat (kecuali pada 10 Dzulhijjah kerana ia adalah `Eidul-Adha – haram berpuasa).  Malamnya pula mereka melakukan qiamullail.  Mereka benar-benar mengisi 10 hari awal Dzulhijjah dengan amalan-amalan soleh demi mendapat keredhaan ALLAH Jalla wa A`la.

Pada 10 hari awal Dzulhijjah juga digalakkan kita memperbanyakkan tahlil (ucapan لا إله إلا الله), takbir (ucapan الله أكبر) dan tahmid (ucapan الحمد لله).
Diriwayatkan dari Ibnu `Umar radhiAllahu `anhuma bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

ما من أيامٍ أعظمُ عندَ اللهِ ولا أحبَّ إليه العملُ فيهنَّمنهذهِ الأيامِ العشرِ فأكثروا فِيهنَّ من التهليلِ والتكبيرِ والتحميدِ
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi ALLAH dan lebih dikasihi olehNYA dilakukan amalan pada hari tersebut lebih dari hari-hari yang sepuluh ini (10 hari awal bulan Dzulhijjah).  
Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
(HR Ahmad.  Sanadnya sahih)

2)  Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Dzulhijjah

Dalam petikan hadith yang panjang Abu Qatadah al-Ansari radhiAllahu `anhu ada berkata:
سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ ‏”‏ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ” ‏
Telah ditanya mengenai puasa hari `Arafah, lalu Baginda menjawab:
“Ia dapat menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(HR Muslim)

Kelebihan Puasa Hari Arafah

3)  Solat `Eidul-Adha

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
(HR Abu Daud:  1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021)
Di dalam hadith lain, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha.”
(HR Abu Daud:  1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud)
4)  Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban.  Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya.  Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi.  Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.”
(Ibn Majah:  3117 dan at-Tirmizi:  1412)

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.
Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.
ALLAHU A`LAM.

sumber https://muzir.wordpress.com

Monday, September 5, 2016

RESPONS TERHADAP SENGATAN SEMUT CHARLIE




 
Bila terbaca artikel tentang ni teringat balik nostalgia lama. Mungkin ramai yang tidak pernah melihat spresis serangga ni. Kali pertama aku lihat ketika aku di semester 6 ketika di Perlis dulu.  Orang panggil 'Charlie". Kerana charlie ni jugak lah muka dan beberapa bahagian badan ku kelihatan seakan-akan melecur terkena api atau air panas.  Dalam dok berjaga-jaga, terkena juga. Malu bila ke kelas dengan muka ada kesan "melecur".  Tapi semua dah sedia maklum dengan spesis serangga ni.  Ada juga student yang kena lebih teruk lagi.

Di sini terdapat info mengenai serangga spesis ni.  Moga bermanfaat.

Semut Charlie (lihat gambar) banyak terdapat di negara kita. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Rove's beetle.
Ia biasa hidup di tempat2 yang lembab tetapi apabila musim hujan/tengkujuh atau banjir ia mungkin akan pindah ke tempat2 lain yang lebih kering. Ia kelihatan seperti semut dan pada waktu malam, ia akan mencari tempat2 yang terang.

Berbeza dengan tanggapan umum, semut Charlie *TIDAK MENGGIGIT ATAU MENYENGAT*.

Sebaliknya, darah/bendalir badannya adalah sangat toksik. Toksin ini dinamakan pederin dan akan menyebabkan kesan keradangan pada kulit dan mata jika terkena.

Jika kita memijak atau menepuk semut ini, badannya akan hancur dan toksin dari darahnya akan terkena pada kulit kita. Ia juga boleh mati dengan kita menepuknya seperti membunuh nyamuk. Kanak2 juga mungkin akan tertarik pada semut ini kerana warnanya yang merah dan hitam seperti Manchester United. 😊

Penunggang motosikal boleh terkena toksin semut charlie apabila mereka menunggang motor dan terlanggar semut tersebut di muka ketika ia sedang terbang. Ia boleh menyebabkan kesan keradangan yg serius pada kulit dan anggota2 badan yg terkena toksin.

Tanda2 awal terkena toksin semut charlie ini adalah kemerahan pada kulit yang diiiringi dengan rasa panas seperti terbakar (burning sensation). Sakit akan menyusul diiringi kegatalan pada kulit. Kulit mungkin melepuh dalam tempoh 4 hari. Kesan ini boleh berpanjangan hingga 10 hari!

Toksin yg mencemari anggota badan seperti tangan boleh dipindahkan ke anggota badan lain dengan menyentuh anggota badan lain. Itulah sebabnya sekiranya anggota badan terkena toksin semut ini, kita mesti mencucinya dengan kadar segera supaya ia tidak merebak ke tempat lain serta meminimakan kesan toksin.

Apakah yg boleh anda lakukan apabila terjumpa semut ini? Pertama sekali, jangan sentuh semut tersebut.

Keduanya, jika semut tersebut hinggap pada badan kita, jangan membunuhnya dengan menepuk atau melenyekkan tubuhnya. Tiup saja ia hingga terbang atau alirkan air ke atas semut tersebut hingga ia terjatuh. Gelapkan lampu di tempat yang diketahui ada semut ini pada waktu malam. Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika tidur di tempat yg diketahui ada semut ini.

Jika sekiranya anda terkena toksin ini secara tidak sengaja, segeralah mencuci kulit yg terkena toksin dengan air yg banyak dan sabun. Toksinnya meresap agak lambat ke dalam kulit dan mencucinya pada kadar segera akan menyebabkan kebanyakan toksin boleh dinyahkan dari kulit.

Tidak ada antidote atau antitoksin khusus untuk toksin semut charlie ini. Jika anda terkena kesannya, cuci segera bahagian yg terkena. Sedikit ubat anti histamine seperti piriton atau benadryl mungkin membantu. Juga tuam tempat yg terkena itu dengan ais agar kesakitan dapat dilegakan dan keradangan dapat diminimakan. Menyapu kawasan kulit yg terkena keradangan dgn aloe vera juga boleh membantu.

Jika kesan keradangan pada kulit adalah serius, segeralah berjumpa dengan doktor.

Jangan risau, bisa semut ini adalah tidak berbahaya kepada nyawa manusia. Ia cuma menyebabkan keradangan pada kulit yg menyakitkan dan luka yang mungkin agak lambat utk sembuh.

*Dr Abdul Rahman Abdul Kadir*
*Pakar Kecemasan dan Trauma*



Jangan Marahkan Syaitan


Sesungguhnya marah itu dari syaitan, bila seseorang marah pada syaitan atau memaki syaitan dia sebenarnya telah membesar-besarkan syaitan kerana dia lebih mengingati syaitan daripada mengingati Allah, marah itu dari syaitan , bentuk makian itu juga dari syaitan. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah dia mengingati Allah dan meminta perlindungan dari Allah.

Diriwayatkan dari Abu Malih dari seorang laki-laki, ia berkata, “Ketika aku dibonceng Nabi saw. tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta-merta aku katakan, ‘Celakalah syaitan.’ Lalu beliau bersabda, ‘Jangan kamu katakan, ‘celakalah syaitan,’ sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan berkata, ‘Demi kekuatanku,’ Akan tetapi ucapakanlah ‘Bismillah,’ sebab jika kamu ucapkan lafadz tersebut syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat’,” (Abu Dawud).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw. beliau bersabda, “Janganlah kalian mencela syaitan tetapi berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya,” (Silsilah Ahadaits ash-Shahihah).

Kesimpulan:

1. Larangan mencela syaitan atau mengatakan celaka sebab hal itu akan membuat syaitan semakin besar.
2. Ucapanmu, bismillah atau meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatan syaitan, dapat menghalau tipu daya syaitan.

Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar’iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi’i, 2006), M/S 3/291-292.

UPSR

Doa untuk Anak Hadapi UPSR

Hari ini anak bongsu ku menduduki peperiksaan UPSR.

Moga Allah permudahkan semua anak-anak dapat menghadapi nya dengan tenang dan yakin akan diri sendiri. Semua telah berusaha , sekarang masa untuk bertawakal dan serahkan diri pada Allah, buat yang terbaik selebihnya serah pada Allah.

Selamat berjuang semua anak-anak