KEAJAIBAN SELAWAT
KEAJAIBAN SELAWAT
1) Sabda
Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya
Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)
2) Allah
akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11
kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh
ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan
dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4)
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan
dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk
menerokai pelbagai ilmu.
5)
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin
Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
6)
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada
malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang
dihadapi oleh para nabi.
7)
Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan
mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
8)
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan
sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
9)
Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari
akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari
keredhaanNya.
10)
Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan
hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi
kesukaran hidup.
11)
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat
Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada
sebarang bencana.
12)
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah
akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
13)
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNya.
14)
Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang
melalaikan.
15)
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
Allah.
16)
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2,
ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
17)
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
18) Ada
riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas
solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil
seseorang.
19)
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan
bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
20) Jiwa
yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
21)
Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira
berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak
penyakit berbahaya yang lain.
22)
Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.
23)
Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai
solat Maghrib.
24) Para
Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan
sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha
yang berterusan.
25) Sabda
Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada
hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan
bercahaya - HR Abu Naim.
26) Sabda
Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan
10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada
hari kiamat - HR Thabrani