Wednesday, April 19, 2017

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA - DR HAMID ARSYAD

Perkongsian Menarik buat semua wanita


1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali  setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2,  bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janji buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C  terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. 

Aamin. - Dr Hamid Arsyad.

Sunday, April 16, 2017

Kata Hidup Berkeluarga, Tapi Apa Gunanya, Kalau Semua Pilih Untuk Tinggal Di 'Pulau' Masing-Masing, Diri Ini Ada, Tapi Seperti Tidak Wujud


 Masuk rumah. Semuanya senyap sunyi.
Suami tak bercakap. Isteri tak bercakap.


Apabila isteri mahu bercakap, suami sudah keluar rumah ‘ngeteh’ bersama kawan-kawan.

Apabila suami mahu bercakap, isteri sudah tidur di bilik keletihan.

Anak-anak? Disuruh buat kerja rumah. Tiada siapa meneman.

Akhirnya buku ditolak ke tepi, layan Insta di iPhone 7 plus lebih menarik.
Dari mana belajar ‘duckface’? Tengok gambar Insta kawan-kawan.

Abah duduk ‘pulau’ lain.
Mama hidup ‘pulau’ lain.
Anak-anak terdampar ‘pulau’ lain.
Masing-masing ada ‘pulau’ sendiri.

Katanya kita keluarga?

Suami ada masalah, tak terasa nak berbincang dengan isteri.

Isteri ada masalah, tercari-cari dengan siapa mahu dikongsi.

Anak ada masalah, terasa hidup sebagai anak tiri.
Hidup sendiri-sendiri.

Keluarga bahagia? Jauh. Lebih jauh dari Kuala Lumpur ke Miri.

Buka surah At-Taubah.

Kaab bin Malik dan beberapa orang sahabat Nabi dipulaukan kerana tidak turut serta dalam Perang Tabuk.

Betapa mereka hidup dalam resah gelisah.

Pulau bukan perkara kecil. Itu hukuman ‘paling kejam’ untuk manusia.

Jika penjara. Orang sudah terkurung. Memang tiada siapa lagi dapat dilihat dari dalamnya.

‘Pulau’ lebih sadis. Lebih dari penjara.

Kita nampak manusia lalu lalang di hadapan kita, tetapi tidak ada seorang pun mahu membuka mulut memulakan bicara.

Mereka yang memandang, terus memaling muka.
Nampak kita bergerak ke arah mereka, satu saat lagi mereka lesap hilang tiada.

Kita ada, tapi tidak wujud bagi mereka.
Itulah ‘Pulau’.

Betapa Allah rekodkan dalam Quran. Perasaan Kaab bin Malik.

Walaupun dunia ini sangat luas. Tetapi semuanya terasa sangat sempit menyesakkan jiwa. 

Apabila mereka dipulau manusia.
Dan segelintir kita?
Sengaja mencipta ‘pulau’ sendiri dalam rumah.

Bayangkan perasaan isteri yang tidak dapat bercakap walau sepatah kata dengan suami dalam satu hari.

Pergi ke dapur, hanya dia dan kuali.

Pergi ke ruang tamu, hanya dia dan TV.
Pergi ke bilik, hanya dia dan anak-anak.
Mencari suami. Di mana suami.

Bayangkan sesaknya dada seorang suami yang perlukan srikandi untuk ‘menyelimuti’.

Pergi ke dapur, hanya dia dan maggi.
Pergi ke ruang tamu, hanya dia dan kucing parsi.
Pergi ke bilik, hanya dia dan Samsung Galaxy.

Mencari isteri. Di mana isteri.


Bayangkan anak-anak yang perlukan mama dan abah untuk ceritakan kehidupan sekolah sepanjang hari.

Pergi ke bilik, dari dalam berkunci.
Pergi ke ruang tamu, kosong sunyi.
Pergi ke dapur, hanya ada makanan bawah tudung saji.

Abah mama mana?


Kita ada seluas dunia dan seisinya untuk menikmati hidup, tetapi ada yang memilih untuk tinggal di ‘pulau’ sendiri-sendiri.

Rugi.

Kematiannya Yang Dicemburui, Meninggal Selepas Solat Maghrib Hari Jumaat Dengan Tangan Memegang Erat Al Quran, Siapakah Beliau?


Terbaca sebuah artikel yang dimuatnaik ke laman Facebook milik Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan, kisah pemergian seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, di mana pemergiannya dalam keadaan yang amat baik dan pasti dicemburui ramai.

Siapakah beliau sebenarnya selain 'title' pensyarah yang dipegangnya? hebatkah keperibadiannya? jom kita baca.

Kematian yang dicemburui, Pensyarah UKM Almarhumah Zakiah binti Muhammadun di Masjid Bulat PJ. Meninggal selepas solat Maghrib hari Jumaat 07-Apr-17 dlm keadaan bertelekung dan tangan memegang erat Al Quran.

Hari Jumaat yg terakhir, beliau berjemaah solat maghrib bersama suami. Selepas solat beliau meneruskan amalan rutin bacaan al-Quran sambil menunggu Isha' sementara suaminya turun ke bawah. Bila suami naik semula ke atas, dilihatnya isteri kesayangan terbaring masih bertelekung; tangan erat memegang al-Quran, inalillahi wainnailaihi rojiun.

Apakah amalannya dianugerah Allah meninggal in syaa allah dlm khusnul khotimah. Ini himpunan amalan hasil kongsian dari rakan-rakan yg rapat dgn Almarhumah.

Dia tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan segalanya seperti biasa.

1. Dia akan bangun pada pukul 4.30 pagi, mandi, qiyam dan membaca al-Quran sementara menunggu Subuh. Dia lakukan amalan ini walaupun pada hari bercuti.

2. Dia berjaya hafaz Suratul Kahf, Al Mulk, Al Waaqi'ah dan Yaseen. Almarhumah kini sedang cuba menghafaz Al Baqarah. Lazimnya bila dah hafal satu-satunya surah Almarhumah akan tasmik dengan ustazah untuk semak bacaan.

3. Rutin hariannya beliau akan mendengar bacaan Al-Quran semasa dalam perjalanan pulang ke tempat kerja atau balik (Almarhumah tinggal di Seksyen 14 Petaling Jaya ke UKM).

4. Almarhumah dengan sabar menjaga ibunya yg tidak berapa sihat bagi satu tempoh yang agak lama.

5. Tidak ingat bila terakhir beliau marah kerana kehidupannya selalu tersenyum dan ketawa.

6. Almarhumah selalu bersyukur, turun kepada manusia di bumi, dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan, orang yang sangat mesra, mentor yang sangat bertanggungjawab.

7. Setiap Ramadhan: bersama2 dengan rakan pejabat, Almarhumah memenuhi masa rehat mengetuai sesi tadarrus. Juga bersedekah buah kurma pd rakan2 pejabat.

8. Sangat pemurah dan rajin bersedeqah.

Setiap kali ada permohonan donation anak yatim dll, tidak pernah Almarhumah hampakan dan selalunya dibuat secara diam2, termasuk bagi membayar bil elektrik surau kg orang asli. Almarhumah juga selalu bayarkan bil bila makan dengan rakan2 pejabat.

Apa yang kami tahu dan itu apa yang kami nampak depan mata kami.

Masa hayatnya byk membantu org lain, masa meninggalnya juga banyak memberi keinsafan pd org lain. Amalan arwah boleh menjadi kayu pengukur di mana kita berdiri sekarang, semoga 'kita hari ini adalah lebih baik daripada semalam ".

Marilah kita bermuhasabah diri & melakukan kebajikan dlm penuh keikhlasan kerana Allah SWT. Lazimnya perginya kita menghadap ilahi sama dgn amalan ketika di dunia. Jika didunia kita suka baca al-Quran kita dijemput pun cara begitu, in syaa Allah.

SEMOGA KITA SEMUA DIJEMPUT KEMBALI MENGADAP ILLAHI DALAM KEADAAN HUSNUL KHOTIMAH. AMIN

Wednesday, April 12, 2017

KOSMETIK BERACUN



Bila usia dah meningkat masalah jeragat tak dapat nak dielakkan.  Dah cuba macam-macam ubat dari tradisional, moden tapi jeragat still tak hilang. Dari ubat makan kemudian sapu, semuanya dah cuba. Kadang-kadang dah rasa fed up nak teruskan, tapi risau pula bila dibiarkan nanti bertempek-tempek pula kat muka.

Penjualan kosmetik untuk hilangkan jeragat semakin berlambar-lambak kat internet.  Masing-masing promote dan bagi macama-macam harapan dan kita yang tengok pun kadang-kadang termakan juga dengan kata-kata manis si penjual.  Tapi dah pakai hampir habis satu botol, jeragat tak juga hilang.

Sebelum ni  ada member yang promote produk Tati Skincare.  Dah pakai 2 set tapi jeragat masih lagi bertakhta.  Stop.  Kemudian beli pula produk Moleek Skincare sebab ternampak diaorang promote dalam tv.  So ingat mesti produk ni ok tak ada bahan-bahan berbahaya.  Hari ni baca dalam news paper kedua-dua produk ni  dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.  Adoiiii. Terkena lagi bermakna kena stop pakai ni. Buang dalam tong sampah.

Saya harap pengeluar dan penjual kat luar sana, INGAT lah selain dari meraih keuntungan, kita kena bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan. Bukan saja kat dunia, kat akhirat nanti kita akan disoal. Kadang-kadang mereka ni suka mempromosikan barang-barang yang mereka sendiri tak pasti kandungan di dalamnya, lagi ramai customer lagi rancak lah promosi dilakukan. Jangan jadikan orang lain mangsa.







Monday, April 10, 2017

Bacalah 3 Doa Ini Ketika Sujud Terakhir Dalam Solat



Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud

1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah

اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Artinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”

2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat
اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Artinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”

3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Artinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”


Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Surga Allah.