Wednesday, September 20, 2017

SUSAHNYA JADI ORANG KIDAL

Betul, susahnya jadi orang kidal. Pengalaman masa belajar kat kolej dulu, meja tempat tulis di bahagian kanan jadi terpaksa duduk menyenget bila nak menulis. Semua yang ditulis dalam artikel ni  aku telah alami.

BAIK-BAIK kupas buah tu. Orang kupas buah ke depan, awak ke belakang,” itu antara ayat yang biasa diterima si kidal setiap kali menggunakan pisau pengupas kulit buah.

Mana tidaknya, orang melihat si kidal memegang pisau, seolah-olah sedang membahayakan dirinya.
Kidal adalah panggilan untuk mereka yang banyak menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanan.  
Si kidal ini juga dilihat begitu ‘aneh’ di mata mereka yang menggunakan tangan kanan sepenuhnya.

Orang kidal banyak mengalami kesukaran dalam membuat pekerjaan seharian. Ini kerana kebanyakan barang-barang harian adalah dibuat untuk mereka yang menggunakan tangan kanan.

Gunting, pisau pemotong, buku nota, telefon pintar antara barang-barang yang dibuat khusus untuk mereka yang menggunakan tangan kanan.

Bagi si kidal, biarpun sukar, ia tetap digunakan. Adakala tangan sakit dan luka kerana penggunaan barang-barang ini tidak sesuai dengan mereka.

Telefon pintar misalnya, skrin sesentuh dan gaya penggunaannya lebih terarah kepada mereka yang menggunakan tangan kanan. Kerana itu, jika digunakan secara sebelah tangan sahaja, kebanyakan si kidal akan menjatuhkan telefon pintar ini tanpa sengaja ketika sedang menaip mesej.
Kerana inilah, si kidal ini begitu unik sekali. Tidak kisah menggunakan pelbagai barangan yang tidak ‘ngam’ dengannya.

Menurut Aqma Mustaza, pengalamannya sebagai orang kidal agak sukar lebih-lebih lagi ketika pengajian di kolej beberapa tahun lalu.

“Kami duduk di kerusi yang ada tempat tulis di bahagian kanan. Setiap kali dalam kelas, saya akan duduk secara menyenget ke kanan hanya untuk menulis nota. Tidak seperti kawan-kawan yang memang guna tangan kanan, mereka dapat menulis sambil bersandar.

“Saya akan rasa sakit bahagian belakang dan pinggang kerana terpaksa duduk begitu setiap kali di kelas. Belum pernah lagi saya jumpa kerusi yang tempat notanya ada untuk si kidal macam saya,” katanya kepada Sinar Online.

Katanya lagi, tidak hanya itu, malah ketika tulis juga tulisan di buku jadi comot kerana tangan akan tertindih dengan nota yang siap ditulis.

“Kalau tangan kanan, tangan mereka bersih kerana jari gerak baru tulisan, kami ni tulis dulu, baru jari gerak. Tu yang kotor bahagian tepi jari kiri ni,” ceritanya.

Lisa Kamal turut berkongsi kepayahan ketika menulis sesuatu di buku nota lebih-lebih lagi buku yang mempunyai spring di bahagian tepi buku tersebut.

“Sukar saya nak mulakan perkataan pertama kerana ruang yang agak sempit di situ. Lagipun, tangan saya akan bertindih di spring berkenaan ketika menulis.

“Kalau nota sikit, tak apalah, kalau berhelai-helai muka surat, memang sakitlah,” ujarnya.
Katanya lagi, selain menulis, tangannya kerap sakit apabila mengunting sesuatu.

“Gunting yang ada sekarang memang khusus untuk orang tangan kanan. Kami akan masukkan ibu jari kami dalam lubang besar dan dua jari kami di lubang kecil.
“Biasanya bahagian ibu jari akan sakit dan kadang-kadang boleh melecet,” katanya

Bagi Yna Aizat, kesukaran berlaku setiap kali dia ingin memakai tudung.
“Nak pakai tudung tak ada masalah. Cuma, bila nak mengenakan brooch.
“Selalu terbalik. Kalau beli bentuk rama-rama, sesungut tu akan ke bawah sebab pin brooch tu bukan di tengah tetapi di bahagian atas sikit, agak sukar nak pakai,” ceritanya.

Nazrol Jamaludin berkata, ketika makan menggunakan sudu antara kesukaran yang sering dialaminya.
“Biasa susah bila pakai pisau dan garpu. Tangan kiri nak potong, kemudian nak masuk ke mulut tu susah sikit.

“Kena main tukar-tukar tangan la. Ada yang boleh guna tangan kanan untuk menyuap, ada yang susah dan terbiasa dengan tangan kiri, jadi agak payahlah,” ceritanya.
Keunikan orang kidal ini juga ketika menulis di mana kebanyakan akan menyengetkan bahagian buku itu lebih daripada yang kanan.   
Jangan tidak tahu, setiap tahun pada tarikh 13 Ogos adalah Hari Kidal Sedunia. Kidal bukan bererti aneh jauh sekali cacat.

Ramai sudah memperkatakan mengenai kelebihan mereka yang kidal ini. Antaranya kidal adalah mereka yang lebih menggunakan otak kanan.

Sebagai contoh, Albert Einstein, Charles Darwin, Benjamin Franklin dan Isaac Newton adalah orang-orang kidal di mana lebih banyak menggunakan otak kanan dalam kehidupan seharian.

Terdapat juga kajian menunjukkan orang kidal lebih artistik dan lebih cenderung kepada bidang seni.
Sinar Harian Online senaraikan beberapa orang ternama yang menggunakan tangan kidal.

Pemimpin dunia kidal: Barack Obama, Bill Clinton, George H.W. Bush dan Gerarld Ford.
Selebriti: Justin Bieber, Adam Levine,Tom Cruise, Whoopi Goldberg, Paul McCartney, Oprah Winfrey, Celine Dion, Jennifer Lawrence, Brad Pitt dan Angelina Jolie, Marilyn Monroe, Kurt Cobain, dan Jimi Hendrix.

Thursday, September 14, 2017

SEPTEMBER 2017 - LEBIH 20 PELAJAR MAUT, SEKOLAH TAHFIZ TERBAKAR

kebakaran-tahfiz3

AL FATIHAH untuk pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang meninggal dalam kebakaran asrama pelajar pada 14 September 2017.  Semoga roh anak-anak ini ditempatkan di syurga mu Ya Allah. Amin.

Wednesday, September 6, 2017

TARGEDI 2-9-2009

Tanggal 2-9-2017 genap 8 tahun tragedi kebakaran rumah ku. Ujian yang berat buat kami sekeluarga.  Syukur alhamdullillah semua keluarga ku selamat.  Harta benda boleh dicari namun perancangan Allah baik untuk kita.  Hanya manusia saja selalu mengeluh apabila diuji.  Sebenarnya Allah mengambil sesuatu dari kita dan Dia gantikan sesuatu yang lebih baik. Kami sekeluarga perlu mengumpul semula kekuatan untuk membina kembali perjalanan hidup seterusnya.