Tuesday, May 8, 2018

PRU 14 - 9 MAY 2018


Esok semua rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memilih kerajaan seterusnya untuk 5 tahun akan datang.  

Pening juga nak buat pilihan kerana masing-masing ada menifesto tersendiri.  Politik tetap sama. Zaman sekarang sukar untuk mencari pemimpian yang benar-benar memikirkan kebajikan rakyat, tak sama seperti pemimpin zaman sahabat Rasullah.

Bila difikirkan Allah dah beri panduan pada kita untuk mengatasi masalah dalam membuat pilihan ini. iaitu dengan solat istiqarah.  Selalunya kita ni buat solat istiqarah bila nak pilih pasangan hidup saja sedangkan solat istiqarah tu boleh dilakukan ketika kita tak tahu nak buat keputusan dalam semua perkara.  Cuma kita saja yang malas atau tak tahu.

Semoga Allah akan mengampunkan kita jika kita silap membuat pilihan kali ini.