Sunday, July 24, 2016

ANGGOTA BADAN BUKTIKAN KEBENARAN

APABILA berada di alam barzakh, kita akan mula menjalani kehidupan alam malakut yang sama sekali berbeza suasananya daripada alam dunia. Manusia akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu golongan orang soleh yang rohnya berada di tempat mulia dan satu lagi orang talih (sesat) di tempat yang keji. Tetapi keadaan pada Hari Kiamat lebih menggerunkan dan menggemparkan kerana tidak akan ada seorang manusia pun terlepas daripada dihisab ketika berada di padang Mahsyar. 

Riwayat daripada Abu Hurairah, menceritakan pernah pada suatu ketika Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat, "Ya Rasulullah, bolehkah pada hari akhirat nanti kita melihat wajah Allah SWT? Baginda menjawab: Pernahkah kamu melihat matahari dengan jelas pada waktu siang, dalam keadaan yang cerah dan tidak berawan. Atau pernahkah kamu melihat bulan pada malam hari di dalam keadaan yang terang, cerah dan tidak berawan? Lalu dijawab oleh sahabat bahawa mereka dapat melihatnya. 

Kemudian Rasulullah berkata: Kamu akan dapat melihat wajah Allah di hari akhirat nanti seperti mana kamu dapat melihat matahari dan bulan itu, setelah kamu dihitung dan dihisab setiap amalan pada hari kiamat nanti." Saksi buktikan kebenaran Baginda kemudian menceritakan, dibawa seorang hamba di padang Mahsyar di hadapan khalayak orang ramai dan ditanya oleh Allah: "Tidakkah Aku telah memberikan pendengaran kepada kamu dahulu, penglihatan, harta dan anak kepada kamu? Bukankah telah Aku permudahkan haiwan ternakan dan ladang pertanian dalam hidup kamu? Bukankah Aku telah memudahkan bagi kamu dengan menjadikan dalam kalangan kamu pemerintah, dan satu perempat daripada hasil ternakan dan pertanian diambil oleh pemerintah? Adakah kamu tidak pernah berfikir bahawa kamu akan menemui Aku pada hari ini? Dijawab oleh hamba itu: Tidak ya Allah, kerana ketika hidup di dunia dahulu, aku terlalu sibuk dan tidak terfikir akan adanya hari di padang Mahsyar. Lalu Allah SWT berfirman: Hari ini Aku tidak akan mempedulikan kamu sebagaimana kamu tidak mengingati Aku. 

Kemudian dibawakan hamba yang kedua, disoal oleh Allah SWT perkara sama dan hamba itu menjawab: Tidak ya Allah, kerana ketika hidup di dunia dahulu aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan." Perkara itu berulang kepada hamba lain di hadapan Allah SWT sehingga tiba giliran seorang hamba yang disoal oleh Allah SWT, dia menjawab: "Ya Allah, ketika hidup di dunia dahulu, aku adalah seorang yang beriman dengan kitab-Mu dan Rasul-Mu. Aku mendirikan solat, bersedekah dan berpuasa, kemudian aku melakukan kebaikan semampuku. Kemudian Allah SWT berkata: Sekarang Aku bawakan saksi untuk membuktikan kebenaran kata-katamu. Hamba itu bertanya siapakah yang akan menjadikan saksi kepada dirinya? Lalu Allah SWT menutup mulut hamba itu, dan memerintahkan seluruh anggota tubuh hamba itu untuk bercakap dan menceritakan amalan yang pernah dilakukannya dahulu. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Zukhruf, ayat 45 yang bermaksud: "Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain Allah Yang Maha Pemurah." Di padang Mahsyar nanti Allah SWT akan bertanya sama ada betul atau tidak seseorang itu beriman kepada-Nya dengan membuktikannya di hadapan Allah SWT. Rasulullah SAW juga sering mengingatkan supaya sentiasa bersedia menghadapi hari kita akan disoal apa yang dilakukan ketika hidup di dunia.

Empat perkara dihisab Malah, telapak kaki anak Adam ini tidak akan tergerak di padang Mahsyar sehingga selesai disoal oleh Allah SWT mengenai empat perkara iaitu ke mana manusia menghabiskan umurnya, bagaimana menggunakan tubuh badan dan jasad sehingga hari tua. Ketiga, adakah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh dan keempat mengenai harta benda dari mana sumbernya dan ke manakah ia dibelanjakan. 

Ulama berpendapat Hari Kiamat juga dikenali sebagai hari penyaksian ditafsirkan kepada tiga iaitu kesaksian Rasulullah SAW terhadap amalan umatnya, penyaksian alam sama ada bumi, langit dan segala berada di dalamnya serta penyaksian anggota badan manusia terhadap semua yang dilakukannya.

APABILA berada di alam barzakh, kita akan mula menjalani kehidupan alam malakut yang sama sekali berbeza suasananya daripada alam dunia. Manusia akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu golongan orang soleh yang rohnya berada di tempat mulia dan satu lagi orang talih (sesat) di tempat yang keji. Tetapi keadaan pada Hari Kiamat lebih menggerunkan dan menggemparkan kerana tidak akan ada seorang manusia pun terlepas daripada dihisab ketika berada di padang Mahsyar. Riwayat daripada Abu Hurairah, menceritakan pernah pada suatu ketika Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat, "Ya Rasulullah, bolehkah pada hari akhirat nanti kita melihat wajah Allah SWT? Baginda menjawab: Pernahkah kamu melihat matahari dengan jelas pada waktu siang, dalam keadaan yang cerah dan tidak berawan. Atau pernahkah kamu melihat bulan pada malam hari di dalam keadaan yang terang, cerah dan tidak berawan? Lalu dijawab oleh sahabat bahawa mereka dapat melihatnya. Kemudian Rasulullah berkata: Kamu akan dapat melihat wajah Allah di hari akhirat nanti seperti mana kamu dapat melihat matahari dan bulan itu, setelah kamu dihitung dan dihisab setiap amalan pada hari kiamat nanti." Saksi buktikan kebenaran Baginda kemudian menceritakan, dibawa seorang hamba di padang Mahsyar di hadapan khalayak orang ramai dan ditanya oleh Allah: "Tidakkah Aku telah memberikan pendengaran kepada kamu dahulu, penglihatan, harta dan anak kepada kamu? Bukankah telah Aku permudahkan haiwan ternakan dan ladang pertanian dalam hidup kamu? Bukankah Aku telah memudahkan bagi kamu dengan menjadikan dalam kalangan kamu pemerintah, dan satu perempat daripada hasil ternakan dan pertanian diambil oleh pemerintah? Adakah kamu tidak pernah berfikir bahawa kamu akan menemui Aku pada hari ini? Dijawab oleh hamba itu: Tidak ya Allah, kerana ketika hidup di dunia dahulu, aku terlalu sibuk dan tidak terfikir akan adanya hari di padang Mahsyar. Lalu Allah SWT berfirman: Hari ini Aku tidak akan mempedulikan kamu sebagaimana kamu tidak mengingati Aku. Kemudian dibawakan hamba yang kedua, disoal oleh Allah SWT perkara sama dan hamba itu menjawab: Tidak ya Allah, kerana ketika hidup di dunia dahulu aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan." Perkara itu berulang kepada hamba lain di hadapan Allah SWT sehingga tiba giliran seorang hamba yang disoal oleh Allah SWT, dia menjawab: "Ya Allah, ketika hidup di dunia dahulu, aku adalah seorang yang beriman dengan kitab-Mu dan Rasul-Mu. Aku mendirikan solat, bersedekah dan berpuasa, kemudian aku melakukan kebaikan semampuku. Kemudian Allah SWT berkata: Sekarang Aku bawakan saksi untuk membuktikan kebenaran kata-katamu. Hamba itu bertanya siapakah yang akan menjadikan saksi kepada dirinya? Lalu Allah SWT menutup mulut hamba itu, dan memerintahkan seluruh anggota tubuh hamba itu untuk bercakap dan menceritakan amalan yang pernah dilakukannya dahulu. Begitulah keadaan yang akan dilalui manusia seperti dijelaskan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dalam slot Mau'izati di IKIMfm. Beliau kemudian menerangkan firman Allah SWT dalam surah al-Zukhruf, ayat 45 yang bermaksud: "Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain Allah Yang Maha Pemurah." Di padang Mahsyar nanti Allah SWT akan bertanya sama ada betul atau tidak seseorang itu beriman kepada-Nya dengan membuktikannya di hadapan Allah SWT. Rasulullah SAW juga sering mengingatkan supaya sentiasa bersedia menghadapi hari kita akan disoal apa yang dilakukan ketika hidup di dunia. Empat perkara dihisab Malah, telapak kaki anak Adam ini tidak akan tergerak di padang Mahsyar sehingga selesai disoal oleh Allah SWT mengenai empat perkara iaitu ke mana manusia menghabiskan umurnya, bagaimana menggunakan tubuh badan dan jasad sehingga hari tua. Ketiga, adakah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh dan keempat mengenai harta benda dari mana sumbernya dan ke manakah ia dibelanjakan. Ulama berpendapat Hari Kiamat juga dikenali sebagai hari penyaksian ditafsirkan kepada tiga iaitu kesaksian Rasulullah SAW terhadap amalan umatnya, penyaksian alam sama ada bumi, langit dan segala berada di dalamnya serta penyaksian anggota badan manusia terhadap semua yang dilakukannya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/175824

Tuesday, July 12, 2016

Solat orang sakit kena tahu cara duduknya

Sejak akhir-akhir ini sakit lutut menjadi-jadi hinggakan terpaksa solat duduk atas kerusi.  Kalau solat subuh dan maghrib tu, aku gagahkan juga untuk solat seperti biasa tapi kalau solat yang 4 rokaat tu terpaksa la solat duduk sebab dah tak tahan sakit bila nak sujud.

Ni ada info nak dikongsikan cara-cara solat duduk sebab kadang-kadang kita salah faham mengenainya.

Bahagian Fiqh Amali (m/s 35) - Tulisan: Ustaz Haji Ahmad Baei Jaafar

Dua tiga kali juga saya memerhatikan seorang pegawai keselamatan di sebuah hospital, solat dengan cara duduk sambil kaki kanannya dilunjurkan ke hadapan. satu hari saya menegurnya: "Tuan, kenapa dengan kaki tuan?" "Saya kemalangan dan dengan sebab itu saya tidak boleh lipat kaki seperti biasa," jawabnya. Saya terus bertanya, "Tuan boleh berjalan dengan baik tetapi mengapa tuan tidak boleh solat berdiri?" Jawabnya mudah, "Kalau saya berdiri, sukar pula saya hendak duduk semula." 
Mungkin alasan itu boleh diterima dan caranya itu boleh memudahkan urusan solatnya. Tetapi anda mungkin pernah bertemu dengan orang yang solat duduk di atas kerusi. Dia bawa kerusi itu dari rumah, malah mampu berjalan dengan baik. Setelah diletakkan kerusi itu, dia duduk dan memulakkan takbir. Sepanjang empat rakaat Isyaknya, dia solat dalam keadaan duduk. Adakah sah solatnya?
Mari kita lihat rukun solat iaitu rukun pertama, berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardu.
Berdasarkan rukun tersebut, perlu kita tanya mereka yang solat duduk itu, adakah dia boleh berdiri? Dalam kes diatas, tentu kita tidak perlu bertanya lagi kerana memang kita nampak dia boleh berjalan dengan baik. Ertinya dia boleh berdiri lama. Jika rukun pertama sudah tidak dipatuhi, bagaimana kedudukan solat itu?
Inilah perkara yang jarang diperhatikan oleh umat Islam. Kita tidak nafikan amalan dalam Islam tidak membebankan umatnya. Perkara yang susah akan dimudahkan jika perlu, rukhsah namanya. Tetapi rukhsah itu ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
Mari teliti cara solat yang betul bagi orang sakit sebegini:
  • Untuk dua kes diatas, mereka hendaklah berdiri terlebih dahulu. Lakukan rukun tadbir, membaca al-Fatihah dan surah berikutnya dalam keadaan itu sehingga rukuk dan iktidal.
  • Untuk sujud, duduklah diatas kerusi atau lunjurkan kaki ke hadapan bagi yang duduk diatas lantai. Kemudian tundukkan kepala ke hadapan setakat yang mampu. Bacalah bacaan dalam sujud seperti biasa. Kemudian duduk antara dua sujud dan lakukan sujud sekali lagi seperti yang pertama.
  • Untuk rakaat yang kedua, berdiri semula bagi yang duduk diatas kerusi, tetapi bagi yang duduk berlunjur, bolehlah duduk dalam keadaan itu jika sukar untuk bangun semula.
  • Ulangi pergerakkan itu sehingga selesai empat rakaat, iaitu salam.
Merujuk kepada mereka yang duduk berlunjur itu, ia bergantung kepada kesihatan dan kemampuannya. Jika dia boleh bangun semula tanpa mendatangkan apa-apa mudarat dan tidak mengganggu orang yang solat di sebelahnya (solat jemaah), hendaklah dia bangun berdiri seperti orang lain juga.
Walau bagaimanapun, bagi mereka dalam kes diatas, jika untuk duduk berlunjur pun perlukan bantuan orang atau boleh mengganggu jemaah lain, bolehlah dia duduk sepanjang solatnya walau dia boleh berjalan dengan baik.
Perlu diingat juga, berdasarkan rukun diatas, hukum berdiri ini hanya khusus untuk solat fardu sahaja. Ini bermakna untuk sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya adalah sunat. Jadi, jika mampu solat berdiri, lakukan dengan berdiri.
Bagi mereka yang terus duduk, rukuknya hendaklah dengan menundukkan kepala ke hadapan sedikit dan bacalah bacaan dalam rukuk sebagaimana biasa. Cara ini hendaklah dibezakan dengan sujud yang tunduknya sampai ke tahap yang paling rendah yang dia mampu.
Adalah diharapkan umat Islam dalam keuzuran ini dapat memberi perhatian terhadap solat agar dilakukan dengan sempurna menurut kaedah yang betul. Ingatlah kalau solat tidak sah, ibadah yang lain boleh jadi tiada nilaiannya di sisi Allah. Selamat mencuba yang terbaik untuk Allah.
 
Tetapi anda mungkin pernah bertemu dengan orang yang solat duduk di atas kerusi. Dia bawa kerusi itu dari rumah, malah mampu berjalan dengan baik. Setelah diletakkan kerusi itu dia duduk dan memulakan takbir. Sepanjang empat rakaat isyaknya dia solat dalam keadaan duduk. Sahkah solatnya? Mari kita lihat rukun solat iaitu rukun pertama, berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap rukuk tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardu. Berdasarkan rukun itu, perlu kita tanya mereka yang solat duduk itu, adakah dia boleh berdiri? Dalam kes di atas tentu kita tidak perlu bertanya lagi kerana memang kita nampak dia boleh berjalan dengan baik. Ertinya dia boleh berdiri lama. Jadi, bagaimana solat itu boleh terjadi kalau rukun pertama sudah tidak dipatuhi. Inilah perkara yang jarang diperhatikan oleh umat Islam. Kita tidak nafikan amalan dalam Islam tidak membebankan umatnya. Perkara yang susah akan dimudahkan jika perlu, rukhsah namanya. Tetapi rukhsah itu ada syarat yang perlu dipatuhi. Mari kita telitikan cara yang betul solat orang yang sakit sebegini. Untuk dua kes di atas, mereka hendak berdiri terlebih dahulu. Lakukan rukun berikutnya dalam keadaan itu sehingga rukuk dan iktidal. Untuk sujud, duduklah di atas kerusi atau melunjur kaki ke hadapan bagi yang duduk atas lantai. Kemudian tundukkan kepala ke hadapan setakat yang mampu. Bacalah zikir sujud seperti biasa. Kemudian duduk antara dua sujud dan lakukan sujud sekali lagi seperti pertama. Untuk rakaat kedua, berdiri lagi sekali bagi yang duduk di atas kerusi, tetapi yang duduk melunjur bolehlah duduk dalam keadaan itu jika sukar untuk bangun semula. Ulangilah amalan itu sehingga selesai empat rakaat, iaitu salam. Merujuk kepada mereka yang duduk melunjur itu, bergantung kepada kesihatan dan kemampuannya. Jika dia boleh bangun semula tanpa menyusahkannya dan tidak mengganggu orang yang solat di sebelahnya (solat jemaah) hendaklah dia bangun berdiri seperti orang lain juga. Walau bagaimanapun bagi mereka dalam kes di atas, jika untuk duduk melunjur pun perlukan bantuan orang atau boleh mengganggu jemaah lain bolehlah dia duduk sepanjang solatnya walaupun dia boleh berjalan dengan baik. Perlu diingat juga, berdasarkan rukun di atas hukum berdiri ini ini hanya khusus untuk solat fardu sahaja. Ini bermakna untuk sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya adalah sunat. Jadi, jika mampu solat berdiri, lakukan dengan berdiri. Bagi mereka yang terus duduk, rukuknya hendaklah dengan menundukkan kepala ke hadapan sedikit dan bacalah zikir rukuk. Cara ini hendak dibezakan dengan sujud yang tundukannya sampai ke tahap yang paling bawah yang dia mampu. Adalah diharapkan umat Islam dalam dalam keuzuran ini dapat memberi perhatian untuk solat akan datang. Ingatlah kalau solat tidak sah, bermakna ibadah yang lain boleh jadi tiada nilaiannya di sisi Allah. Selamat mencuba yang terbaik untuk Allah.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ