Thursday, August 30, 2018

PENYAKIT KEBAS TANGAN

Sejak akhir-akhir ini tangan akan kebas terutamanya ketika tidur.  Kadang-kadang sakitnya menyucuk2.  Tidur pun tak selesa. Kadang-kadang terfikir juga kalau-kalau ianya berkaitan dengan kolestrol aku yang tinggi atau ada penyakit lain.  Risau betul.

Pagi ini search dalam internet dan terjumpa 1 artikel ni. Rasa lega sikit bila baca



Apa punca kebas tangan? 

Tangan anda pernah rasa kebas? Ada yang terasa tangannya kebas bila bangun dari tidur. Perlu risau ke kalau tangan rasa kebas? Jari-jemari antara ibu jari hinggalah kelingking ibarat mesin kecil yang bekerja untuk kita. Mungkin ramai yang tak ambil kisah tentang kesihatan jari-jari tangan.

Kebas jari tangan ni lebih dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel atau typist hand atau writers hand.

Gejala/Tanda/Simptom Punca Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel) 
Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking. Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, jarum dan masa bangun dari tidur.

Biasanya…kalau rasa kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas tetap terasa juga. Pesakit ni biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat. Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh. 

7 Punca Kebas Tangan Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip. Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan. 

Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil. Pergelangan tangan kita pernah cedera. 

Faktor jantina. 
Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah? 

Faktor umur. 
Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan. 

Kekurangan vitamin B12 dalam badan kita. Ini antara punca-punca berlakunya rasa kebas di hujung jari tangan, tapak kaki, lengan atas dan bahagian kaki.

Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel) 
Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan. Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik. 

Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit. 

Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu. 

Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini. Punca Kebas Tangan | Petua Kesihatan

Doktor pesan, jangan pandang remeh kalau kita ada rasa dan simptom kebas tangan ni. Kalau dibiar, saraf boleh rosak dan otot boleh kecut. Apa yang penting, jangan bebankan tangan kita dengan bebanan yang tak sepatutnya. Jauhi segala punca kebas tangan. Moga-moga tangan kita mampu berfungsi sebaik mungkin


Wednesday, August 15, 2018

LUASNYA NERAKA


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a..w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. 


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a..w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!


Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

Monday, August 13, 2018

Apabila Sudah Usia Kepala 5


Ramai  yang tidak tahu, kerana memang tidak ada yang memberitahu, bhw kalau sudah usia kepala 5, sebaiknya tidak memilih utk berjoging, berlari, apalagi melompat. 
 
Jangan sampai salah memperlakukan sendi lutut, akibat masih tetap berjoging, berlari, bermain tennis, badminton, bola tampar, & aktiviti fizikal lain yang membebani sendi lutut.

Itu yang saya maksudkan dengan pengetahuan sihat itu murah..,

*Contoh lain yang tidak boleh dilakukan di usia kepala 5, adalah tidak menginjak kerikil tanpa alas kaki sehingga persarafan tapak kaki menderita radang akibat tertekan kerasnya kerikil yg sangat keras selama memikul beban tubuh.*

Alasan bahawa itu sebagai refleksologi tidak boleh diterima akal sihat.
Refleksologi?

-Tekanan yg diterima tapak kaki hanya dilakukan oleh ibu jari tangan saja yg tekanannya ibu paling kuat hanya sekitar 5 kg.

*Namun apabila berdiri di atas kerikil yg sgt keras, tekanannya adalah seberat beban tubuh.* Kerana tidak ada yang memberi penerangan  dan hanya kerana mendengar sahaja bahawa menginjak kerikil tanpa alas kaki bisa  menyihatkan, maka yg asalnya supaya sihat, malah jadi korban kerosakan saraf tapak kaki.
*Akibat buruk menginjak kerikil boleh mengakibatkan terjadinya fascitis/plantaris.*
Murahnya pengetahuan yang memberi informasi tidak menginjak kerikil tanpa alas itu menjadi mahal kalau kita tidak tahu.

Salam sihat,
(Dr HANDRAWAN NADESUL)

*YOGA*-nya orang Islam itu dengan gerakan SOLAT.
*MEDITASI*-nya orang Islam itu duduk tenang sambil berZIKIR.
*SELF HEALING*-nya orang Islam itu melakukan MUHASSABAH.
*DETOX*-nya orang Islam adalah dengan rajin berPUASA.
*PEMBERSIHAN*-nya orang Islam boleh dengan SEDEKAH.
*VITAMIN*-nya orang Islam adalah sikap *_MUDAH MEMAAFKAN._*
*UBAT AWET MUDA*-nya orang Islam: *_TIDAK MENCAMPURI urusan yang tidak perlu._*
*NUTRISI TERBAIK*-nya orang Islam adalah BERBAIK SANGKA (Huznuzon).
*PEMBERSIH HATI*-nya orang Islam dengan menahan GHIBAH (mengumpat).
*PENYUCI JIWA*-nya orang Islam adalah: Menjauhi sifat IRI HATI & DENGKI.
*PENGAWET PAHALA*-nya orang Islam: Tidak RIYAK
*PENCEGAH PRAHARA*-nya orang Islam: *_Menghindari PERDEBATAN._*.
*PENGUKUR RENDAH HATI*-nya orang Islam: Tidak menyebut KELEBIHANNYA.
*PENDETEKSI KEIKHLASAN*-nya orang ISLAM: Tidak menyebut KEBAJIKANNYA.
*SARIPATI*-nya dalam beribadah itu adalah DOA, dan ROH-nya dalam beramal itu adalah IKHLAS.

*INFO PENTING MUSLIM & MUSLIMAH*
DAFTAR UBAT:
1. Sering sakit = *silakan puasa*
2. Wajah gelap = *solat Dhuha*
3. Hati sempit = *baca Al-Qur'an.*
4. Susah bahagia = *solat tepat waktu*.
5. Emosi kacau = *wudhuk dan istighfar*.
6. Gelisah = *banyak doa dan olahraga*.
7. Tertekan = *zikir "lahaula walaquwwata illa billah"*.
8. Kurang berkat rezekinya = *dekati yang halal saja*.
9. Miskin melulu = *muliakan orang tua & banyak  bersedekah*.
Salam Fastabiqul Khairat...
Dr. Handrawan Nadesul https://g.co/kgs/mF9VJd

Sunday, August 12, 2018

MakNyah : Nasihat menasihati dengan kasih sayang – Ustaz Ebit Lew





Aku suka cara Ustaz Ebit Lew ni berdakwah dengan golongan mak nyah ni.  Sepatutnya golongan ini didekati dengan cara mengajak mereka mendekati ajaran Islam yang sebenar bukannya meminggirkan mereka.  Mereka juga seperti kita, kadang alpa dengan kehidupan ini, tersasar dari landasan hidup sebagai muslim sebenar.  Kalau kita terus menghukum, mereka ini akan terus jauh dari Allah. Ini bukanlah bermakna kita harus menyokong apa yang mereka lakukan, tarbiyah perlu dilakukan untuk mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.  Umpama menarik rambut dalam tepung. sebab golongan mak nyah ni selalunya berjiwa sensitif.  Mungkin juga dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti usrah atau kem-kem motivasi seperti yang selalu kita buat pada budak-budak sekolah dengan diselitkan sembahyang berjemaah, qiamullail akan dapat membuka kembali hati mereka untuk kembali ke jalan Islam yang sebenar.  Semakin kita pinggirkan mereka semakin jauh mereka tinggalkan kita dan terus hanyut dalam dunia mereka.  Kenapa kita boleh membawa saudara berlainan agama untuk bersyahadah tapi kita tak mampu membawa saudara seagama untuk terus menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan mereka.  Semoga Ustaz Ebit Lew terus istiqamah untuk membawa golongan ini kembali kepada Islam.  Amin