Sunday, August 12, 2018

MakNyah : Nasihat menasihati dengan kasih sayang – Ustaz Ebit Lew





Aku suka cara Ustaz Ebit Lew ni berdakwah dengan golongan mak nyah ni.  Sepatutnya golongan ini didekati dengan cara mengajak mereka mendekati ajaran Islam yang sebenar bukannya meminggirkan mereka.  Mereka juga seperti kita, kadang alpa dengan kehidupan ini, tersasar dari landasan hidup sebagai muslim sebenar.  Kalau kita terus menghukum, mereka ini akan terus jauh dari Allah. Ini bukanlah bermakna kita harus menyokong apa yang mereka lakukan, tarbiyah perlu dilakukan untuk mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.  Umpama menarik rambut dalam tepung. sebab golongan mak nyah ni selalunya berjiwa sensitif.  Mungkin juga dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti usrah atau kem-kem motivasi seperti yang selalu kita buat pada budak-budak sekolah dengan diselitkan sembahyang berjemaah, qiamullail akan dapat membuka kembali hati mereka untuk kembali ke jalan Islam yang sebenar.  Semakin kita pinggirkan mereka semakin jauh mereka tinggalkan kita dan terus hanyut dalam dunia mereka.  Kenapa kita boleh membawa saudara berlainan agama untuk bersyahadah tapi kita tak mampu membawa saudara seagama untuk terus menghayati dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan mereka.  Semoga Ustaz Ebit Lew terus istiqamah untuk membawa golongan ini kembali kepada Islam.  Amin

No comments: