Tuesday, June 30, 2015

Zuhrah dan Musytari bertemu jua

Saya amat berminat berkaitan dengan ilmu cekrawala ni dan cita-cita tu nak beli satu telescop.  Itulah impian saya sejak dulu atau sekadar angan2..........Dan malam ini insyaallah kita akan dapat menyaksikan pertemuan antara zuhrah dan musytari.

Setelah beberapa bulan menanti, ‘pertemuan’ dua planet yang masing-masingnya unik dalam cara tersendiri, sampai ke kemuncak.

Pada petang nanti, 30 Jun 2015, apabila kita pandang ke barat, akan didapati kedua planet ini ‘terpisah’ pada jarak yang sama dengan diameter bulan.
Malah, jika diluruskan lengan anda di hadapan, dan ‘meletakkan’ hujung jari telunjuk berhampiran dengan kedua planet ini, ia akan kelihatan memenuhi kawasan ‘separuh’ sahaja dari lebar jari anda!
 IMG_2377
Simulasi di atas menunjukkan betapa rapatnya Zuhrah dan Musytari nanti, hingga boleh dimuatkan dalam hujung jari kita je! ©falakonline.net

Begitulah dekatnya fenomena yang dipanggil conjunction (atau konjungsi) kali ini.

Apa yang akan dapat dilihat nanti?


Pada petang ini, 30 Jun 2015, pandang ke arah BARAT. Kita akan dapat lihat 2 butir objek terang di langit. Itulah Zuhrah dan Musytari.
Kedudukan petang nanti seperti rajah di bawah, iaitu Musytari di atas manakala Zuhrah di bawah.

 Pada petang esok, 1 Julai 2015, kedua-dua planet ini akan berada sebelah-menyebelah, Zuhrah di kiri, Musytari di kanan (seperti rajah di bawah)

SkySafari_4_Pro

 Lusa, pada 2 Julai 2015, Musytari pula berada di bawah Zuhrah (seperti rajah di bawah)

SkySafari_4_Pro


Selepas daripada tarikh-tarikh ini, kedua-dua planet ini mula terpisah semakin jauh. Musytari pula akan semakin rendah ke ufuk dan lama kelamaan hilang dari pandangan. Diikuti juga oleh Zuhrah.
Disebabkan Zuhrah dan Musytari akan berada dalam kawasan langit yang sama besar dengan Bulan, maka sesiapa yang mempunyai teleskop, BOLEH MELIHAT KEDUA-DUANYA SERENTAK dalam satu view pandangan teleskop!

Bila lagi? 

Fenomena Conjunction Zuhrah dan Musytari ini sentiasa indah, kerana kedua-dua planet ini amat cerah di langit, dan mudah menarik perhatian sesiapa sahaja yang mencarinya.

Jika anda terlepas peluang untuk melihatnya kali ini, jangan risau, kedua-dua planet ini akan bertemu sekali lagi pada 26 dan 27 Oktober 2015 nanti, pada waktu Subuh pula! Namun, kedudukan keduanya masa itu tidaklah sehampir/sedekat dengan apa yang kita akan lihat 2,3 hari ini.
Oleh itu, jom jangan lepaskan peluang melihat sesuatu yang indah di langit, melihat ayatul manzurah, bukti kekuasaan dan rahmat Allah SWT di bulan yang penuh barakah ini!





Thursday, June 25, 2015

ISTERI YANG DIANIAYA DAN DIZALIMI SUAMI ADALAH ISTERI YANG BERUNTUNG!


--- Kaum ADAM dan HAWA, WAJIB Baca ---

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu Tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.
Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?
Isteri: Saya ingin mengadu kepada Tuan perihal suami saya.
Syeikh: Apa aduanmu itu?
Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, tuan syeikh.
Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.
Nafkah saya tidak ditunaikan Tuan.
Makan minum saya tidak diendahkan Tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.
Tuan syeikh tersenyum.
Isteri itu kehairanan.
Sedang hatinya dirundung sedih, Tuan Syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.
Syeikh: Wahai puan yang dirahmati ALLAH, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.
Isteri: Hah??? Untung??
Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung.
Kamu wanita dan isteri terpilih.
Isteri: Saya bernasib malang Tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.
Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?
Isteri: Sudah Tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.
Syeikh: Wahai puan, ALLAH sedang mengujimu.
ALLAH amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.
Tahukah kamu, bahawa ALLAH sangat dekat dengan doa orang2 yang teraniaya dan dizalimi.
Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada ALLAH.
Kerana apa?
Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami.
Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi ALLAH.
Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun ALLAH akan mendengar doamu itu wahai puan.
Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana ALLAH.
ALLAH akan membantumu.
Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai Tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.
Syeikh: ALLAH..beruntungnya kamu wahai puan...
Isteri: Kenapa Tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?
Syeikh: ALLAH...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?
Isteri: 40 tahun Tuan.
Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?
Isteri: Saya tidak tahu Tuan. Itu kuasa ALLAH.
Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?
Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.
Syeikh: Rasulullah saw yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja.
Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali pada-NYA.
Andai kamu bersabar, segala derita itu akan ALLAH gantikan dengan SYURGA yang indah.
Tidakkah itu bermakna kamu beruntung?
Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di Akhirat nanti?
Isteri: Tentunya Tuan lebih tahu.
Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang WAJIB dijaga dengan baik.
Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.
Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab ALLAH di akhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan....
Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan 1000 tahun di dunia?
Selagi mana kamu tidak redho akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.
Isteri itu tertunduk.....
Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka ALLAH di akhirat nanti?
Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri2 dan anak2nya sendiri.
Mana2 hak isteri2 dan anak2 yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.
Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah Tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?
Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi ALLAH.
Bahkan boleh sehingga ALLAH menolak solatnya itu..
Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh ALLAH Ta'ala???
Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya Tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka ALLAH?
Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redho, maka dia tetap akan menanggungnya.
Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri.
Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redho.
Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.
Isteri itu diam.
Melihat isteri itu diam, Tuan Syeikh bertanya;
Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?
Isteri itu menggelengkan kepala.
Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?
Isteri itu hanya membisu.
Syeikh: Adakah kamu redho akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?
isteri itu masih diam.
Syeikh: Maha Suci ALLAH... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...
Tuan Syeikh tunduk dan tiba2 mengalirkan air mata.
Dia menangis sebak.
Si-isteri berasa pelik, lalu bertanya;
Isteri: Kenapa tuan menangis?
Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada ALLAH.
Aku kasihan kepada suamimu itu.
Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka.
Susah dan sukarnya menjadi seorang suami.
Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak.
Untungnya kalian para isteri.
Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.
Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat.
Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, MAAFKANLAH dia.
Andai kamu tidak memaafkan dia dan tidak redho akan perbuatannya, maka tertanggunglah dibahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.
Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji2 ALLAH yang disampaikan oleh Tuan Syeikh.
WaLlahu a'lam

Wednesday, June 24, 2015

KISAH SEDIH DI BULAN RAMADHAN

Ini satu lagi kisah masyarakat yang dipaparkan. Saya ambil dalam fb. Terasa ingin membantu
tapi tak ada info yang tepat.  Lokasinya di Pendang, Kedah


Siti seorang OKU..dia bisu malah mentalnya tidak spt insan lain. Ketika usianya 18 tahun....dia menjadi mangsa kerakusan nafsu durjana lelaki...lalu terahirlah Adam ( bkn nama sebenar, 18 thn) .Ketika usianya 30 tahun...sekali lagi dia dinodai dan terlahirlah Idris ( bkn nama sebenar, 9 thn ) dari rahim insan yg tidak berdaya dan tidak berdosa itu.
Pertama kali bertemu dan menatap wajah Siti...saya sebak sekali. Sampainya hati lelaki itu ...menodai Siti yg terlalu naif. Siti yg bisu itu hidup dlm dunianya sendiri. Siti tidak pandai menonton tv...Siti tidak punya sesiapa sebagai kawan selain seekor kucing. Kucing itulah teman setianya. Sesekali Siti akan meraung bila "bergaduh" dgn kawan baiknya itu.
Namun kuasa Allah S.W.T ....Siti kenal dan kasih akan anak2nya dengan caranya tersendiri. Malah saya kira..arwah org tua Siti telah mendidik Siti dan anak2 nya cukup sempurna. Siti yg serba kekurangan itu tidak seperti manusia hari ini...yg sewenang-wenangnya membuang bayi mereka. Anak2 Siti juga dididik menyayangi dan menghormati Siti. Siti juga tidak suka keluar rumah malah dia sgt menjaga kebersihan rumah.
Siti ada menerima wang JKM RM 300 sebulan dan dgn wang itulah, jiran terdekatnya menyara Siti dan anak2nya sejak dua tahun yg lalu setelah kematian ibunya. Siti anak tungggal... jiran itulah yg menyediakan makan minum Siti malah menguruskan Siti setelah Adam memilih utk mengikuti kursus kemahiran otomatif dan berhijrah meninggalkan ibunya hidup sendirian di rumah ini.Idris pula dihantar ke rumah anak yatim...di rumah anak yatim itulah saya berkasih sayang dgn Idris seterusnya mendengar ttg Siti.
Ketika saya memberitahu Siti hendak mengambil gambarnya....Adam meminta ibunya mengenakan tudung ...sedihnya...Siti tak pandai memakai tudung dan harus dibantu. Ketika Adam membuka kain penutup bungkusan baju terpakai untuk mencari tudung buat ibunya...Siti marah dan menampar tgn Adam. Sangkanya Adam hendak memunggah pakaian yg dia simpan rapi. Apabila saya tunjukkan kamera...Siti senyum panjang lalu duduk bersimpuh penuh sopan di hadapan saya. Yaaa...Siti seorang perempuan yg cantik..kulitnya putih. Tubuhnya juga kecil molek.
Sebelum pulang..saya serahkan sedikit wang sumbangan penderma dr TABUNG JARIAH DAPUR RAMADAN kepada Adam juga barang2 dapur utk memasak. Saya bertekad utk membela nasib dua beradik ini..memastikan mereka berjaya dlm pelajaran.
Melihat saya hendak melangkah pulang...Siti pantas menghulurkan sebelah tangannnya utk bersalaman dgn saya.
" Mak....salam tangan mana tu...tu
tgn kiri "
Cepat2 Siti menukar huluran tangannya sambil ketawa kuat. Saya menyambut penuh sayu. Saya tinggallan Adam dgn kata2 semangat...dan saya lihat mata Adam merah berkaca mengiringi langkah saya....
 Cepat2 Siti menukar huluran tangannya sambil ketawa kuat. Saya menyambut penuh sayu. Saya tinggallan Adam dgn kata2 semangat...dan saya lihat mata Adam merah berkaca mengiringi langkah saya....

'Baju terpakai pemberian org...diisi dlm beg plastik..kemudian diselimut rapi .'
'Makanan siap di masak dihantar jiran sebelah..selapas makan ..Siti pandai mencuci pinggannya...'

Wednesday, June 17, 2015

SALAM RAMADHAN


Selamat Berpuasa Buat Semua Saudara Seislamku.
Moga Ramadhan kali ini bertambah amalan dan terhapus dosa-dosa
lampau. Moga hidup kita dirahmati dunia dan akhirat.

Monday, June 8, 2015

BENCANA ALAM ATAU MURKA ALLAH


Add caption
PELAJARAN BESAR DARI MAKSIAT DAN BENCANA ALAM

Ramai pembaca yang mentelahkan bahawa berlakunya bencana alam yang pelik-pelik di negara kita sejak akhir-akhir ini ada kaitannya dengan pelbagai fenomena alam. 

Sebahagian lagi mengaitkannya dengan ancaman Allah tentang kifarah dari perbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri. Kali ini kami ingin kaitkan fenomena bencana alam ini dengan gambaran kemurkaan Allah terhadap kerosakan akhlak manusia secara muhkamat dan mutasyabihat.
Baru-baru ini di Nepal yang terkenal dengan wisata Everestnya telah berlaku ‘pembunuhan’ kejam terhadap 250,000 haiwan atas ritual agama. Tidak sanggup untuk melihat gambar pembunuhan kejam itu, apatah lagi bila menontonnya dari rakaman videonya. Selepas itu berlaku gempa bumi 7.8 SR dan beberapa kali gempa susulan yang amat dahsyat.

Di Acheh juga dikhabarkan berlaku pesta maksiat yang keterlaluan pada 25 Disember 2004, sehari sebelum terjadinya Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu jiwa. Peringatan oleh ‘seseorang’ agar mereka ‘beringat’ telah diabaikan dan diperlekeh begitu sahaja.

Tragedi banjir lumpur yang dahsyat pada 26 Desember di Sabah suatu ketika dahulu juga dikatakan berlaku sehari selepas masyarakat setempat berpesta maksiat yang melampaui batas.
Sebelum tragedi gempa bumi di Sabah kelmarin juga terdapat satu kronologi yang sama.
Berita tentang sekumpulan 10 orang asing pendaki gunung Kinabalu berbogel di puncak gunung dan 2 pelancung yang berbogel di sebuah pulau berhadapan Kota Kinabalu telah tersebar luas sebelum bencana itu terjadi.

Isu bogel di pantai PD dan Penang, juga banyaknya kes pembuangan bayi, mabuk dan zina terbuka, juga pelbagai maksiat dalam konsert gila juga mengundang murka.

KUASA TUHAN DAN KEEGOAN MANUSIA

Begitu banyak kisah di mana Allah mengancam manusia dengan pelbagai bentuk bencana alam bagi menyedarkan mereka telah dinukilkan dalam alQuran. Ada yang diancam ribut taufan, bah besar yang menenggelamkan gunung, gempa bumi, gunung berapi, kemarau panjang dan banyak lagi.
Sikap manusia pula suka menganggap semua kisah-kisah sadis yang menimpa orang terdahulu itu sebagai kisah dongeng mereka. Kebanyakan kita tidak pernah perduli kerana kita tidak bersama mereka ketika semua itu terjadi dan apa yang menyebabkan Allah murka sehingga diturunkan bala seberat itu.
Manusia bersikap acuh tak acuh dengan semua kisah-kisah yang sarat dengan ancaman dan pelajaran itu. Kita beranggapan bahawa itu urusan mereka, bukan urusan kita dan bencana tidak bakal terjadi pada kita. BEGITULAH EGONYA MANUSIA.

Yang menjadi kebimbangan sekarang ialah, jika kita tidak memainkan peranan dalam berdakwah dan memberikan peringatan dengan sungguh sungguh, maka bencana yang menimpa tidak hanya mengenai mereka, malah akan turut mengenai kita juga.

QS 10. Yunus 23. Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa hak. Hai manusia, sesungguhnya kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri; itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kami-lah kembalimu, lalu Kami kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

QS 4. An Nisaa' 79. Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.

QS 8. Al Anfaal 25. Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang TIDAK KHUSUS menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.

BEBERAPA ANALOGI ALAM DAN SIKAP MANUSIA

Jika kita hanya melihat kejadian alam seperti adanya, tanpa membaca (iqra’) berdasarkan ilmu yang telah Allah beri pada kita, mungkin tergamak kita gunakan 'kebijaksanaan' dan kedegilan kita untuk menafikannya. Tetapi jika kita padankan dengan ilmu mutasyabihat dari Allah, maka kita dapati tiada ruang lagi untuk kita memberikan alasan.
Dahulu kita di Malaysia jarang ada bencana angin yang amat dahsyat seperti taufan (tornedo) yang membaham apa sahaja di laluannya sepertimana yang sering berlaku di USA. Kini semua itu sering terjadi di sini.

Bahasa analogi/mutasyabihat ANGIN dalam alquran itu dibaca sebagai analogi BERITA.
Selama ini berita yang sampai kepada kita hanya bersifat sepoi-sepoi bahasa, atau dianggap sebagai ‘berita angin’ sahaja. Ia agak bertapis dan memilih-milih subjek, pendengar atau penerimanya. Mahu didengar boleh, tidak mahu perduli pun tidak mengapa.
Sekarang ini, berita yang sampai kepada kita sudah macam ribut dan taufan. Tiada lagi berita rahsia. Ia tidak lagi mengira tentang siapa dan disampaikan kepada siapa. Tidak lagi dalam bentuk angin sepoi bahasa.

Kini, berita tentang apa sahaja, mengenai siapa sahaja mudah jadi viral dan menjadikan semua orang ‘terasa’ dan mudah jadi 'gila'. Tidak kira berita tentang ustaz / ulamak, tentang raja, tentang polis, tentang menteri, semua diredah tidak berkira-kira. Itulah analogi taufan yang membaham semua. Cara penyampaiannya juga bengis dan keras, lengkap dengan bahasa lucah dan sumpah seranah.
TANAH di BUMI itu adalah asal usul KEJADIAN MANUSIA yang juga ada banyak analoginya. Tiada kesejahteraan masyarakat selagi manusia tidak diadili dengan sama rata.

Di akhir zaman / qiamat, bumi akan diratakan. Gunung-ganang yang selama ini megah dan kukuh berdiri juga digoncangkan. Itulah situasi kita hari ini secara analoginya.
Hari ini masyarakat bawahan di bumi sudah tidak tahan lagi menanggung beban tekanan manusia yang berada di gunung yang tinggi, megah dan sombong. Sekali-sekala bumi goncangkan agar yang di atas berguling jatuh dan runtuh.

Demikian juga API KEPANASAN hati rakyat marhaen di perut bumi yang tertindas ditindih gunung yang tinggi, gagah dan megah. Sampai masanya maka meledaklah gunung berapi. Itulah lahar kepanasan dari perut bumi yang menghancurkan gunung yang tinggi. Selepas itu barulah bumi subur semula.

DEMIKIAN JUGA SOAL TSUNAMI. Apabila perut bumi sudah tidak tahan lagi menanggung pelbagai gelagat LAUTAN MANUSIA, maka gegaran diperut laut itu pula akan melimpahkan air yang membaham apa sahaja pada laluannya.

Apabila kerakusan manusia sudah tidak terbendung, maka bumi akan diteroka dan ditarah sesuka hati. Hutan ditebang, bukit digondolkan dan ditarah untuk bercucuk tanam atau membina bangunan. Kerana tamak dan rakus, maka rintihan alami dari rakyat miskin, orang asli dan haiwan ternak tidak lagi kita pedulikan.

Akhirnya turunlah BANJIR BESAR sebesar-besarnya membawa segala sampah sarap ciptaan manusia dan lumpur dari bumi yang dibogelkan permukaannya. Banjir biasa yang selalunya kita terima dengan suka dan berpesta saban tahun bertukar jadi mimpi ngeri. Ini juga ada pelajaran besar untuk kita renung bersama.

KESIMPULAN
Lihatlah sesuatu itu "seperti siapa kita, tidak seperti adanya" semata-mata. Jika alQuran itu dikatakan petunjuk dari Allah, pasti benar-benar ada apa yang mahu Dia tunjukkan. Oleh itu hati-hatilah. Bukalah minda, lapangkanlah dada dalam menerima dan mematuhi segala wahyu Allah agar hidup kita selamat sejahtera.
Tanpa mengurangi simpati dan rasa ikhsan terhadap semua mangsa bencana di mana dan bila pun jua, kami ingin mengajak sekalian manusia agar mendidik nafsu masing-masing. Jangan lagi kita teruskan kebejatan yang melampaui batas.
Allah itu Maha Pencipta. Segala yang kita lihat di mukabumi ini adalah ciptaanNya belaka. Jika ada kehebatan ilmu sihir, magik dan metafizik ciptaan manusia, pastinya Allah selaku pencipta memilikki sesuatu yang jauh lebih hebat dari itu semua.
Oleh itu takutlah kepada Allah. patuhilah segala titah perintahnya dan jauhilah segala larangannya.
Bacalah alquran dengan "kefahaman yang sebenar" sebagai petunjuk yang hak. Jangan kita hanya membaca petunjuk / peta semata-mata tanpa bangkit melaksana dan melakukan apa yang ditunjukkan dalam peta itu untuk kita. Bangkitlah dengan penuh semangat, ikhlas dan berani untuk melaksanakan segala yang Allah telah tunjukkan dan tetapkan di dalam kitabNya.
Marilah perbanyakkan istighfar dan islahkan diri untuk mecari redha ilahi.

Thursday, June 4, 2015

SEPTEMBER 2015???????

Ini yang saya jumpa dlm youtube.
Abaikan about Jessus and what Bible had said.
Agenda Illuminati?????
Agenda Barat?????







Wednesday, June 3, 2015

BAHAYA.......DURIAN DARI THAILAND






BAHAYA

durian yang diimpot dari siam
telah dimasukkan bahan kimia
jauhkan dari membeli
buah-buahan dan makanan dari siam
 



Peringatan,
Jgn mkn buah durian Siam, ini adalah kerana Peniaga2 dari Thailand dah celup buah durian dgn ubat racun utk tahan lbh lama, ianya mengandungi toksik dan meresap ke dlm buah durian trsbt.

http://wanmalekwannoh-abelekrm.blogspot.com/