Wednesday, March 20, 2019

HOTEL YANG SAMA, BILIK YANG SAMA TAPI HARGA BERBEZA


 

Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa.Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur?  Taubat nasuha.

*Jom bersihkan hati..* hati bersih hidup bahagia..

1. Jgn cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jgn perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata itulah yg akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang...Doa org yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila2 masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Renung2kanlah & sama² kita Muhasabah diri..

Sunday, March 17, 2019

Missed call dari Tuhan

pernah tak terbayang..
suatu hari nanti,
kau berada didepan sebuah pintu gerbang yang besar
sangat besar sehingga hujungnya kau tidak terlihat dimata
bau dari luar pintu itu
sangat harum sehingga mampu buat kau terbuai

pintu itu..
tertutup rapat
lalu kau beri tiga kali ketukan
hanya setengah saat
pintu itu perlahan terbuka

angin dingin keluar dari celah pintu
membelai wajah halus
bau harum jelas terhidu
kau tersenyum

suara sayup kedengaran perlahan

سَلَامٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ
Selamat sejahtera buatmu diatas kesabaranmu.
(ar rad’u 13:24)

Lalu serta merta segala penat lelah sakit luka beban
yang telah terpikul hilang sekelip mata terasa ringan seringan-ringannya tenang setenang-tenangnya lapang selapang-lapangnya
lalu kau melangkah masuk dari pintu itu kehadiran kau dialu-alukan oleh penghuni disitu
makanan yang mengiurkan ditatang diatas dulang pakaian diganti dengan kain yang mewah lagi cantik
saat itu pertama kali kamu melihat tempat yang kau tak pernah lihat dimata tak pernah terjangkau difikiran tak pernah kau rasa selama kau hidup sebelumnya
itulah Syurga

aku sekarang mengerti dan mengakui
bila orang kata
"ujian itu adalah tanda cinta Tuhan pada hambaNya."

benar..
kerana ketika ujian,
Tuhan sedang pandang hambanya
tepat dimatanya dan hatinya

I am here, dear..
Tell me..
I am here
I hear you
Tell me everything you want me to hear


kerana disaat ujian
Tuhan sedang 'missed call' hambaNya
sekali 'missed call'
dua kali 'missed call'
sepuluh kali 'missed call'
seratus bahkan mungkin beribu-ribu

bila Tuhan 'missed call' maknanya Tuhan nak hambanya 'call back'
dan panggilan seorang hamba pada Tuhannya yang paling romantik
adalah ketika sepertiga malam.

disaat yang lain sedang tidur, kau bangkit dari tidur
semata-mata untuk 'menelefon dan bergayut' dengan Tuhan

manis, kan?

disaat ujianlah adalah masa paling baik untuk manusia refresh, re-clean and repair iman dan motivasi diri

ujian adalah reconnection time antara hamba dengan Tuhan
ujian adalah bonding time antara hamba dengan Tuhan
ujian adalah chatting time antara hamba dengan Tuhan

beruntung buat manusia yang dapat 'missed call' dari Tuhan
beruntung buat manusia yang sentiasa di'missed call' Tuhan
dan sangat beruntung pada manusia yang menyahut call dari Tuhan

oleh kerana itu..
aku percaya,
"ujian itu adalah tanda cinta Tuhan pada hambaNya"

kalau tak cinta, Tuhan tak 'call' banyak kali kan?

Subahannallah.. Alhamdulillah.. Allahu akhbar..
Allah..jadikan aku hamba yang sentiasa memanggilMu
disaat senang dan susah
disaat lapang dan sempit
disaat kaya dan miskin

Kau maha diperlukan..
Kau maha diperlukan..
Kau maha diperlukan..

setiap kali aku sedih..
aku akan baca puisi tentang kesabaran
aku akan ulang-ulang ingatkan ayat Tuhan
Selamat sejahtera buatmu diatas kesabaranmu.
yang suatu hari nanti aku mahu dengar disaat aku melangkah masuk ke dalam syurgaNya.



AMIN YA ALLAH

Sunday, March 10, 2019

SELAMAT DATANG BULAN REJAB

Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadan kerana pada bulan ini Allah SWT banyak memberikan Rahmat-Nya.
Ia adalah permulaan bulan mulia dan bagi mempertingkatkan ibadat dan ketaqwaan, terutama melipat-gandakan amal soleh seperti istighfar dan puasa sunat. Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”

.
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala juga mempunyai banyak kelebihan dan bermanfaat. Beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan Rejab ialah:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
Dari  Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”
 .
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَاةً وَلاَ نُشُوْرًا.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.