Wednesday, September 28, 2022

BILA ADA ANAK PEREMPUAN

Bila ada anak perempuan.
Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan.
Jujur
Masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya
Mak sentiasa pesan,
Ada anak perempuan jangan ambil mudah..
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya amat besar
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki

Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak

Bila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa
Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga
Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka tentang haid,
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah
Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu
Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga
Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung..
Perkongsian utk kita bersama ibu ayah
🌹
 
Credit @muallimahzaharah

Tuesday, September 20, 2022

TUKAR CARA BERDOA

IN SHAA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, ThePowerofDoa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.
 
❤️FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku “.
 
❤️FORMULA KE 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila IN SHAA ALLAH.
 
❤️FORMULA KE 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,
" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
 
❤️FORMULA KE 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.
 
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,
' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
 
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
Amin Ya Mujib.
 
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.
 
❤️FORMULA KE 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,
 
' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'
 
❤️FORMULA KE 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'
Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.
 
👐👐👐👐👐👐
Sumber : Kredit Kepada Penulis Asal

Monday, September 19, 2022

HARGAI ISTERI SEBELUM TERLAMBAT

 

Isteri ni, selagi dia boleh menangis depan kita..
Tu maksudnya cuaca rumahtangga tu masih ada harapan. Tak kisahlah macam mana pun dia menangis.
Menangis senyap-senyap ke.
Menangis hentak kaki ke.
Menangis jerit-jerit ke.
Menangis dalam tersenyum ke.
Tak kisah.
Asalkan dia masih boleh menangis.
Itu maksudnya rumahtangga tu ada harapan. 
 
Tapi di saat isteri dah tak menangis lagi tak kiralah apa pun terjadi, ketahuilah itu adalah masanya untuk suami pula menangis semahu-mahunya.
Tiada apa lagi yang dapat mengubah hati sang isteri jika dia sudah terluka setahap kering air mata. 
 
Masa ini, lelaki menangis air mata darah sekalipun kembali merayu kasihnya, tetap takkan dapat ubah walau sebesar zarah rasa hati dan keputusan seorang wanita.
Ada apa pada tangisan seorang mata?
Kasih sayang yang mendalam. 
 
Hargailah dia sementara dia masih menangis di depanmu.
Dengarkanlah suara hatinya di saat dia masih mengadu denganmu.
Pujuklah rajuknya sementara dia masih mahu merajuk denganmu.
Kerana di saat kau hilang tangis dan rajuk seorang wanita. 
 
Ketahuilah, kau telah HILANG SEGALA-GALANYA tentang dirinya.. 
 
 
Mewakili suara hati wanita,