Thursday, January 28, 2016

Akhir Zaman: Merebaknya Kebodohan & Kedustaan

 

Apabila kita memperhatikan hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W mengenai kepelbagaian fitnah yang bakal terjadi di akhir zaman, maka kita akan merasa sangat khuatir, sebab matannya menggambarkan keadaan yang sangat menakutkan. 

Apatah lagi jika hadis-hadis tersebut kita kaitkan dengan situasi dan gambaran dunia moden sekarang ini, maka kekhuatiran tersebut semakin menjadi-jadi. Mengapa? Kerana sudah terlalu banyak hadis mengenai fitnah-fitnah di akhir zaman yang memperlihatkankan secara tepat situasi dan kondisi dunia moden saat kita berada ini. 

Contohnya bagi maksud hadis ini yang dirakamkan dalam hadis Sahih Bukhari, "Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah diangkatnya ilmu dan merebaknya kebodohan". Ramai orang barangkali tidak sependapat mengatakan bahawa hadis di atas menggambarkan kondisi dunia moden, malah memandang dunia moden saat ini sebagai dunia yang sarat dengan kemajuan, ilmu pengetahuan dan teknologi, dunia di hujung jari. 

Padahal yang dimaksud oleh Rasulullah S.A.W ialah diangkatnya ilmu Islam, bukannya ilmu yang menyangkut urusan keduniaan. Dan makna kebodohan ialah perihal awam masyarakat terhadap ilmu agama; dalam permasalahan hukum yang terang dan tidak perlu diperbahaskan lagipun mereka memilih kepada nilai kekufuran. Nabi Muhammad S.A.W tidak mengatakan bahawa era fitnah di akhir zaman akan tampil dalam bentuk kemunduran ilmu pengetahuan dan teknologi. 

Oleh kerana itu kita dapati terdapat hadis lain yang akan memperjelas maksud hadis di atas, "Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba-hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama. Hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan".(rujuk Sahih Bukhari) Hadis di atas mengarahkan perhatian kita kepada ilmu yang dikuasai oleh para ulama semakin hilang. Pun begitu bukan bermaksud ulama semakin berkurang, tetapi ilmu Islam yang tulen dan hikmah yang ada pada ulama-ulama yang terdahulu tidak lagi menjadi dokongan oleh penerus perjuangan mereka. Apatah lagi zaman ini, title ulama bukan di'beri' kerana dihormati tetapi di'cari' supaya dihormati. 

Nabi S.A.W turut mengaitkan akan munculnya orang-orang bodoh yang dijadikan tempat bertanya dan berfatwa. Dan ketika mereka berfatwa, maka mereka berfatwa tanpa ilmu agama. Akibatnya fatwa yang dihasilkan bersifat sesat dan menyesatkan umat. Dalam realiti yang berlaku di dunia saat ini, kita telah dikejutkan dengan berita sepasang lelaki gay mengaku Muslim yang dinikahkan oleh seorang Imam masjid yang juga seorang gay. 
Hadis lain yang juga sangat tepat menggambarkan keadaan dunia moden jahiliyah saat ini ialah sebagai berikut, "Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang amanah dikhianati, dan ruwaibidhah turut bicara. Lalu Baginda S.A.W ditanya; Apakah Ruwaibidhah itu? Baginda menjawab; "Orang-orang bodoh yang mengurusi perkara umum" (rujuk sunan Ibnu Majah) Dalam dunia jahiliyah moden kita menyaksikan bagaimana orang yang memiliki karakter jujur dan amanah justeru didustakan dan dikhianati. 

Sebaliknya pendusta dan pengkhianat dibenarkan, disokong dan diberi jabatan serta diangkat menjadi pemimpin masyarakat. Begitulah dahsyatnya kehidupan di zaman merebaknya kebodohan dan kedustaan. Inilah zaman jahiliyah moden di mana fitnah-fitnah menyelimuti dunia sehingga dunia menjadi laksana potongan malam yang gelap-gelita. "Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap-gelita. Di pagi hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di petang hari seorang lelaki dalam keadaan Mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya demi memperoleh kenikmatan dunia" (rujuk Sahih Muslim).

*sumber dari http://majlisnuqaba.blogspot.my/

Tuesday, January 26, 2016

Lidah Bekas Majistret Kelu Baca Al-Quran Kerana Rasuah

 


Tuhan punya kuasa, Mohd. Firdaus Ramlan, 34, ditahan penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober 2009 di kediamannya dan ketika itu beliau adalah seorang magistret.

Pada 3 Oktober 2010, Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara tiga tahun dan denda RM25,000 bagi tuduhan kedua dan dia membuat rayuan.

Pada tahun 2012, Mohd. Firdaus kekal menjalani hukuman penjara tiga tahun dan denda berjumlah RM40,000 atas dua kesalahan rasuah selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Demikian keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Datuk Abdul Wahab Patail dan Mah Weng Kwai.

"Saya ditahan atas dua kesalahan meminta dan menerima rasuah. Kedua-duannya melibatkan RM5,000 dan RM3,000..nilainya kecil tetapi bahananya besar," ujarnya.

Sebelum ditahan, katanya, Allah sudah memberi peringatan namun dia alpa.

"Tuhan hendak zahirkan ketika itu, keempat-empat tayar kereta yang dibeli dengan duit panadol (terminologinya bagi rasuah dan kononnya untuk menghalalkan cara) dan telefon bimbit hilang. Hubungan suami isteri selalu bergaduh, kita sendiri cari masalah hendak bergaduh," ujarnya.

Semasa ditahan, keadaannya semakin teruk kerana merasakan dirinya terlalu hina menyebabkan kaum keluarganya trauma.

"Kalau buka hijab mata manusia tengok kahak atas kepala ini.. kahak hijau, kuning pekat dan cair semua ada..orang hina kita," katanya bagi menggambarkan betapa jijiknya pandangan masyarakat kepadanya.

Malah kes itu menyebabkan bukan sahaja dirinya dan keluarga terpalit sama namun tempatnya bekerja dan universitinya belajar juga dikutuk orang kerana mendakwa ia juga punca melahirkan pesalah rasuah.

"Selepas ditangkap dan didakwa ke mahkamah ada satu tahap saya bangun jual nasi lemak demi mencari sesuap nasi..orang tidak peduli dan tanya ada duit hendak beli lampin dan susu anak pun," katanya.

Malah rakan yang dahulu baik pun mula menjauhkan diri. Selepas itu, satu demi satu dugaan menimpa Mohd. Firdaus apabila dua minggu sebelum keputusan kes rasuahnya, ibu dan adiknya terbunuh dalam satu kemalangan.

"Semasa berdiri dalam liang lahad angkat jenazah ibu dan adik saya..saya cukup sedih kerana tidak sempat betul-betul minta maaf kepada ibu saya..saya bimbang dia 'termakan' sekali duit rasuah," katanya.

Walaupun ketika cuba mengasingkan wang rasuah dengan wang hasil titik peluh sendiri untuk diberinya kepada ibunya namun siapa tahu kemungkinan ia bercampur dengan wang haram.

Lebih parah, Tuhan sekali lagi membuktikan kuasanya apabila lidah Mohd. Firdaus 'keras' ketika mahu membaca al-Quran sedangkan mengaji merupakan amalannya sebelum itu kerana beliau merupakan bekas pelajar sekolah agama sebelum itu.

"Saya baca al Fatihah okay tetapi bila baca ayat awal surah Al Baqarah iaitu Alif Lam Mim lidah saya tidak boleh sebut, jadi keras. Lidah saya jadi kaku, keras. Bayangkanlah betapa hinanya pandangan Tuhan kepada saya..benda semudah A, B, C pun tidak boleh sebut.

"Berpuluh-puluh air kolah masjid saya minum dan beratus kali sujud (solat taubat) di Masjid Muhammadi (di Kota Bharu). Seminggu selepas itu baru Allah beri semula saya kemampuan membaca al Quran," jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, Tuhan, katanya sekali lagi menunjukkan kuasanya pada harta yang dibeli daripada wang rasuah.

"Allah hendak tunjuk kepada saya lagi selepas itu. Saya ada 50 pasang kasut dan saya balut dan isi dalam bekas plastik dan yang kata rasuah dicemuh isi bumi apabila anai-anai memakan 48 pasang kasut saya. Hanya tinggal dua pasang kasut yang tinggal dan saya ingat satu pasang saya beli semasa gaji pertama saya dan kasut kedua ialah barang hantaran perkahwinan. Dua sahaja yang 'tidak disentuh' anai-anai," jelasnya.

Seterusnya beliau mengakui fasa di tirai besi juga menjadi pemangkin kepada dirinya untuk bangkit semula mengubah nasib. 
 
"Mula-mula masuk penjara memang buntu kerana tengok tembok tetapi saya kena sendiri kena cari ubatnya," katanya yang menganggap penjara merupakan azab dunia kerana penghuninya menjalani kehidupan dalam keadaan tidak selesa.

"Apabila menyedari ada banduan lain yang dipenjara selama 47 tahun dan tiga tahun kerana kesalahan rasuah membuatkannya bersyukur kerana hanya dipenjara selama dua tahun. Seksa saya lebih ringan berbanding mereka," ujarnya.

Dalam tirai besi juga Mohd. Firdaus belajar sesuatu iaitu bekas banduan yang keluar dari penjara tidak akan disambut dengan karpet merah tetapi cop banduan akan kekal sebagai stigma.

Kehidupan di Penjara Kajang juga memberinya idea menulis buku bertajuk Tersugung Dek Rasuah apabila dibebaskan dan mula berjinak-jinak menjadi penceramah anti rasuah kepada masyarakat.

Sebagai penceramah motivasi bebas mengenai bahaya rasuah kepada masyarakat sejak tahun lepas atas bantuan rakannya daripada SPRM sendiri beliau kini semakin dikenali malah diiktiraf oleh pemimpin kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim sendiri menganggap pengalaman Mohd. Firdaus wajar dijadikan teladan kerana beliau mengalami sendiri kesan bahaya rasuah dan bukan sekadar bercakap sahaja mengenainya.

Ditanya bagaimana mahu memastikan masyarakat dapat mengurangkan amalan rasuah yang bukan sahaja merosakkan individu, masyarakat dan peradaban, Mohd. Firdaus berkata;

"Kalau ada kesedaran agama dan sedar adanya kehidupan selepas mati (akhirat) baru saya rasa rasuah ini dapat dibendung dan dibasmikan sepenuhnya," ujarnya jujur.--MalaysiaGazette

Moga menjadi pengajaran buat kita semua

Wednesday, January 20, 2016

PELAJAR PUTUS KAKI DIGILIS LORI








Sabak Bernam:
Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dekat sini, putus kedua-dua kaki selepas digilis lori dalam kejadian di Parit 16, Sungai Panjang, dekat sini, petang tadi.

Sebelum kejadian, Siti Nuraisyah Sahrin, 13, membonceng motosikal Honda EX5 yang ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan,14, sebelum dipercayai dilanggar kereta dari belakang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, berikutan itu mangsa terjatuh di tengah jalan dan tidak sempat bangun sebelum kakinya digilis lori yang dipercayai membawa muatan tanah.
Katanya, kakaknya pula tercampak ke kiri jalan dan cedera pada bahagian badan serta terseliuh kaki kanan dan kiri.

Wajah yang tenang...................
  Siti Nuraisyah yang kehilangan kedua-kedua kaki ditemani Maimunah di HTAR, Klang. FOTO Roslin Mat Tahir

Terasa hiba apabila membaca berita ini, tambahan pula bila dia tanya "Mak! Boleh ka kaki saya tumbuh balik". 
Sungguh berat ujian yang Allah berikan padanya.  Semoga adik ini diberikan Allah ketabahan dan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang. Moga ada pihak yang dapat membantu adik ini untuk meneruskan kehidupannya.

Tuesday, January 19, 2016

MENYERAMKAN!! Pencarian JURURAWAT HILANG Di TERUSKAN Secara TIBA-TIBA Dan MENEMUi Sesuatu Yang MENGEJUTKAN!! Memang MiSTERI!!

## Jururawat Nurul Wazieyana Sebenarnya Disorok Oleh Jin-Penduduk Kampung|Misteri Kehilangan Nurul Wazieyana”Seperti yang kita maklum misteri Kehilangan jururawat Nurul Wazieyana masih lagi belum terungkai sehingga kini….

## Nurul Wazieyana dikatakan lemas 12.12.2015 di Pasir Panjang, Santubong. Rentetan daripada itu operasi SAR mencari mangsa dijalankan oleh pihak penyelamat…..
## Namun usaha mencari mangsa masih belum lagi menemui titik noktah, apabila mangsa masih gagal ditemui…..

## Sepanjang operasi SAR pencarian, pihak penyelamat telah menjumpai pakaian milik mangsa seperti baju, anak tudung dan pakaian dalam. Selain itu pihak penyelamat juga telah menjumpai organ yang berupa jantung, (kemungkinan organ binatang) di pesisir pantai sepanjang operasi pencarian…..

## Setelah berminggu-minggu mencari dan menggunakan perbagai kaedah, pihak penyelamat akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan operasi pencarian. Bapa nurul Wazieyana akhirnya redha bahawa di Pasir Panjang lah kubur anaknya. Cuma dia berharap satu hari nanti jasad anaknya akan ditemui juga….

## Setelah operasi SAR dihentikan, secara tiba-tiba operasi SAR mencari mangsa diteruskan hari ini dan ini pasti berita yang cukup menggembirakan terutama buat keluarga mangsa yang sememangnya berharap agar mangsa dapat ditemui…..

## Untuk makluman pembaca-pembaca sekalian. Sebenarnya sepanjang operasi pencarian mangsa. Bukan saja pihak penyelamat yang turun padang mencari mangsa. Orang-orang kampung Pasir Panjang dan kampung berhampiran juga turut membantu disertai oleh beberapa orang ustaz. Kawasan pencarian tertumpu kepada gua-gua tidak jauh dari mangsa dikatakan lemas…..

## Menurut penduduk kampung, mereka percaya Nurul Wazieyana sebenarnya disembunyikan oleh jin. Sama ada disembunyikan di dalam gua atau di kawasan yang berhampiran. Kita manusia biasa tidak dapat melihat tempat mangsa disembunyikan walaupun mangsa hanya didepan mata. Sebab tempat mangsa disembunyikan sudah ditutup rapat oleh jin…..

## Untuk membukanya bukan perkara mudah. Mesti ada golongan yang penuh berilmu di dada bagi berkomunikasi dan berbincang dengan jin tersebut. Pernah berlaku ketika mencari, 2 orang ustaz ditampar oleh jin bila cuba melaungkan azan di tepi gua yang diberi nama gua layang-layang…..

## Apa-apa pun sama-samala kita berdoa agar mangsa dapat dijumpai walau dalam apa saja keadaan. Mungkin disebalik kejadian ini ada hikmahnya dan misteri antara yang tersurat dan tersirat kerana sememangnya Pasir Panjang, Pasir Pandak dan Santubong menyimpan perbagai misteri yang belum dirungkai…..

## Gambar penampakan aneh sekitar lokasi gua gua yang didakwa penduduk kampung tempat Jururawat Nurul Wazieyana di sorok jin…..

Sunday, January 10, 2016

ADAKAH DAJJAL TELAH MUNCUL?





 
Siapakah sesungguhnya Dajjal menurut rujukan utama dan pertama kita dalam menggali pelbagai maklumat terutamanya berkaitan dengan agama, yakni Al-Quran al-Karim? Malangnya, kata Dajjal ini tidak disebut secara langsung di dalam Al-Qur'an. Namun, sumber kedua kita yakni hadis Nabi Muhammad Saw banyak memberitahu tentang Dajjal ini.

Mengapa Dajjal tidak disebut secara langsung di dalam Al-Quran? Soalan ini perlu kita jawab terlebih dahulu sebelum meneroka maklumat tentang Dajjal dari hadis Nabi Saw. Jawapan yang sesungguhnya, sudah tentu hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui. Namun, para ulama memberikan pendapat mengenai hal ini.

Penyebutan Dajjal di dalam Al-Quran sudah termasuk dalam kandungan ayat sebagai berikut:

"Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: 'Tunggulah olehmu sesungguhnya Kami pun menunggu (pula)." ( QS Al-An'am [ 6 ] : 158 ).

Dalam surat al-An'am ayat 158 di atas disebutkan "tanda-tanda atau ayat Tuhanmu" yang dimaksudkan adalah tanda-tanda kiamat dalam hal ini adalah munculnya Dajjal. Sebab, disebutkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah Saw telah bersabda: "Tiga hal apabila telah muncul (terjadi) maka tiada bermanfaat lagi sebuah keimanan bagi seorang yang belum beriman (sebelumnya): Dajjal, Dabbah dan terbitnya matahari dari arah barat."
 
Aku tertanya- tanya adakah Dajjal telah muncul di kalangan kita.  Pernah terdengar Ustaz Danial Zainal Abidin memberitahu bahawa Dajjal mungkin adalah pemerintah sesuatu negara yang menguasai manusia dengan cara menghentikan sebarang bekalan ke tempat-tempat yang tidak menyokong mereka.  Dari kacamata kita, saudara-saudara kita di negara-negara yang ditindas oleh kuasa besar dunia telahpun dan sedang merasaikan kesan-kesannya.
 

 

Telah benarlah pesanan Rasullallah bahawa makanan orang-orang Islam ketika kedatangan Dajjal adalah zikir.  Bertabahlah saudara-saudara ku di Syria. Semoga Allah memberikan pertolongan kepada kalian.
 

 
 


Wednesday, January 6, 2016

CUTI HUJUNG TAHUN 2015

Dah lebih 5 tahun tak dapat bercuti dengan family kerana mak sakit, akhirnya tahun ni aku luangkan masa juga untuk rehatkan diri.  Trip ke Kelantan dan Pulau Sayak, Kedah.

Trip ke Kelantan tu kerana nak ambil barang anak sulung yang dah tamat study, next semester hanya tinggal praktical saja so barang-barang yang kurang digunakan elok dibawa balik saja. Kali terakhir ke Kelantan 13 tahun dulu masa anak ke3 baru berumur belum pun setahun.

Pergi 23/12/15 tarikh yang sama tahun 2014 hari anak sulung aku nak balik ke Kedah tapi tersangkut kat Kelantan sebab jalan kat Grik terjadi tanah runtuh, semua laluan di tutup. Kelantan mengalami banjir besar yang teruk.  Cuma 2 hari saja tapi boleh la pergi PCB, Pasar CT Khadijah, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang.  Penat juga bukannya boleh berehat bersantai pun.

Trip ke Pulau Sayak, Kedah pula sebab family suami buat family day kat sana. Kat sini pun tak boleh berehat sangat sebab asyik memasak. Adoi nanti kalau nak buat family's day pulak tak payah la lebihkan aktiviti memasak.  Penat.  Tempat kat sini ok, tapi yang tak ok nya sewa chalet tak berbaloi dengan service yang diberikan. Keadaan bilik yang tak selesa, tak dibekalkan tuala malahan sabun mandi pun tak disediakan. Kat sini terkenal dengan mee udang nya tapi yang tak seronoknya restauran kat sini membuang sisa-sisa udang kat pantai saja.....macamana nak mandi laut????








Punca Sakit Buah Pinggang: 10 Tabiat Yang Akan Merosakkan Buah Pinggang

Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin dan meneutralkan asid.

Jadi, sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya. Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak biasanya tak dapat dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun yang tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya.
Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni. Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent killer). Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang sebelum terlambat.

Di bawah ni saya senaraikan 10 perkara yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah pinggang yang sangat perlu diambil berat.

TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP
Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh.

DIET TINGGI GARAM (SODIUM)
Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.

SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING)
Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus berkejar ke tandas jadinya… hahaha). Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.
sugar-kills
PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN
Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING
Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang. Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.

MENGAMBIL SUMBER PROTEIN DARIPADA HAIWAN SECARA BERLEBIHAN
Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

TIDAK CUKUP TIDUR
Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan.
caffeinepercup
Bukan hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga turut mengandungi kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan anda
SUKA MINUMAN BERKAFEIN 
Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER)
Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

PENGAMBILAN ALKOHOL
Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.
Untuk kekal sihat, ingat 10 perkara penting di atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin & mineral yang cukup dan hiduplah dengan gembira!