Buah pinggang kita sangat-sangatlah penting kepada
kesihatan. Buah pinggang ni berfungsi untuk menapis darah, menghasilkan
hormon, menyerap mineral, menghasilkan air kencing, menyahtoksin dan
meneutralkan asid.
Jadi, sebagai salah satu daripada organ yang paling penting dalam tubuh kita, buah pinggang perlu dijaga dengan sebaiknya. Sakit buah pinggang dan buah pinggang yang rosak
biasanya tak dapat dikenalpasti sehinggalah berlarutan bertahun-tahun
kerana buah pinggang masih mampu melakukan fungsinya walaupun yang
tinggal cuma 20% daripada kemampuan asalnya.
Mungkin sebab ni lah ramai yang lambat perasan
tentang masalah sakit buah pinggang yang mereka hidapi dan ramai juga
yang tak tahu tentang apa yang jadi punca sakit buah pinggang ni.
Sakit buah pinggang juga dikenali dengan nama pembunuh senyap (silent
killer). Jadi, sangatlah penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang
sebelum terlambat.
Di bawah ni saya senaraikan 10 perkara yang boleh
menjadi punca sakit buah pinggang dan mempengaruhi tahap kesihatan buah
pinggang yang sangat perlu diambil berat.
TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP
Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis
darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak
minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula
menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga
organ lain dalam tubuh.
DIET TINGGI GARAM (SODIUM)
Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk
berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam
yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI.
SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING)
Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila
rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada
menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus
berkejar ke tandas jadinya… hahaha). Kerap menahan kencing akan
meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan
buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah
jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi
menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.
PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN
Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang
mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko
untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air
kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita
tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING
Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran
segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh
dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan
mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah
pinggang. Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.
MENGAMBIL SUMBER PROTEIN DARIPADA HAIWAN SECARA BERLEBIHAN
Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan
seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah
pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin
teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada
masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.
TIDAK CUKUP TIDUR
Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan
berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur
yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan
termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh
kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan
masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa
gangguan.
SUKA MINUMAN BERKAFEIN
Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca
sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan
menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein
yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada
buah pinggang.
PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER)
Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil
pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk
mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang
berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.
PENGAMBILAN ALKOHOL
Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.
Untuk kekal sihat, ingat 10 perkara penting di
atas, amalkan diet sihat, pengambilan vitamin & mineral yang cukup
dan hiduplah dengan gembira!
No comments:
Post a Comment