Monday, November 24, 2014

AWAS!!! Tumbuhan liar ini sangat berbahaya kepada manusia


Seremban: "Tumbuhan liar itu perlu dihapuskan segera kerana ia berbahaya kepada manusia. Saya nasihatkan orang ramai jangan sesekali menyentuhnya bagi mengelakkan mudarat."

Make Money at : http://bit.ly/copy_win


Tumbuhan liar itu perlu dihapuskan segera kerana ia berbahaya kepada manusia. Saya nasihatkan orang ramai jangan sesekali menyentuhnya bagi mengelakkan mudarat." Itu peringatan Pengarah Pertanian Negeri Sembilan Mustapa Umar mengenai sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Miang Mexico oleh penduduk tempatan di negeri ini. Tumbuhan itu yang nama saintifiknya parthenium hysterophorus hangat diperkatakan penduduk Kampung Baru Saga di Rantau, dekat sini, kerana dikatakan menyebabkan seorang wanita warga emas mengalami penyakit kulit yang serius. Mustapa mengesahkan tumbuhan renek yang mempunyai bunga berwarna putih dan daunnya seakan-akan ulam raja itu mengundang pelbagai jenis penyakit kepada manusia. "Tumbuhan mempunyai ketinggian antara 1.5 meter dan dua meter. Bunga dan daunnya agak cantik dan mudah menarik perhatian tapi jika manusia menyentuhnya macam-macam risiko penyakit boleh dihidapi. -hmetro-



Seremban: "Tumbuhan liar itu perlu dihapuskan segera kerana ia berbahaya kepada manusia. Saya nasihatkan orang ramai jangan sesekali menyentuhnya bagi mengelakkan mudarat."

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Thursday, November 20, 2014

DUIT UPAH MENGASUH CUCU

 
”Mak,ni duit upah mengasuh bulan ni.”  Kita mesti pernah mendengar ungkapan seperti ini oleh seorang anak kepada ibunya.

Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yg teruk,tetapi banyak orang yg tidak terasa.Bukankah keadaan ini ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kpd anak,ibu melahirkan tuannya. 

Daripada Umar bin al-Khattab r.a., ………… Jibrail bertanya kepada Rasulullah ., “Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya …. (Riwayat Muslim)

Berapa ramai kini kita yg menjadikan ibubapa sebagai pekerja dgn berselindung disebalik ibubapa suka cucu, ada yg kata susah dapat pengasuh yg dipercayai,ada yg kata emak bapa pandai mengasuh,emak bapa tak kerja apa. Hakikatnya kerana isteri nak kerja,nak tambah pendapatan. Sedangkan tanggungjawab mengasuh,mendidik dan membesarkan anak terletak kpd isteri dan isteri tidak dituntut utk bekerja hingga mengabai tanggungjawab kpd anak. Bila ditinggal anak kpd ibubapa,berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kpd anak dan pengabaian tanggungjawab kpd ibubapa yg sepatutnya direhatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya. Jika ibu kita boleh memelihara kita dgn tidak membuat kerja lain,menjadi surirumah sepenuh masa,dan ia berjaya menunai tanggungjawabnya,kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tak bekerja.
 
Rehatkanlah ibubapa kita. Berilah ruang utk mereka mempersiap diri dipenghujung usia,meskipun mereka menawar diri kerana sifat kasih sayang mereka.Jika kasih kpd ibu,lapangkan hidupnya, ringankan bebannya,

[Kajian] Suami Isteri Yang Kerap Bertengkar Berpotensi Gemuk


suami isteri
Bak kata peribahasa, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Tapi kalau kerap sangat bertengkar, ianya akan membawa kepada banyak kesan negatif bukan sahaja dalam perhubungan malah kepada kesihatan.

Menurut satu kajian, lelaki dan wanita yang mempunyai sejarah kemurungan gara-gara kerap bertengkar dengan pasangan boleh meningkatkan risiko obesiti di kalangan orang dewasa, kerana ia memberi kesan terhadap cara badan manusia memproses makanan berlemak tinggi. Badan individu seperti ini akan mengalami susutan dalam memproses makanan berlemak.

Pasangan seperti ini juga memiliki kadar insulin yang lebih tinggi , dimana ia  menyumbang kepada penyimpanan lemak, dan menggalakkan trigliserida iaitu sejenis  bentuk lemak dalam darah -selepas makan makanan yang berat jika dibandingkan dengan individu yang tidak mengalami risiko ini.
Kajian baru ini juga menyokong penyelidikan sebelumnya, yang mendapati bahawa wanita yang sedang stres akan mengalami  pertambahan berat badan kerana metabolisme mereka menurun. Penemuan ini bukan sahaja mengenal pasti bagaimana stres kronik boleh menyebabkan kegemukan, tetapi juga menunjukkan betapa pentingnya untuk merawat gangguan perasaan yang akan memberi impak buruk kepada kesihatan fizikal anda.

Jadi, pelihara kesihatan mental anda dengan baik. Hindari stres, jangan ambil pusing perkara remeh. Elakkan dari perasaan marah dengan selalu senyum dan berfikiran positif.

Wednesday, November 19, 2014

Aurat Lelaki Yang Jarang Dibincangkan


Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
 
Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?
Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.
Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.
Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas.
Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?
Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.

Tuesday, November 18, 2014

Langit Merah di Mekah tanda kuasa Tuhan.

Semua orang tahu bahawa kota suci Mekah adalah pusat kepada planet Bumi. Satu peristiwa ganjil dan unik telah berlaku baru-baru ini apabila langit di Mekah bertukar menjadi merah pekat dan menjadi gelap pada waktu tengahari yang cerah. Haa, jangan terkejut, ini benar-benar berlaku ..

Benar dan menakutkan. Kelihatan orang yang yang mengejakan tawaf di hadapan Baitullah menjadi pelik,cemas dan kehairanan. Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Mekah?? Peristiwa pelik-pelik telah membuatkan ramai umat Islam di seluruh dunia berfikir sejenak..

Sehingga ini, tidak ada pihak yang mampu merungkai mengenai kejadian aneh itu. Masing-masing diam seribu bahasa. Kerajaan Mekah masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kejadian yang melanda negara suci itu semalam.

Adakah ini satu petanda kepada dunia?? Apakah yang terjadi sebenarnya kepada dunia masa kini??

Sama-samalah kita mengubah diri kita kearah yang lebih baik pada masa hadapan..Tiada siapa yang mampu menghalang kuasa Tuhan

SUBHANALLAH.....CELIK AL-QURAN


Adik ni bernama Haikal Firdaus,
Berumur 9Tahun dan Berasal dari negeri Johor
kelebihan dia ialah 30Juz Al-Quran dalam kepala. beliau dijaga oleh datuk dan nenek, orang tanya datuk dia, Sejak bila adik Haikal ni mula Hafal Quran dan bagaimana mana cara didik dia nak suruh rajin Hafal Quran?

Jawapan yang diberikan oleh datuk kepada adik Haikal Ialah Cucu saya mula menghafal Al-Quran sejak berumur 4 tahun dan cucu saya juga perangai dia ni lain dari kanak-kanak yang lain, kami tak paksa dia hafal Al-Quran tapi semua ni kehendak dia sendiri,

Aktiviti Harian Dia ialah :
Bangun pada 5.00 pagi, ambil Wudhuk dan solat, lepas Solat dia baca Al-Quran satu Juz hingga masuk Waktu Subuh. Waktu pagi sekolah kebangsaan biasa dan pada waktu petang pergi ke sekolah Agama dan pada waktu petang huga dia hafal Hadis 40.
Tapi kalau waktu cuti sekolah dia gandakan bacaan Al-Quran setiap hari 4 Juz


Ramai dari kita yang tak mampu nak buat macam ni termasuk diri aku sendiri.  Ya Allah...alangkah bahagia kedua ibubapanya

Sunday, November 16, 2014

Apa yang kita sibuk?

 
Ada yang ketawa keriangan. Ada yang menangis kesedihan. Ada yang senang hidup penuh kemewahan. Ada yang derita hidup penuh kesempitan. Ada yang teruja nikmati bahagia. Ada yang resah ditimpa masalah. Ada yang tabah hadapi musibah.
Ada yang miskin dan terus menjadi miskin. Ada yang kaya dan semakin bertambah kaya. Ada yang pernah jatuh, hari ini bangkit semula. Ada yang dahulu tiada apa-apa, hari ini dihormati dan disanjung manusia. Ada yang dahulu dipandang mulia, hari ini menjadi hina. Ada yang dahulu megah ditampuk kuasa, hari ini menjadi rakyat biasa. Ada yang dahulu bicaranya sombong dan bongkak, hari ini bagaikan pengemis menagih simpati merangkak-rangkak.


Kehidupan sentiasa bergerak
Ada pelbagai cerita dan warna. Selagi adanya kehidupan selagi itulah cerita-cerita sebegini akan terus berjalan. Ahli sukan bercakap mengenai sukan. Tukang masak bercakap soal masakan. Usahawan bercakap perihal perniagaan. Guru-guru bercakap soal pendidikan. Artis bercakap soal seni lagu dan lakonan. Ahli politik bercakap soal pemerintahan. Tidak kurang juga yang asyik berbincang bagaimana lagi mahu mengumpul kekayaan.

Selama nyawa masih dipanjangkan, selama itulah kita semua akan sibuk dengan kehidupan. Meneruskan kehidupan yang entah sampai bila. Anak-anak pergi ke sekolah bagi meneruskan kehidupan menimba ilmu dan membentuk diri. Ibu bapa terus bekerja membanting tulang mencari rezeki bagi menyara anak-anak dan isteri. Graduan universiti sibuk mencari peluang pekerjaan. Anak muda bujang sibuk pula mencari pasangan. Masing-masing sibuk mengatur kehidupan diri sendiri.

Dunia hari ini seakan-akan tiada bezanya antara siang dan malam. Kesibukan manusia seperti tiada henti. Siang dan malam penuh dengan aktiviti. Ada kesibukan yang menjemput pahala.

Ada juga kesibukan yang mengundang dosa. Dalam kesibukan itu, ambil sedikit masa untuk bertanya diri, berbaloikah aku sibuk selama ini? Ada orang yang kesibukannya bukan setakat fikir mengenai diri sendiri, bahkan memikirkan juga hal orang lain.


Ringankan tangan
Tidak boleh melihat orang lain dalam kesusahan. Ringan tulangnya membantu. Kebaikan yang dihulur tidak hanya berlegar di kawasan setempat, malah merentasi sempadan negeri ke peringkat antarabangsa.

Ada orang yang resah hatinya melihat orang lain jauh dari hidayah, lalu digerakkan usaha dakwah. Kehidupannya sibuk dengan dakwah. Menyeru orang lain ke arah kebaikan dan jika ada kemungkaran dicegahnya mengikut kemampuan. Segala ruang dan kudrat digunakan untuk dakwah, mengajak manusia kepada sunnah Rasulullah SAW. Dakwah menyebabkan dirinya sibuk.

Ada orang yang tidak sanggup membiarkan kebenaran dan keadilan dicabul dan dinodai. Hidupnya sibuk dengan perjuangan menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman. Biar dirinya diseksa dan di penjara, namun semangat perjuangan tetap membara bebas merdeka.

Berjuang bukan untuk dirinya, namun demi kesejahteraan umat dan generasi berikutnya. Ada orang hidupnya penuh kesibukan sehingga menjadikan dirinya lupa Tuhan. Kewajipan diabaikan. Agama dan dirinya berjauhan. Tidak sempat untuk hadir solat jemaah dan kelas pengajian. Baginya setiap minit adalah duit. Semakin dicari semakin rasa hendak lagi.


Dosa, pahala
Sibuknya mengumpul harta dengan apa sahaja cara. Halal dan haram tiada beza baginya. Kesibukan menyebabkan dia terlupa adanya soal pahala dan dosa. Kesibukan ini tidak akan berakhir sehinggalah berakhirnya kehidupan. Pengakhiran sebuah kehidupan yang hakikatnya menjadi permulaan kepada sebuah kehidupan. Telah sampai ke destinasi. Kehidupan akhirat yang kekal abadi. Di sana kesibukan kita di dunia akan dinilai.

Tidak ada yang akan diabai. Satu demi satu. Beruntunglah bagi mereka yang kesibukannya di dunia membawa ke syurga. Rugi dan rugilah mereka yang kesibukannya tidak membawa apa-apa makna bahkan lebih rugi jika kesibukan itu menghumbannya ke lembah neraka. Tiada lagi erti penyesalan. Akhirat tempat menerima balasan.

Dalam kesibukan mengatur kehidupan, berhenti sejenak untuk bertanya diri. Berbaloikah apa yang aku lakukan hari ini? Berbaloikah kesibukan dan kepenatan yang aku tanggung selama  ini?

Selagi ada peluang untuk hidup, lakukan muhasabah. Buat penambahbaikan. Aturkan kehidupan selari dengan matlamat penciptaan. Berperanan sebagai seorang hamba dan khalifah. Suburkan bumi dengan benih kebaikan. Hulurkan jasa kepada manusia. Biar kita sibuk kerana ALLAH. Biar kita letih kerana agama. Biar semua kesibukan dan keletihan menjadi penyebab untuk kita nikmati kerehatan dan kenikmatan syurga.

Jika kita ditanya: "Apa yang kau sibuk sangat?!". Jawablah: "Aku sibuk kerana aku masih hidup. Hidup untuk kumpul pahala kerana mati boleh datang bila-bila."

Ratusan Pekerja China di Arab Saudi Jadi Muallaf Setelah Melihat Ka’bah


Telah kita tahu bahawa Kaabah merupakan kiblat bagi umat Muslim. Berkujung ke baitullah itu merupakan kewajiban umat Muslim yang terdapat pada rukun Islam. Dengan melihat kaabah ternyata dapat menggetarkan hati seseorang sehingga orang-orang bukan Islam pun kini tertarik untuk memeluk agama Islam.

Hidayah boleh datang dari pelbagai keadaan yang tidak pernah diduga. Mungkin itu lah yang dialami oleh ratusan pekerja China di Arab Saudi yang kemudian memilih Islam sebagai agamanya yang baru.

Setelah melihat kaabah dari televisyen, tiba-tiba hati mereka bergetar. Pintu hidayah seakan terbuka. Allah SWT melapangkan jalan mereka untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Lebih dari 600 pekerja berasal dari negara China memeluk Islam.

Mereka adalah sebahagian daripada 4600 rakyat China yang bekerja dengan projek landasan kereta api yang menghubungkan Mekah dan Madinah. Landasan kereta itu akan melalui Jeddah dan Khum. Peristiwa ratusan pekerja China memeluk Islam berlaku pada tahun lalu.

Pada awalnya, hanya 370 orang pekerja China yang Muslim daripada 4600 pekerja China berada di negara tersebut. Penduduk tempatan meminta pihak kerajaan mengupah buruh Cina yang beragama Islam. Namun Allah mempunyai rencana lain dengan kedatangan para pekerja itu.

Kedatangan ke Arab Saudi membuka peluang bagi mereka untuk melihat Islam lebih jelas dari tanah tempat agama ini diturunkan. Seperti yang dikatakan seorang pekerja yang telah menjadi Mualaf.

Pekerja yang telah menukar namanya menjadi Hamza (42) ini mengaku tertarik pada Islam selepas melihat kaabah untuk kali pertama di televisyen Saudi. "Ini menggetarkan saya. Saya menyaksikan siaran langsung solat dari Masjidil Haram dan umat Islam yang sedang berjalan mengelilingi Kaabah (tawaf), "katanya.

"Saya bertanya kepada teman yang Muslim tentang semua hal ini. Dia kemudian membawa saya ke Pejabat Bimbingan Asing yang ada di syarikat, di mana saya mempunyai peluang untuk belajar tentang pelbagai aspek mengenai Islam, "katanya. Kini Hamza merasa lebih bahagia dan lebih tenang selepas menjadi seorang Muslim.

Pekerja lain, Ibrahim (51), mengalami peristiwa yang hampir sama pada September tahun lalu. Dia yang bekerja di bahagian penyelenggaraan syarikat kereta Api China menjadi seorang Muslim selepas melihat ka'bah. "Walaupun kami berada di China, kami tidak mempunyai peluang untuk belajar tentang Islam. Ketika saya tiba di Mekah, saya sangat terkesan oleh perilaku penduduknya. Perlakuan yang sama bagi orang Muslim dan non-Muslim mempunyai kesan besar pada saya, "tambahnya.

Sementara, Abdullah Al-Baligh (51), diberi petunjuk untuk memeluk Islam setelah melihat perubahan positif dari rakan-rakannya yang lebih dulu menjadi mualaf. "Enam bulan selepas saya tiba di Mekah, saya melihat rakan-rakan saya yang sudah memeluk Islam benar-benar berubah. Tingkah laku mereka boleh diteladani. Saya menyedari bahawa Islam adalah kekuatan disebalik perubahan tersebut, "ujarnya.

"Apabila saya bertanya padanya, dia mengatakan bahawa dia sama sekali tidak tahu tentang agama ini sepanjang tinggal di China. Sekarang, dia mempunyai pemahaman yang lebih tepat tentang Islam dan ingin menjadi lebih teladan. "

Begitu pula dengan Yunus. Pekerja berasal China ini baru mempelajari Islam ketika berada di Mekah. "Islam di China begitu kurang. Aku baru mengetahui Islam setelah datang ke Saudi, "ujarnya

TANAH RUNTUH DAN PUTING BELIUNG ....KEMBALI KEPADA ALLAH



Didalam Al-Quran, Allah SWT telah berfirman...
 "Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?" (Al-Mulk 67:16)

 
"Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?" (Al-Mulk 67:17)

"Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu." (Al-Mulk 67:17)

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Ketika Peperiksaan


Cerita ini merupakan sebuah kisah yang benar-benar berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Ia diceritakan sendiri oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Kedah dilanda puting beliung kali ke empat






Kejadian puting beliung yang memusnahkan rumah di Kampung Nonang,
Jalan Batas Paip in Alor Setar pada 12hb Nov 2014

Kampung ni dalam 2 km dari rumah aku.   Aku jadi trauma bila nampak hari
nak hujan.

Wednesday, November 12, 2014

Terkenang kembali......Kaki Tersepit Celah Motosikal


Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak daging dan terseliuh buku lali apabila terbabit kemalangan selepas kain pakaian sekolahnya terbelit di celah lidi motosikal diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh

Kejadian itu berlaku ketika Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, membonceng motosikal bersama rakannya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Ranggong di sini selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman. 


Bila baca berita ini teringat peristiwa anak ketigaku mengalami nasib yang sama bila kakinya masuk di celah lidi motosikal yang dibawa oleh suamiku semasa menghantar anak-anakku ke sekolah 2 tahun yang lalu.  Lubang di kakinya lebih kurang 2 inci panjang. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku ketika itu bila melihat darah banyak mengalir.  Malamnya dia dimasukkan ke dalam bilik operation untuk dijahit luka dikakinya dan aku pun terpaksa bermalam selama 2 hari di hospital.




BAHAYA 4 JENIS MAKANAN INI YANG RAMAI TIDAK AMBIL PEDULI


Habit memakan makanan yang tidak berkhasiat memang sukar untuk dipinggirkan . Dewasa kini , pelbagai penyakit tumbuh melatah bak cendawan.
4 jenis makanan favorate samada pelajar , surirumah , pekerja ataupun sesiapa . Makanan tersebut adalah sardin , minuman 3 dalam 1 , maggie dan panadol . Kesemuanya dikategorikan sebagai fast cooking made .

Mengapakah 4 jenis makanan ini mendapat perhatian majoriti yang mendatangkan mudarat
Mee Segera
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.
Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.

Fakta Menarik Tangan Kidal...!!!


 Saya dan suami tangan kidal tapi anak-anak tak seorang pun tangan kidal.  Mungkin kalau salah seorang tangan kidal, salah seorang anak akan ikut.  Itu teori saya la.



 
1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 designer komputer Mac dilaporkan kidal.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fizikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

14. Orang tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)

17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

Kredit : billyinfo

1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
- See more at: http://selongkar10.blogspot.com/2013/12/17-fakta-menarik-tangan-kidal.html#sthash.Jm0gCaEN.dpuf
1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
- See more at: http://selongkar10.blogspot.com/2013/12/17-fakta-menarik-tangan-kidal.html#sthash.Jm0gCaEN.dpuf

Tuesday, November 11, 2014

Apakah ini yang dikatakan "Yakjuj dan Makjuj", Lava Gunung Berapi


Apakah ini yang dikatakan "Yakjuj dan Makjuj" seperti yang digambarkan dalam posting saya yang lalu.  Mengerikan.....

Bagamana Jenazah mufti boleh berada di perkuburan Kristian


Kisah ini terjadi di India.

Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian. Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti! Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan lain. 

Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu amalkan ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu. 

Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.” 

Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.” Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya. ”… Cuma, kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.” 

Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah menyuruh kita berbuat sesuatu dan melarang kita berbuat yg lain. 

Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka! Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka! 

Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?- Wallahua'lam


Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian. Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti!

Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian. Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti! Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu amalkan ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu. Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.” Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.” Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya. ”… Cuma, kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.” Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah menyuruh kita berbuat sesuatu dan melarang kita berbuat yg lain. Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka! Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka! Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?- Wallahua'lam

Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian. Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti! Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Kristian tadi. Orang ramai semakin bingung. Berita itu tersebar luas sehingga memaksa mereka bertanya kepada waris si mati mengenai apa yang telah remaja perempuan dan mufti itu amalkan ketika di dunia. Mesti ada sesuatu yang Allah hendak jadikan pengajaran terhadap peristiwa bertukarnya kubur itu. Ibu bapa kepada jenazah perempuan Kristian itu memberitahu, ”Ketika anak kami hidup, dia ada berhasrat untuk memeluk agama Islam tetapi kami menghalangnya. Kami sendiri tidak tahu status agamanya ketika dia meninggal dunia. Adakah masih dalam Kristian atau memeluk Islam secara senyap-senyap.” Isteri kepada mufti itu pula menceritakan, ”Sepanjang hidup, suami saya memang seorang yang banyak membantu masyarakat menyelesaikan pelbagai masalah agama. Ramai orang bertanyakan kepadanya pelbagai perkara dan dia dapat menyelesaikannya dengan baik. Setiap malam dia akan bangun bersolat tahajjud.” Mereka yang mendengar masih tidak menemui kecacatan kepada sifat mufti itu. Dia seorang yang mulia dan berjasa kepada masyarakat. Tapi, mengapa Allah menukarkan kuburnya ke tanah perkuburan Kristian. Sehinggalah, si isteri meneruskan ceritanya. ”… Cuma, kadang-kadang saya terdengar suami saya merungut sesuatu. Sewaktu dia bangun untuk solat malam, dia berkata, ’Susahnya jadi orang Islam. Kena solat, kena buat itu … kena buat ini … . Jadi orang agama lain kan senang? Tak perlu nak susah-susah buat semua tu’.” Kadang-kadang, kita tak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sebab itulah, kita perlu menjauhi semua perkara dan jangan banyak soal mengapa Allah menyuruh kita berbuat sesuatu dan melarang kita berbuat yg lain. Kadang-kadang, dengan niat yang salah pun Allah murka! Kita juga tidak tahu, amalan manakah yang boleh mendatangkan ’senyuman’ Allah. Sebab itulah, kita mesti berusaha untuk melakukan segala kebaikan dan jangan banyak soal mengapa Allah perintahkan kita berbuat itu dan berbuat ini. Dengan niat yang baik pun, Allah suka! Berhati-hatilah tatkala anda memberi pendapat mengenai sesuatu pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tidak takutkah anda dimurkai Allah? Siapa kita untuk mempertikaikan perintah Allah?- Wallahua'lam

Make Money at : http://bit.ly/best_tips