Wednesday, November 5, 2014

Khasiat Bawang Putih Terhadap Jantung

Bawang Putih 
Bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap kesihatan telah diperakui sejak dahlu lagi. Pasti ada yang sudah mengetahuinya, kelebihan atau manfaat bawang putih itu sendiri. Tidak kira dari segi makanan dan sebaliknya.

Paling utama sekali ialah dari segi kesihatan, satu kajian telah menunjukkan sebatian yang diproses sel-sel darah merah dari bawang putih dihadamkan dan bertukar sebagai sel hidrogen sulfida di mana ia melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah.
Oleh yang demikian, pengambilan bawang putih mampu meningkatkan bekalan semula jadi kimia dalam badan dan berperanan mengurangkan risiko penyakit jantung. Terdapat pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik yang menunjukkan pelbagai keputusan yang berbeza mengenai khasiat bawang putih.
Sebagai contoh, beberapa kajian telah menemui beberapa manfaat, tetapi dalam satu kajian berasingan pula menunjukkan khasiatnya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam kajian oleh penyelidik Benavides Gloria dari Universiti Alabama di Birmingham telah menganalisis kesan jus yang diekstrak daripada bawang putih pada sel darah merah manusia di dalam makmal.
Beliau mendapati sel-sel darah merah dengan serta-merta mula menghasilkan hidrogen sulfida selepas mendapat dos kecil bawang putih. Jumlah bawang putih yang diuji di makmal adalah lebih kurang sama dengan dua ulas bawang putih untuk orang dewasa biasa.
Ujian selanjutnya menunjukkan tindak balas kimia utama yang berlaku kepada membran sel-sel darah merah, tetapi sejumlah kecil hidrogen sulfida juga dihasilkan dalam sel.
 
Beberapa tumbuhan selain daripada bawang putih mengandungi blok binaan hidrogen sulfida untuk memberi manfaat kesihatan dan para penyelidik mengatakan bawang putih adalah satu-satunya bahan yang biasa digunakan dalam diet manusia.
Ini menunjukkan bahawa khasiat bawang putih mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Melancarkan aliran darah dalam badan serta memberikan kecergasan kepada tubuh badan.
Mungkin ada di antara kita tidak gemar memakan makanan yang mempunyai bawang putih, jika ada pun pasti diasingkan. Mungkin sekarang anda boleh mula memakan bawang putih setelah mengetahui apa itu khasiat bawang putih di atas.

No comments: