Wednesday, November 12, 2014

Terkenang kembali......Kaki Tersepit Celah Motosikal


Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak daging dan terseliuh buku lali apabila terbabit kemalangan selepas kain pakaian sekolahnya terbelit di celah lidi motosikal diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh

Kejadian itu berlaku ketika Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, membonceng motosikal bersama rakannya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Ranggong di sini selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman. 


Bila baca berita ini teringat peristiwa anak ketigaku mengalami nasib yang sama bila kakinya masuk di celah lidi motosikal yang dibawa oleh suamiku semasa menghantar anak-anakku ke sekolah 2 tahun yang lalu.  Lubang di kakinya lebih kurang 2 inci panjang. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku ketika itu bila melihat darah banyak mengalir.  Malamnya dia dimasukkan ke dalam bilik operation untuk dijahit luka dikakinya dan aku pun terpaksa bermalam selama 2 hari di hospital.




No comments: