Alor Setar: Sekurang-kurangnya 35 rumah di sekitar daerah Kota Setar,
dekat sini rosak teruk selepas dilanda puting beliung kecil dikenali
sebagai belalai air.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, antara rumah yang rosak
dilanda belalai air berkenaan termasuklah di Kampung Batin, Taman
Mergong Jaya Fasa 1, Kampung Sungai Baru dan Taman Inang.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata, pihaknya menerima
panggilan pada jam 5 petang oleh orang ramai bagi memaklumkan mengenai
kejadian itu.
Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati sebahagian rumah yang
dilanda belalai air itu rosak teruk akibat dinding kediaman mereka
diterbangkan angin dan ditimpa pokok tumbang.
No comments:
Post a Comment