Wajah Masjidil Haram bakal berubah dengan mendadak menjelang tahun 2020. Ketika ini projek pembinaan master plan Masjidil Haram Fasa 1
sedang giat dijalankan. Adakah anda tahu apakah yang bakal dibini pada
bangunan yang mengelilingi kiblat umat Islam dunia kelak? Rancangan
pembinaan yang dihasilkan oleh firma pembinaan ATKINS ini tertiris ke internet lebih kurang 3 tahun yang
lalu. Pihak kerajaan Saudi suka merahsiakan rancangan permodenan
Masjidil Haram kerana apa yang mereka rancangkan mendatanagkan
kontroversi. Bangunan luaran Masjidil Haram yang ada sekarang akan
dimusnahkan. Ianya akan digantikan dengan bangunan berkubah yang dibina
daripada konkrit.
Dari tepi kubah ini kelihatan seperti seorang yang sedang sujud. Rekaan kubah gergasi setinggi 80 meter yang
terbuka membolehkan makmum melihat Kaabah sungguhpun dari jarak jauh.
Rekaan dinding luaran yang ada sekarang dibina ketika kerajaan Ottoman
masih memerintah. Tiang yang digunakan untuk membinanya menyukarkan
makmum untuk melihat Kaabah dari jarak jauh. Selain itu sebuah pintu
gergasi boleh ubah akan menggantikan binaan kerjaan Ottoman ini. Ketika
musim haji pintu gergasi akan terbuka sepanjang masa. Ketika musim Umrah
pintu boleh ditutup untuk mengawal aliran manusia yang memasuki
Masjidil Haram. Apabila siap kelak kapasiti maksimum Masjidil Haram akan
meningkat dari 900 000 kepada 2 juta orang.
Fasa pertama ini bakal menelan belanja GBP 13 Billion dan
dibiayai keluarga di Raja sepenuhnya dan akan dibina oleh syarikayt
Saudi Bin Ladin. Buat masa ini fasa pertama hanya akan menambah satu
sahaja bahagian Masjidil Haram. Sekiranya perlu rekaan kubah yang sama
boleh digunakan untuk sekeliling perkarangan masjid dan mengjasilkan
bulatan gergasi. Jika ini dilakukan Masjidil Haram mampu memuatkan
sehingga 5 juta pelawat pada satu-satu masa
No comments:
Post a Comment