Thursday, November 6, 2014

BERIBU BRONOK TERDAMPAR DI PANTAI

 
Beribu bronok terdampar dipantai Kuala Muda berhampiran Hotel Langkawi Lagoon dan Four Points Langkawi. Bronok spesis laut yang hidup di pantai yang berselut dan amat sedap dibuat KERABU....kejadian pada 4hb.nov.14
Bronok tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari atau haba yg kuat kerana ianya isi fizikalnya yg kenyal itu akan menjadi cair. Bronok juga merupakan makanan eksotik yg sangat lazat dan terkenal di kalangan rakyat Langkawi kerana ianya dijadikan kerabu mentah.

Jadi,adalah sangat misteri apabila Bronok naik terdampar ke pantai secara berjamaah kerana ia merupakan haiwan yg berada di dalam laut terutama laut yg berselut. Apakah petandanya ini? Ironinya,petang ini juga akan diadakan latihan simulasi penggera siren tsunami di beberapa lokasi di Langkawi. Mungkinkah akan berlaku bencana atau kejadian luarbiasa? Waallahualam


No comments: