Telah kita tahu bahawa
Kaabah merupakan kiblat bagi umat Muslim. Berkujung ke baitullah itu
merupakan kewajiban umat Muslim yang terdapat pada rukun Islam. Dengan
melihat kaabah ternyata dapat menggetarkan hati seseorang sehingga
orang-orang bukan Islam pun kini tertarik untuk memeluk agama Islam.
Hidayah boleh datang
dari pelbagai keadaan yang tidak pernah diduga. Mungkin itu lah yang
dialami oleh ratusan pekerja China di Arab Saudi yang kemudian memilih
Islam sebagai agamanya yang baru.
Setelah melihat kaabah
dari televisyen, tiba-tiba hati mereka bergetar. Pintu hidayah seakan
terbuka. Allah SWT melapangkan jalan mereka untuk mengucapkan dua
kalimah syahadah. Lebih dari 600 pekerja berasal dari negara China memeluk Islam.
Mereka adalah sebahagian
daripada 4600 rakyat China yang bekerja dengan projek landasan kereta
api yang menghubungkan Mekah dan Madinah. Landasan kereta itu akan
melalui Jeddah dan Khum. Peristiwa ratusan pekerja China memeluk Islam
berlaku pada tahun lalu.
Pada awalnya, hanya 370 orang pekerja China yang Muslim daripada
4600 pekerja China berada di negara tersebut. Penduduk tempatan meminta
pihak kerajaan mengupah buruh Cina yang beragama Islam. Namun Allah
mempunyai rencana lain dengan kedatangan para pekerja itu.
Kedatangan ke Arab Saudi
membuka peluang bagi mereka untuk melihat Islam lebih jelas dari tanah
tempat agama ini diturunkan. Seperti yang dikatakan seorang pekerja yang
telah menjadi Mualaf.
Pekerja yang telah
menukar namanya menjadi Hamza (42) ini mengaku tertarik pada Islam
selepas melihat kaabah untuk kali pertama di televisyen Saudi. "Ini
menggetarkan saya. Saya menyaksikan siaran langsung solat dari Masjidil
Haram dan umat Islam yang sedang berjalan mengelilingi Kaabah (tawaf),
"katanya.
"Saya bertanya kepada
teman yang Muslim tentang semua hal ini. Dia kemudian membawa saya ke
Pejabat Bimbingan Asing yang ada di syarikat, di mana saya mempunyai
peluang untuk belajar tentang pelbagai aspek mengenai Islam, "katanya.
Kini Hamza merasa lebih bahagia dan lebih tenang selepas menjadi seorang
Muslim.
Pekerja lain, Ibrahim
(51), mengalami peristiwa yang hampir sama pada September tahun lalu.
Dia yang bekerja di bahagian penyelenggaraan syarikat kereta Api China
menjadi seorang Muslim selepas melihat ka'bah. "Walaupun kami berada di
China, kami tidak mempunyai peluang untuk belajar tentang Islam. Ketika
saya tiba di Mekah, saya sangat terkesan oleh perilaku penduduknya.
Perlakuan yang sama bagi orang Muslim dan non-Muslim mempunyai kesan
besar pada saya, "tambahnya.
Sementara, Abdullah
Al-Baligh (51), diberi petunjuk untuk memeluk Islam setelah melihat
perubahan positif dari rakan-rakannya yang lebih dulu menjadi mualaf.
"Enam bulan selepas saya tiba di Mekah, saya melihat rakan-rakan saya
yang sudah memeluk Islam benar-benar berubah. Tingkah laku mereka boleh
diteladani. Saya menyedari bahawa Islam adalah kekuatan disebalik
perubahan tersebut, "ujarnya.
"Apabila saya bertanya
padanya, dia mengatakan bahawa dia sama sekali tidak tahu tentang agama
ini sepanjang tinggal di China. Sekarang, dia mempunyai pemahaman yang
lebih tepat tentang Islam dan ingin menjadi lebih teladan. "
Begitu pula dengan
Yunus. Pekerja berasal China ini baru mempelajari Islam ketika berada di
Mekah. "Islam di China begitu kurang. Aku baru mengetahui Islam setelah
datang ke Saudi, "ujarnya
No comments:
Post a Comment