Tuesday, May 12, 2020

TRIBUTE UNTUK SESEORANG... PENGEMIS JALANAN






Ramadhan  tahun ini tak nampak pun kelibat dia.  Aku tertanya-tanya.
Selalunya akan nampak dia berjalan di hadapan rumah.  Sehari berkilometer
dia berjalan tapi sejak tahun-tahun kebelakangan ini dia dah tak mampu
berjalan jauh mungkin disebabkan faktor usia.

Teringat Ramadhan tahun lepas.  Banyak kali juga selepas maghrib dia akan
datang meminta  nasi dan kadang-kadang minta air kopi untuk mengalas perut. 
Selalunya dia akan diberikan makan semasa ke warung tetapi oleh kerana
 bulan Ramadhan, semua warung tutup.

Walaupun dia macam orang yang tidak siuman, tapi pandai bercakap hal agama.
Mesti dia ada latar belakang agama sebelum ini. Pakaian dia hanya sehelai kain
pelikat yang dipakai dan sehelai lagi diletakkan di atas bahu, tanpa baju.  Pernah
beberapa kali datang ke rumah meminta kain pelikat suami.

Hanya semalam baru aku tahu hal sebenar. Dia telah kembali menemui Allah beberapa
hari sebelum Ramadhan. Menghembuskan nafas terakhir di jalanan.
Ya Allah.... mungkin syurga tempatnya.

Tapi aku sebak bila diceritakan tiada siapa yang mengajarnya mengucap dua kalimah
syahadah walaupun ada orang ketika itu berhampiran dengannya kerana ada  video
yang diviralkan dikalangan masyarakat setempat.  Mungkin dia tak waras tapi dia
adalah manusia, saudara seislam kita, sedangkan dengan haiwanpun kita sayang, inikan
pula manusia.  Jangan pandang hina pada orang yang macam tu. 
Mungkin tempatnya di syurga tapi kita belum tahu lagi pengakhiran hidup kita.