Wednesday, March 30, 2016

Bahaya Letak Nama Anak Pada Penama Takaful / Insurans dan KWSP Yang Orang Ramai Tidak tahu



Artikel ini turut disiarkan di Majalah Niaga, sebuah majalah keusahawanan online.

Ketika saya mula-mula menceburi kerjaya sebagai perunding takaful, dalam satu kursus yang saya hadiri, saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan;

Penama Polisi Takaful

Kira-kira 80% suami  akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.

Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.

Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut.

Selepas beberapa tahun dan sehingga kini hampir sepuluh tahun saya berada di dalam industri ini, apabila diimbas sekali polisi rakan-rakan pelanggan saya sebelum, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.

Ya, kaum wanita yang sudah berkahwin lebih cenderung untuk meletakkan nama anak mereka sebagai penama berbanding lelaki.

Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu bapa mereka.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.

Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami?

Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka.

Suami Curang Kepada Isteri

Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.

Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih. Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu suatu ketika dahulu.
Ya, satu kekhuatiran yang berasas.

Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.

Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.

Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima

Majlis Fatwa KebangsaanNamun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.

Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi.

Fatwa tersebut berbunyi;

Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.

Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.

Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.

Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Pernah terjadi satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung balu berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.

Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.

Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.

Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.

Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.

Tuesday, March 22, 2016

BACAAN SUHU TINGGI, SEKOLAH DI KEDAH DAN PERLIS DI ARAH TUTUP



Sekolah di Alor Setar dan Chuping di Perlis di arah tutup selama 2 hari mulai hari ini 22/03/2016 hingga 23/03/2016 akibat daripada peningkatan suhu sehingga 39 darjah celsius. Keadaan ini adalah disebabkan oleh fenomena El Nino yang sedang berlaku.

Pagi-pagi lagi dah bermandi peluh, rasa sakit kepala berdengut , sentiasa rasa dahaga. Kena banyak minum air, takut kena strok haba. Harap-harap kat sekolah cikgu adakah aktiviti di dalam bangunan.


keadaan ini disebabkan fenomena El Nino yang sedang berlaku - See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/menteri-sains-gesa-tutup-sekolah-alor-setar-chuping-esok#sthash.JReqMINk.dpuf
keadaan ini disebabkan fenomena El Nino yang sedang berlaku - See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/menteri-sains-gesa-tutup-sekolah-alor-setar-chuping-esok#sthash.JReqMINk.dpuf

Tuesday, March 15, 2016

Hari Istimewa Buat Suami



Semalam Isnin 14/3/2016 teman suami ke Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah kerana suami menerima pingat sempena Keputeraan Sultan Kedah yang ke 88.  Rimas juga dengan protokol yang terpaksa diikuti.

Wednesday, March 9, 2016

Ayat al-Quran hilang bertambah enam muka surat

Ayat al-Quran hilang bertambah enam muka surat
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.494560.1457431846!/image/image.jpeg_gen/derivatives/box_140/image.jpeg

PARIT BUNTAR - Misteri kehilangan dua muka surat ayat suci daripada sebuah al-Quran di Masjid Hijau, Kampung Kedah pada Ahad lalu yang menjadi viral di seluruh negara tidak terhenti setakat itu.
Lebih mengejutkan, pengerusi masjid itu, Ahmad Abdul Hamid dan Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar (PAPB), Khairul Nizam Mat Nor mengesahkan tambahan enam muka surat mengandungi ayat suci al-Quran daripada naskhah sama turut dikenal pasti 'ghaib' sejak petang semalam.
Ahmad berkata, apabila pendedahan dua muka surat ayat al-Quran hilang dibuat Naib Kadi PAPB, Mohamad Khori Junus di Sinar Harian kelmarin, Masjid Hijau terus menjadi tumpuan ramai penduduk setempat yang hadir untuk menyaksikan sendiri naskhah Al-Quran itu.

Bagaimanapun, satu penemuan susulan mengejutkan berlaku pada petang semalam apabila beberapa jemaah wanita yang hadir mengikuti kuliah Asar di masjid itu mendakwa mengesan tambahan ayat al-Quran turut hilang daripada naskhah sama.

"Perkara itu dimaklumkan kepada Khairul Nizam yang kebetulan hadir memberi ceramah Kuliah Asar di situ ketika itu.
"Setelah semakan teliti dibuat, beliau mengesahkan jumlah keseluruhan ayat Al-Quran hilang daripada naskhah itu sebanyak lapan muka surat," katanya kepada media di sini hari ini.
Sementara itu, Khairul Nizam ketika ditemui menegaskan potongan ayat al-Quran daripada lapan muka surat 'ghaib' merupakan ayat 32 hingga 49 Surah At-Thur, ayat 1 hingga 26 Surah An-Najmi, Surah Az-Zariyat (ayat 7 hingga 51, Surah Al-Qamar (ayat 7-49) dan dua surah asal didakwa hilang iaitu Surah Ar-Rahman (ayat 41-78) dan Surah Al-Waqiah (ayat 1-16).

Menurutnya, dia segera meminta Mohamad Khori mengenal pasti jumlah sebenar muka surat mengandungi ayat Al-Quran hilang bagi mengelakkan dirinya tersilap tafsir.
"Namun, Mohamad Khori mengesahkan hanya dua muka surat sahaja hilang sewaktu dia menyemak al-Quran itu beberapa kali pada Ahad lalu.

"Demi kepastian, saya berulang kali menyemak naskhah al-Quran terbabit dan jumlah ayat al-Quran hilang memang bertambah," katanya.
Khairul Nizam berkata, kejadian aneh ini sememangnya dipandang berat Pejabat Agama Islam Parit Buntar dan naskhah al-Quran itu turut diambil untuk diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK).

Menurutnya, perkara itu turut dimaklumkan kepada Timbalan Pengarah JAIPK, Haris Fadzillah Abdul Halim sejurus 'kehilangan' ayat al-Quran itu disahkan dirinya.
"Bagi saya, kejadian ini sebenarnya satu petanda penting peringatan Allah SWT bahawa umat Islam di seluruh negara perlu kembali mengimarahkan al-Quran di dalam jiwa mereka.
"Salah satu potongan ayat al-Quran hilang menceritakan kejadian besar pada hari kiamat dan kita perlu mengambil iktibar kejadian ini untuk kembali bertaubat dan mengikuti ajaran Islam sebenar," katanya.
Khairul Nizam berkata, pihaknya tidak menafikan kemungkinan berlaku masalah kesilapan pencetakan sewaktu naskhah itu diterbitkan, namun kemungkinan kejadian itu satu petanda peringatan daripada Allah SWT tidak boleh diketepikan.

Dalam pada itu, Mohamad Khori mengakui terkejut dimaklumkan berlaku penambahan 'kehilangan' enam muka surat ayat al-Quran dari naskhah al-Quran sama disemaknya.
"Pada Ahad lalu, saya mengakui beberapa kali menyemak semula setiap helaian muka surat pada naskhah al-Quran itu dan mendapati hanya dua muka surat hilang.
"Kini, helaian muka surat 'ghaib' semakin bertambah dan saya benar-benar takut serta insaf dengan kejadian tersebut," katanya.

Tuesday, March 8, 2016

Ayat Suci Al Quran "Hilang "



Terkejut ayat al-Quran ‘ghaib’

PARIT BUNTAR - Seorang naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat suci al-Quran milik Masjid Hijau, Kampung Kedah di sini, lenyap sewaktu hendak membacanya pagi tadi.

Mohamad Khori Junus berkata, lebih kurang jam 11.05 pagi, dia menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan berhajat membacakan Surah Al-Waqi’ah sementara menunggu kehadiran pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.

Menurutnya, dia segera mengambil salah satu naskhah al-Quran yang diletakkan di bahagian mimbar masjid dan terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Ar-Rahman dan permulaan ayat Surah Al-Waqi’ah yang ingin dibaca ‘hilang’ ketika membukanya.
“Saya sangat terkejut dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kebetulan turut berada di situ bagi menjadi saksi nikah.

“Beliau (imam masjid) memaklumkan tidak pernah mengetahui terdapat sebarang naskhah al-Quran tidak sempurna disimpan pihak masjid dan meminta saya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk),” katanya kepada media di sini hari ini.
Mohamad Khori berkata, hasil pemeriksaannya mendapati sebahagian ayat dari Surah Ar-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat 78, manakala ayat dari Surah Al-Waqi’ah pula bermula ayat pertama sehingga ayat 16.

Menurutnya, pada mulanya dia menganggap mungkin berlaku kesilapan pencetakan pada naskhah al-Quran Resam Uthmani yang merupakan cetakan keempat pada sembilan tahun lalu.
“Namun, apabila memikirkan proses pencetakan al-Quran perlu melalui prosedur amat ketat oleh panel pemeriksaan dilantik Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim), saya memutuskan penemuan ayat al-Quran hilang mungkin merupakan satu peringatan kepada umat Islam,” katanya.
Lebih mengejutkan, Mohamad Khori mendedahkan intipati sebahagian ayat al-Quran hilang terutama ayat permulaan Surah Al-Waqi’ah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar pada hari kiamat.
"Dewasa kini, amalan membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat semakin berkurangan terutama dalam kalangan golongan muda.

“Saya berharap penemuan ini tidak disalah tafsir, sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman buat diri saya dan seluruh umat Islam untuk kembali taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya,” katanya.
Mohamad Khori turut mendedahkan pengalaman ini pertama kali dialaminya dan berharap perkongsian pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan al-Quran setiap masa.

Fenomena Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016 dari Malaysia

http://falakonline.net/semesta/wp-content/uploads/2016/02/Screen-Shot-2016-02-23-at-9.03.03-AM-1024x683.jpg

Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.
Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.
Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.
Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana untuk cuba merakam fenomena tersebut.
Bagi anda di Malaysia, anda  akan dapat melihat sebahagian besar  matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.
 
Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.
Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan ‘hilang’ sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.
Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.
Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.
Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.
Semenanjung Malaysia
  • Kangar – 8.25 pagi (67%)
  • Kuah – 8.25 pagi (67%)
  • Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
  • Georgetown – 8.25 pagi (70%)
  • Ipoh – 8.24 pagi (73%)
  • Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
  • Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
  • Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
  • Seremban – 8.24 pagi (81%)
  • Melaka – 8.23 pagi (83%)
  • Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
  • Kuantan – 8.25 pagi (77%)
  • Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
  • Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)

Sabah & Sarawak
  • Kuching – 8.29 pagi (87%)
  • Sibu – 8.31 pagi (85%)
  • Bintulu – 8.33 pagi (82%)
  • Miri – 8.36 pagi (78%)
  • Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
  • Sandakan – 8.42 pagi (75%)
  • Tawau – 8.41 pagi (81%)

Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.

Aku amat berminat melihat objek2 kat angkasa lepas. Niatku suatu hari nanti, insyaallah, nak dapatkan teleskop dan membuat satu ruang kat rumah sebagai tempat untuk melihat keindahan cakerawala yang menyimpan berjuta rahsia. Dulu masa remaja, lepak petang-petang kat batas ban sungai kat belakang rumah, aku suka tengok bentuk2 awan. Terasa satu kepuasan yang sukat nk digambarkan. Bumi ni hanyalah seperti sebutir pasir di dlm cakerawala ni. Betapa besarnya kuasa Allah tapi kenapa manusia masih lagi sombong.


Thursday, March 3, 2016

RESULT BLOOD TEST


Hari ni dapat result blood test, alhamdullillah, semuanya ok KECUALI bp dgn kolestrol.
Kolestrol walaupun masih tinggi tapi kurang sikit dari 2013.
Lepas ni kena kena amalkan minyak kelapa dara, dengar kata baik untuk kolestrol.