Thursday, November 30, 2017

Dobi Layan Diri

Musim-musim hujan macam ni business dobi layan diri macam goreng pisang panas tak putus-putus pelanggan. Tapi yang kadang-kadang yang geram tu bila ada customer yang dah selesai tp bajunya dibiarkan dalam mesin sedang kan dia entah ke mana, orang lain terpaksa menunggu, walaupun hujan tapi hati panas

Sunday, November 26, 2017

AL FATIHAH UNTUK MAK



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmjlRUoAcbBhJQqn0bfpUX_9pWtE_McLAtts0tt1h46RD4nFgbHjDElQgHbimTv0VfIRY_SeyZfToNbmK1ybAtgZzxsbsTHW1gmwSQs_7UoSXHUsQWx963iuRBiBx3GbhZ8r_dKRP2N5g/s1600/mak+ayah.jpg
Tanggal 21hb. November 2017 (Selasa) bersamaan 02 Rabiulawal 1439H selesai azan Magrib, mak akhirnya pergi meninggalkan kami semua untuk selamanya bertemu Penciptanya. Moga roh mak dan ayah tenang di sana, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Alhamdullillah sempat juga kami adakan majlis bacaan Yassin pada petang hari itu.



Ya Allah, kau ampunkan dosa-dosa ayah dan mak, luaskan kubur mereka, tempatkan mereka di dalam syurga mu Ya Allah. 

Tuesday, November 21, 2017

BACAAN YASSIN UNTUK MAK

Hari ini kami akan mengadakan bacaan Yassin untuk mak. Dari hari Khamis mak demam.  Kali ini demamnya ditambah dengan "penat" - bahasa orang utara.  Kali ini nampak teruk. Semoga urusan kami dipermudahkan.  Doakanlah yang baik-baik untuk mak. Tahun ini dah masuk 7 tahun mak sakit. Moga Allah ampunkan dosa-dosa mak. Kami redha atas ketentuan dan takdir Allah.