Monday, September 29, 2014

Rilek minda kejap

Aktiviti berkebun, berbudi pada tanah, inilah hasilnya
 
Pokok Limau Kasturi 

Buah Sukun

 Pokok Sukun - masa nak tanam pokok ni niat dalam hati
supaya ia tumbuh subur, alhamdullillah...menjadi
Buah Belimbing Buluh - kadang-kadang makan putik buah bila
tekanan darah naik
Buah Nangka


Ni rupa bentuk pokok nangka tu, tapi sekarang dah ditebang, sayang.........
 Ni anak pokok binjai, lambat membesar pokok ni
 Ni lah buah binjai, sedap buat sambal

Pernahkah kita.....??

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu
kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Lihatlah ibu anda, kulitnya mulai kendur dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh kita semasa bayi , kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah
yang setiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai - Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, dan semuanya ….

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tidak
lagi membuka matanya untuk selama-lamanya ….. 

Ujian Allah

 
Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. 

 Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat.
Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu). Bagi
orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan
hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan. Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah;
tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. 
Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.” 
Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.” 
Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak!

Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada
ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! 
 Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

Wahai sang Isteri......


Wahai sang Isteri …. Apakah akan membahayakan dirimu, kalau anda menemui suamimu dengan wajah yang berseri, dihiasi senyum yang manis di saat dia masuk rumah.?
 Apakah memberatkanmu, apabila anda menghapus debu dari wajahnya, kepala, dan baju serta mengucup pipinya.?!!
Apakah anda akan merasa sulit, jika anda menunggu sejenak di saat dia memasuki rumah, dan tetap berdiri sampai dia duduk.!!!
Mungkin tidak akan menyulitkanmu, jika anda berkata kepada suami :  Alhamdulillah atas keselamatan Kanda, aku sangat rindu kedatanganmu, selamat datang kekasihku. Berdandanlah untuk suamimu -harapkanlah pahala dari Allah di waktu anda berdandan itu, karena Allah itu Indah dan mencintai keindahan- pakailah minyak wangi, dan berhiaslah, serta pakailah pakaian yang paling indah untuk menyambut suamimu. Jauhi dan jauhilah bermasam muka.
Janganlah anda mendengar dan menghiraukan perosak dan pengacau yang akan merosak dan mengacaukan keharmonianmu dengan suami.
Janganlah selalu tampak sedih dan gelisah, akan tetapi berlindunglah kepada Allah dari rasa gelisah, sedih, malas dan lemah.
Janganlah berbicara terhadap laki-laki lain dengan lemah-lembut, sehingga menyebabkan orang yang di hatinya ada penyakit mendekatimu dan mengira hal-hal yang jelek terhadap dirimu.
Selalulah berada dalam keadaan lapang dada, hati tenteram, dan ingat kepada Allah setiap saat.
Ringankanlah suamimu dari setiap keletihan, kepedihan dan musibah serta kesedihan yang menimpanya. Suruhlah suamimu untuk berbakti kepada ibu bapanya.
Didiklah anak-anakmu dengan baik. Isilah rumah dengan tasbih, tahlil, tahmid, dan takbir, perbanyaklah membaca Al-Quran terutama surat Al-Baqarah, karena surat itu dapat mengusir syaitan. Hilangkanlah dari rumahmu foto-foto, alat-alat muzik dan alat-alat yang boleh merosak agama. Bangunkanlah suamimu untuk melaksanakan solat malam, doronglah dia untuk melakukan puasa sunat, ingatkan dia akan keutamaan bersedekah, dan jangan anda menghalanginya untuk menjalin hubungan siraturrahim dengan karib kerabatnya. Perbanyaklah beristighfar untuk dirimu, suamimu, serta kedua orang tua dan seluruh kaum muslimin.

Berdoalah kepada Allah, agar dianugerahkan keturunan yang baik, niat yang baik serta kebaikan dunia dan akhirat. Ketahuilah sesungguhnya Rabbmu Maha Mendengar doa dan mencintai orang yang menangis dalam meminta.

25 PESANAN KEPADA ANAK




1) Hai anakku:

"Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini...

Bagaikan lautan yang dalam...

Banyak manusia yang karam ke dalamnya...

Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam...

Layarilah lautan itu dengan...

SAMPAN yang bernama TAKWA...

ISInya ialah IMAN dan...

LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."


02)- " Orang-orang yang sentiasa...

Menyediakan dirinya untuk menerima nasihat...

Maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH...

Orang yang insaf dan sedar...

Setelah menerima nasihat orang lain...

Dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.


03) Hai anakku;

" Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri...

Dalam beribadat dan taat kepada ALLAH...

Maka dia tawadduk kepada ALLAH...

Dia akan lebih dekat kepada ALLAH...

Dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH."


04) Hai anakku;

" Seandainya ibubapamu marah kepadamu...

Kerana kesilapan yang dilakukanmu...

Maka marahnya ibubapamu adalah...

Bagaikan baja bagi tanam tanaman."


05)- " Jauhkan dirimu dari berhutang...

Kerana sesungguhnya berhutang itu....

Boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang...

Dan gelisah di waktu malam."...


06)- "Dan selalulah berharap kepada ALLAH...

Tentang sesuatu yang menyebabkan...

Untuk tidak menderhakai ALLAH...

Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa )...

Tentulah engkau akan terlepas...

Dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH."


07)- Hai anakku;

" Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya...

Kerana tidak dipercayai orang...

Dan seorang yang telah rosak akhlaknya...

Akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar...

Ketahuilah...

Memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu...

Lebih mudah daripada memberi pengertian...

Kepada orang yang tidak mahu mengerti..."


08)- Hai anakku;

" Engkau telah merasakan betapa beratnya...

Mengangkat batu besar dan besi yang amat berat...

Tetapi akan lebih lagi daripada semua itu...

Adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat....


09)- Hai anakku;

" Janganlah engkau mengirimkan...

Orang yang bodoh sebagai utusan....

Maka bila tidak ada orang yang cerdik...

Sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan...."


10)- "Jauhilah bersifat dusta...

Sebab dusta itu mudah dilakukan...

Bagaikan memakan daging burung...

Padahal sedikit sahaja berdusta itu...

Telah memberikan akibat yang berbahaya..."


11)- Hai anakku;

" Bila engkau mempunyai dua pilihan...

Takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan...

Pilihlah untuk menziarahi orang mati...

Sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat...

Sedangkan menghadiri pesta perkahwinan...

Hanya mengingatkan dirimu...

Kepada kesenangan duniawi sahaja...."


12)- " Janganlah engkau makan...

Sampai kenyang yang berlebihan...

Kerana sesungguhnya...

Makan yang terlalu kenyang itu...

Adalah lebih baiknya...

Bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.... "


13)- Hai anakku;

" Janganlah engkau langsung menelan sahaja...

Kerana manisnya barang...

Dan janganlah langsung memuntahkan saja...

Pahitnya sesuatu barang itu...

Kerana manis belum tentu...

Menimbulkan kesegaran...

Dan pahit itu...

Belum tentu menimbulkan kesengsaraan...."


14)- " Makanlah makananmu...

Bersama-sama dengan orang-orang yang takwa...

Dan musyawarahlah urusanmu...

Dengan para alim ulamak...

Dengan cara meminta nasihat dari mereka..."


15)- Hai anakku;

" Bukanlah satu kebaikan namanya...

Bilamana engkau selalu mencari ilmu...

Tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya...

Hal itu tidak ubah bagaikan...

Orang yang mencari kayu bakar...

Maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya...

Padahal ia masih mahu menambahkannya...."


16)- Hai anakku;

" Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati...

Maka ujilah terlebih dahulu...

Dengan berpura-pura membuat dia marah...

Bilamana dalam kemarahan itu...

Dia masih berusaha menginsafkan kamu...

Maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan...

Bila tidak demikian, maka berhati hatilah...."


17)- " Selalulah baik tutur katamu...

Dan halus budi bahasamu...

Serta manis wajahmu...

Dengan demikian...

Engkau akan disukai orang...

Melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain...

Yang pernah memberikan barang yang berharga...."


18)- Hai anakku;

" Bila engkau berteman...

Tempatkanlah dirimu padanya...

Sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya...

Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu...."


19)- " Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku...

Sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian...

Atau mengharap sanjungan orang lain...

Kerana itu adalah sifat riya'~

Yang akan mendatangkan cela pada dirimu..."


20)- Hai anakku;

" Janganlah engkau condong kepada urusan dunia...

Dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja...

Kerana engkau diciptakan ALLAH...

Bukanlah untuk dunia sahaja....

Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina...

Daripada orang yang terpedaya dengan dunianya..."


21)- Hai anakku;

" Usahakanlah agar mulutmu...

Jangan mengeluarkan kata kata...

Yang busuk dan kotor serta kasar...

Kerana engkau...

Akan lebih selamat bila berdiam diri....

Kalau berbicara...

Usahakanlah agar bicaramu...

Mendatangkan manfaat bagi orang lain...."


22)- Hai anakku;

" Janganlah engkau mudah ketawa...

Kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan....

Janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti.....

Janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu...

Janganlah mensia-siakan hartamu...."


23)- " Barang sesiapa yang penyayang...

Tentu akan disayangi...

Sesiapa yang pendiam...

Akan selamat daripada berkata...

Yang mengandungi racun...

Dan...

Sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya...

Dari berkata kotor tentu akan menyesal...."


24)- Hai anakku;

" Bergaullah rapat...

Dengan orang yang alim lagi berilmu....

Perhatikanlah kata nasihatnya....

Kerana sesungguhnya...

Sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya...

Hiduplah hati ini...

Dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya...

Bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan...."


25)- Hai anakku;

" Ambillah harta dunia...

Sekadar keperluanmu sahaja...

Dan nafkahkanlah yang selebihnya...

Untuk bekalan akhiratmu....

Jangan engkau tendang dunia ini...

Ke keranjang atau bakul sampah....

Kerana nanti engkau akan menjadi pengemis...

Yang membuat beban orang lain....



Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini...

Serta meneguk habis airnya...

Kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka....

Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka...

Kelak akan membinasakan dirimu...."

Sunday, September 28, 2014

Subhanallah...Alhamdulillah..Allahu Akbar


Kadang-kala ketika penat melakukan kerja-kerja rumah, terasa seperti mahu lari dari semua kesibukan itu, terasa lelah hingga merasakan 24jam sehari tidak cukup untuk melakukan semua kerja rumah yang tidak pernah habis.  Jangan beranggapan seorang suri rumah tidak bekerja tetapi hakikatnya seorang yang bergelar suri rumah tangga tidak akan habis kerjanya berbanding dengan pekerja pejabat.   Teringat suatu kisah ketika zaman Rasullulah ketika pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti.

Sayidina Ali berkata “Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan
perang.Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu”.
Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di
rumah.Bagaimanapun, Rasulullah sallahu’alaihi wasallam tidak mampu
memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu.Baginda
berkata “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan pekara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripada ku?Apabila kamu berdua berbaring
untuk tidur,
bertasbihlah Subhaanallaah 33kali, bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33kali.

Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam”
Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi
meringkan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saiyidina Ali
terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu.Katanya “Demi
Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada
ku”.

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa
penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan
Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan bertakbir
Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi
ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita.Akan terserlah ceria
di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Mafhum Sabda Rasulullah. “Sebarkan lah ajaran ku walaupun satu ayat,
Nescaya Allah memperbaiki bagi mu amalan-amalan mu dan mengampuni bagi
mu dosa-dosa mu.Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar”.

Secebis Ingatan Buat Adam


Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.

Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...

Artikel iluvislam.com

Maafkan Aku Wahai Suami


Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa?
Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut... tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang... tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jangan Ada Takbur, Cinta Pasti Hancur
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada "virusnya". Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi 'tangan' yang ego, tidak mahu bersentuhan... Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapai-kapailah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami 'disabotaj'nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego si suami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego si isteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, si isteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh... sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

House dan Home
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi 'house' tidak jadi 'home' lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi... kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Dapatkan Cinta Dengan 'Membeli' Cinta
Ada juga pasangan yang hendak 'membeli' cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu 'menyamar' sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
"Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah."

Carilah Allah
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
"Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin."
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu...
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku...
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini...
Maafkan aku wahai suami!
- Artikel iluvislam.com


Penyesalan itu datang pada bahagian akhir...


Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mentadbir seluruh alam, mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak, sehingga kita tak mampu menghitungnya.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

BETAPA TINGGINYA ALLAH MENILAI WAKTU
Waktu adalah usia kehidupan kita dan tempat kita berada, bernaung, mengambil dan memberi manfaat. 
Betapa tingginya nilai sebuah waktu HINGGAKAN ALLAH bersumpah demi waktu dalam BEBERAPA firman-Nya.
WAKTU adalah nikmat yang cukup mendasar dan mahal, namun kebanyakan daripada kita melalaikannya.
Allah berfirman:
“Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan sebagai rezki untukmu, dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan pula sungai-sungai. Dan Dia menundukkan (pula) matahari dan bulan yang terus beredar, dan telah menundukkan bagimu MALAM dan SIANG. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) daripada segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan ingkar (akan nikmat Allah).” (QS. Ibrahim [14] : 32-34).
Nikmat MALAM dan SIANG adalah sebahagian daripada waktu yang sedang diperbincangkan. 
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Dan Dia telah menundukkan MALAM dan SIANG, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan untukmu dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami(nya).” (QS. An-Nahl [16] :12).
Pada ayat yang mulia ini Allah mengisyaratkan, bahawa nikmat tesebut mempunyai arti yang besar bagi orang-orang yang berakal dan mahu mengambil pelajaran.
Allah bangga sebagai pemilik waktu dan tempat serta apa yang di dalamnya. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Dan kepunyaan Allah-lah segala yang ada pada MALAM dan SIANG hari. Dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-An’am [6] :13).
Demikianlah betapa besarnya nikmat waktu yang Allah berikan kepada kita sehingga dalam salah satu firman-Nya Allah subhanahu wa ta’ala mengecam perilaku orang-orang kafir yang menyia-nyiakan umur, berlumba-lumba dalam kekafiran, dan tidak mahu berhenti daripada kekafirannya, padahal mereka mempunyai banyak kesempatan dan Allah telah memberi mereka waktu yang luang dan umur yang panjang.
Allah subhanahu wa ta’ala berfiman:
“Dan bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang panjang yang mana cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah azab kami dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun.” (QS Fathir [35] :37).
Ibnu Katsir rahimahullah dalam menafsirkan ayat di atas berkata: “Bukankah anda telah hidup di dunia dengan umur yang panjang? Jika anda mencari kebenaran nescaya anda akan dapatkan kebenaran itu semasa anda hidup.”
Alangkah indahnya perkataan Imam Qatadah: “Ketahuilah bahawa umur panjang itu akan menjadi saksi, maka berlindunglah kepada Allah agar umur anda yang panjang itu tidak menyebabkan anda tercela.”
Begitulah Allah memberikan umur panjang agar kita berfikir dan penuh perhatian, di samping sebagai kesempatan untuk beriman dan beramal soleh.
Selain ayat yang disebutkan di atas banyak lagi ayat-ayat lain yang mengingatkan kita akan besarnya arti waktu. Cuba buka Al-Quran, nescaya kita dapatkan betapa banyak Allah bersumpah dengan waktu dan bahagian-bahagiannya.
Allah bersumpah dengan indahnya tentang waktu, malam, siang, fajar, zohor, 'asar, antara lain dalam firmanNya:
“Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), dan siang apabila terang-benderang.” (QS. Al-Lail [92] : 1-2).
“Demi malam ketika telah berlalu dan subuh apabila mulai terang.” (QS. Al-Muddatstsir [74] : 33-34).
“Demi malam apabila meninggalkan gelapnya, dan demi subuh apabila fajar menyingsing.” (QS. At-Takwir [81] : 17-18).
“Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja.” (QS. Al-Insyiqaaq [84] :16-17).
“Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (QS. Al-Fajr [89] :1-2).
“Demi waktu matahari naik sepenggalahan, dan demi malam apabila telah sunyi.” (QS. Adh-Dhuha [93] : 1-2).
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.” (QS. Al-'Ashr [103] : 1-2).
Cuba kita perhatikan sumpah Allah dalam ayat-ayat di atas, maka kita akan dapati bahawa sumpah-sumpah tersebut berada dalam keadaan yang serius.
Demikianlah Allah subhanahu wa ta’ala bersumpah dengan waktu kerana dalam waktu terdapat beberapa keajaiban, terdapat kesenangan dan kesusahan, kesihatan dan rasa sakit, serta kekayaan dan kemiskinan. Juga disebabkan berharganya usia ini tak dapat dinilai dengan sesuatu apapun.
Jika kita menyia-nyiakan waktu ribuan tahun untuk sesuatu yang tak ada artinya, kemudian bertaubat, nescaya akan masuk syurga untuk selama-lamanya. Dengan demikian waktu yang sangat bernilai dalam hidup kita adalah pada detik-detik terakhir tadi. Oleh sebab itu Allah subhanahu wa ta’ala bersumpah dengan waktu untuk mengingatkan bahawa pergantian siang dan malam banyak disia-siakan orang.
Adapun keterangan dari As-Sunnah tentang nilai waktu tampak lebih jelas dan nyata. Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi, dan Ibnu Majah dari Ibnu ‘Abbas, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dua kenikmatan yang banyak dilalaikan orang adalah kesihatan dan kesempatan (masa lapang).”
Waktu adalah nikmat yang agung dan pemberian yang besar, hanya saja ini tidak disedari dan dimanfaatkan, kecuali oleh orang-orang yang mendapatkan taufiq daripada Allah sebagaimana yang tersirat oleh hadits di atas, waktu banyak dilalaikan orang, yang berarti sedikit sekali orang yang tidak lalai.
Mari kita renungkan! Setiap denyut nafas kita adalah waktu kita yang kita bawa sekehendak hati kita. Apakah kita bawa waktu kita dalam manisnya ketaatan pada-Nya, atau adakah kita bawa kepada jurang kenistaan dan kemaksiatan pada-Nya, tanyalah diri sendiri?.
Menyia-nyiakan waktu itu lebih berbahaya daripada kematian, kerana menyia-nyiakan waktu dapat memutus hubungan kita dengan Allah, sedangkan kematian memutus dunia dan penghuninya. Namun yang jelas kita sekarang ini berada dalam perjalanan menuju keribaan-Nya dan kita tidak tahu muara dari perjalanan kita ini, Dialah yang mengetahui akhir daripada perjalanan hidup kita.
Oleh kerana itu… marilah kita pergunakanlah nikmat waktu yang Allah kurniakan kepada kita ini untuk memperkuat kesihatan akidah kita dan memperbanyak bekal amal agar diri kita cukup kuat untuk selamat menempuh perjalanan maha panjang menuju kampung akhirat.
Sungguh sering penyesalan itu datang pada bahagian akhir. Itupun kalau masih cukup waktumu untuk menyesal…
Sumber
Moga bermanfaat

Senarai semak akaun akhirat


Pernahkah anda terjaga pada waktu pagi untuk solat subuh.... anda sedang berada di suatu kawasan yang sangat asing pada anda, gelap dan sejuk. Amat menakutkan bukan........apabila anda membuka mata anda rupa-rupanya anda berada di atas katil.Setelah itu pastinya anda amat bersyukur kerana masih bernyawa....andai anda atau kita telah berada di dalam alam sana....tiada siapa boleh menolong kita lagi hatta orang yang kita cintai.

 Mati itu pasti, samada kita sihat hari ini atau kita sedang sakit, muda atau tua, ia akan berlaku bila-bila masa. Mari kita usahakan menguruskan senarai semak akaun akhirat ini:

1) Rukun Iman kita sudah kita jaga, tidak terlibat dengan perkara-perkara yang menyekutukan ALLAH.
2) Rukun Islam kita juga dilaksanakan, mungkin menunaikan haji belum lagi, daftarlah haji usahakan ia.
3) Tinggalkan perkara-perkara haram.....sila semak pada diri sendiri....andai ada perkara haram yang dilakukan segeralah tinggalkan ia.
4) Berusaha untuk solat khusyuk,kalau nak tahu solat kita tu khusyuk ke tak, pas solat tu kita rasa tak roh solat tu....kalau kita rasa, alhamdulillah khusyukla....kalau tak teringat dah solat ke belum ni....maksudnyer solat kita tadi tu lum cukup khusyuk.
5) Perbanyakkan taubat, solat taubat dan beristigfar
6) Menulis hutang .....buat wasiat untuk selesaikan hutang.
7)Membuat amalan yang pahalanya berkekalan walaupun sudah meninggal dunia
    - mendidik anak soleh ( doa anak soleh)
    - sedekah jariah
    - ilmu yang bermanfaat terus mengalir pahala...

Mari usahakan.....

MATI ITU TIADA BAU

 
Mati tiada bau
Tiada boleh diagak orang
Baik yang sihat
Baik yang sakit

Mati boleh segera
Tetiba tinggal kenangan
Baru sahaja jumpa
Sekarang dah tiada

Mati boleh perlahan
Sakit perit bertahun
Derita ubat bertimbun
Matinya kemudian

Tua tak semestinya
Awal dari yang muda
Sakit tak semestinya
Cepat dari yang sihat

Itu bukan tanda
Itu bukan alamat
Semuanya dalam rahsia Allah

Pernah fikir tak
Rasa kita dimandikan
Siapa yang mandikan
Bagaimana dikapan
Siapa yang mengapani kita

Siapa nak turun angkat
Ke liang lahad
Sebelum semadi kekal
Sahabat?
Anak-anak?
Di mana mereka..

Adakah kita sediakan
Pelawat
Tukang mandi
Tukang angkat
Untuk kita?

Doakan Kebaikan Orang Lain

Doa ialah ibadah dan senjata orang Mukmin Doa juga manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Kebiasaannya, kita hanya berdoa untuk kebaikan diri sendiri. Jarang sekali seseorang mendoakan khusus untuk orang lain. Sebenarnya, mendoakan kebaikan orang lain tanpa pengetahuannya merupakan sunnah hasanah yang telah diamalkan
oleh para nabi dan turut diikuti oleh orang soleh. Mereka gembira jika kaum Muslimin memperoleh kebaikan sehingga mereka suka untuk mendoakan saudaranya dan turut mendoakan kesejahteraan diri mereka sendiri.
Amalan seorang sahabat Nabi s.a.w.yang bernama Abu al-Darda’ ialah: “Aku sentiasa mendoakan 70 orang sahabatku ketika aku sujud kepada Allah, dan aku sebutkan satu persatu.” Inilah punca utama tersebarnya kasih sayang dan kecintaan
antara kaum Muslimin.
Daripada Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang
antara kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa-apa yang dicintai untuk dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

Doakan Kebaikan
Kemampuan kita untuk membantu orang yang ditimpa musibah amat terbatas sekali. Kita sendiri pun kadang-kala lemah untuk menolong mereka yang ditimpa kecelakaan. Alangkah baiknya jika rasa
simpati tersebut diterjemah melalui doa yang dipanjatkan kepada Yang Maha Esa agar mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian itu.
Allah berfirman yang bermaksud:“Kamu berdoalah kepadaku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya, orang yang sombong takbur untuk beribadat dan berdoa kepadaku akan masuk ke dalam neraka Jahanam dalam keadaan yang hina.” (Surah Ghafir 40: 60)
Kita tidak boleh hidup sendirian tanpa ayah, ibu, sahabat, teman, jiran, dan lain-lain kerana mereka merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Jika mereka seronok kita juga akan berasa seronok, dan apabila mereka susah kita turut merasakan keperitan yang mereka tanggung. Kita mesti berharap kepada Allah agar orang yang kita sayangi hidup aman dan bahagia Apabila orang di sekeliling baik dan aman, kita juga turut gembira.

Memperoleh Perkara yang Diberi
Mendoakan kebaikan untuk mereka yang dirundung duka akan menyebabkan doa tersebut kembali kepada kita. Jika Allah memperkenankan untuk menghilangkan kesusahan tersebut, maka orang yang pertama sekali merasakan reaksi doa itu  ialah kita yang mendoakannya.
Diriwayatkan daripada Abu al-Darda’,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudaranya secara rahsia dan bukan di hadapannya sangat dimakbulkan. Di sisinya ada malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata(kepadanya): ‘Ya Allah, makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu.(Riwayat Muslim)
Oleh sebab itu, semakin banyak kita mendoakan kebaikan untuk orang lain, maka semakin banyak juga kebaikan yang akan kita peroleh. Kita perlu mendoakan sahabat, orang yang dikenali atau tidak agar lebih banyak kebaikan yang dapat kita nikmati. Cuba kita bayangkan apabila doa yang dipinta dengan penuh khusyuk dan ikhlas diaminkan oleh para malaikat, insyaallah doa tersebut akan dikabulkan oleh Allah. Itulah hikmah seseorang yang sanggup memberikan kebaikan kepada orang lain, Allah juga akan membalasnya dengan kebaikan.

Larangan Mendoakan Keburukan
Apabila kita membenci seseorang,kadangkala terlintas di hati kita untuk meminta kepada Allah agar orang itu ditimpa bala sebagai balasan perbuatannya kepada kita. Hal ini tidak dibolehkan oleh agama seperti hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, Rasulullah s.a.w. yangbermaksud:
“JanganIah kalian mendoakan keburukan menimpa dirimu, anak-anakmu, pembantu-pembantumu atau hartamu, agar doa kalian tidak sama dengan waktu dikabulkan doa daripada Allah sehingga doa keburukan itu dikabuIkan.”(Riwayat Abu Daud)
Tenaga yang terhasil dari dalam diri manusia yang memikirkan sesuatu keburukan itu akan menghasilkan tenaga yang negatif. Orang yang berfikiran negatif mudah mengalami stres dan penyakit akan datang dengan mudah. Oleh sebab itu, kita perlu berfikiran positif untuk mendoakan orang lain dengan kebaikan sebagai tanda bersihnya hati dan jiwa kita. Natijahnya akan wujud suasana kasih sayang sesama orang Islam.

Apek Ini Cuma Naik MRT, Berpakaian Seperti Orang Biasa Sehinggalah Sebuah Akhbar Mendedahkan Siapa Sebenarnya Dia

apek-tua
Dalam dunia ni ramai orang yang kita tidak boleh jangka perwatakannya melalui gaya hidup. Begitu juga dengan apek tua ni. APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura.
Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.
‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan.
Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.
Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.
Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat.
 apek-1
Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.
Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.
Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.

Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah.
Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”apek-3

Wednesday, September 24, 2014

Perlukah Derhaka Kerana Seorang Wanita?


 
Wanita begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa wanita

  • hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.  
  • tidak akan bertambah zuriat di muka bumi. 
  • tidak akan bergelar seorang suami. 
  • tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga. 
  • tidak ada teman untuk bergurau senda.
Kuasa Wanita
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. 


Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

Namun, sejarah juga mencatatkan:

  • Keluarnya Nabi Adam Kedunia di asbabkan oleh Wanita. 
  • Pembunuhan pertama di dunia diasbabkan juga oleh wanita 
  • Kejatuhan Negeri Melaka diasbabkan wanita 
  • Kejatuhan Napoleon Bonapart juga diasbabkan wanita.

Amalan Puasa Bulan Zulhijjah


Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.
Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
.
Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”
.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)

Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”


Tiada wang pun kita boleh bantu bina Sekolah Tahfiz ini


Kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan kewangan, sumbangan tenaga untuk membina sekolah tahfiz ini juga amat dialu-alukan. Pihak sekolah tahfiz mengalu-alukan sukarelawan dalam kerja pembinaan di tapak projek ini terutama mereka yang ada pengalaman asas dalam pembinaan samada sebagai tukang simen, tukang kayu, tukang besi atau sebagai pekerja am.

Pembinaan sekolah tahfiz di Kg Bongek, Jln Chengkau-Pulau Mampat, Rembau kini sedang giat dijalankan. Kos pembinaan sekolah tahfiz ini dijangka sekitar RM 200,000 sahaja. Kini diperingkat membina tapak bangunan.

Kepada mereka yang ingin menderma besi binaan, simen, batu bata, pintu, tingkap, cat serta lain-lain bahan untuk pembinaan sekolah tahfiz ini sila hubungi Pengetua sekolah ini Ustaz Septian 0132646001 .

Untuk sumbangan sila salurkan ke Akuan Maybank 562843505815 (TARB ALGONTORY).
Atau boleh melalui saya sendiri, Rozmal bin Malakan Tel/Whatsapp 012-2267406 .
Lokasi sekolah tahfiz ini ialah berhampiran lebih kurang 1 km dari pekan Chengkau, tepi jalan Chengkau-Pilin. Sekolah Tahfiz ini juga mempunyau cawangan di Puncak Alam, Selangor.
Maklumat lanjut Sekolah Tahfiz ini http://tahfizalgontory.blogspot.com

Tuesday, September 23, 2014

MAK...IBU...UMI...


Yang mengandungkan aku… mak

Yang melahirkan aku… mak

Yang menyusukan aku… mak

Sekolah pertama aku… mak

Rezeki pertama Allah berikan kepadaku di alam rahim…. darah mak

Khasiat pertama membentuk dan menguat tulang temulangku…. kalsium mak

Makanan pertama yang masuk ke mulutku setelah dilahirkan… susu mak

Sentuhan pertama yang membelaiku…. tangan mak

Keindahan dunia yang pertama aku kenal… senyuman mak
Seterusnya

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak

Bila lapar, yang suapkan aku…. mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku…. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak

Bila nangis, orang pertama yang datang…. mak

Bila nak bermanja, aku dekati….. mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanyalah….. mak

Bila nakal, yang memarahi aku…. mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak

Bila takut, yang tenangkan aku…. mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan…. mak

Bila sedih, aku mesti talipon…. mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…. mak

Bila bengang, aku suka luah pada…. mak

Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk!”

Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni…. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…. mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak

Yang selalu berleter kat aku…. mak

Yang selalu puji aku….. mak

Yang selalu nasihat aku…. mak

Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri……

Bila seronok, aku cari…. pasanganku

Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada…. pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat…. pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat…. mak

Bila nak bercuti, aku bawa…. pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine…. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku

Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….?

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..?

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….?

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..? .

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…?

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….?

dan akhir sekali bila mak dijemput pergi

berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…..?