Dalam dunia ni ramai orang yang kita
tidak boleh jangka perwatakannya melalui gaya hidup. Begitu juga dengan
apek tua ni. APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi
di Singapura.
Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.
‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan.
Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.
Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.
Jawatan yang disandangnya adalah Group
President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau
diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan
Pemerintah Singapura.
Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni,
beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada
sticker yang cucu-cucunya lekat.
Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.
Rutin kerja Lim adalah – empat hari di
Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari
lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai,
Singapura.
Lim juga menolak untuk diberikan limosin
sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia
membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.
Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’
kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah
layak pencen dan duduk di rumah.
Soalan yang paling kerap beliau tanyakan
pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk
membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”![apek-3](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tHHw0HHgdkSjIsrfOP7XAorjYxkDE8T3QAYCFc_jPZuhQ-Fm5XvPMuNMcF12A7FpmAzw-ye1leO5Wa8y2eNo7XNmLGy8icBOoFDbRidRqpf64ChqMcdkYUiSgxh4E=s0-d)
No comments:
Post a Comment