![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtarArvll1NzFxDCTnT7T88qGdiZXw_3vgIaPXsGns_tsMyi5DhodjjxpQt_lMV5_w6EXljNumNF3kVYFNZPudGI1SFcRmdDzESZ1RmA3W9qqnsnOCXjD3qFAuTkSNkInO44LhA6Fpa_Y/s1600/1.jpg)
Kaki
ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau
dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak
menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi, jijik,
konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda,
dan berbagai alasan lagi.
Tetapi
tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi
khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi
dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang
ke arah kesihatan yang baik.
**New York: Kajian terbaru mendapati
pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya
‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan
patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di
mana ia berlaku tanpa disedari.
Bagi
mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan
faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan
secara teratur.
Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.
Elak tulang rapuh
Tanda
disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak
tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang
berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.
Laman
web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health
menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari
tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah
tulang.
“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita
tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat
protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis
protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. – Agensi
No comments:
Post a Comment