Sunday, September 21, 2014

Ingatlah Anak2 ku................



Noor Syahira, Muhammad Alif Ikmal, Muhammad Amirul Ikmal,
Muhammad Aidil Ikmal...........


Suatu hari nanti.......................Apabila kamu melihat kami menjadi tua, lemah, pelupa dan tidak bermaya ................Bersabarlah wahai anak-anakku dan cuba memahami diri kami

Jika kami makan dan kami tidak mampu untuk menyuapkan nasi ke mulut kami.............Janganlah memaki hamun kami seperti anjing kurap. Ingatlah ketika kamu masih kecil, kami menyuapkan makanan ke mulut kamu dengan harapan kamu menjadi anak yang sihat dan dapat meneruskan kehidupan

Jika kami bercakap dan mengulanginya lagi cerita dan benda yang sama..............Janganlah tidak memperdulikan kami, tumpukan perhatian kepada kami

Jika ada benda-benda baru yang kami tidak tahu, ajarlah kami dengan lemah lembut...............Ingatlah kami telah banyak mengajar perkara-perkara baru ketika kami kecil

Jangan kamu marah akan keadaan kami. Jangan kamu benci akan keadaan kami. Jangan kamu malu akan keadaan kami. Jangan kamu memandang hina akan keadaan kami. Jangan kamu memandang jijik akan keadaan kami. Jangan kamu memperlekehkan kami. Jangan kamu caci maki kami. Jangan kamu cerca kami.....kerana bila kamu sudah menjadi seperti kami, kamu akan faham akan keadaan kami.

Hanya yang menjadi harapan kami wahai anak-anakku..................Sedekahkan Al-Fatihah sekiranya kami telah ke alam barzakh. Doakan kesejahteraan kami setiap kali selesai menunaikan solat

Akhirnya anak-anakku............Janganlah kamu melakukan kemaksiatan kepada Allah kerana ianya akan menyebabkan kami akan disiksa oleh malaikat-malaikat Allah lantaran dari kealpaan dan kelalaian kami mendidik kamu dahulu.

No comments: