Monday, September 22, 2014

SOALAN BOCOR, MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA?

 
Ada kalanya, ketika musim peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan lain-lain, kedengaran bisik-bisik berkenaan soalan bocor. 

Pelbagai respon daripada para pelajar dan ibubapa. Ada yang begitu bersungguh mendapatkannya dan membuat persiapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Ada juga pelajar yang mendapat soalan-soalan tersebut, tetapi tidak mempedulikannya, bahkan ada yang langsung tidak berminat untuk mengambil tahu soalan-soalan tersebut. Ketika di dalam dewan peperiksaan, ada yang bergembira kerana telah bersiap sedia dengan jawapan dan ada yang menyesal kerana mengabaikan soalan-soalan bocor tersebut. 

Kolum hadis kali ini akan membicarakan berkenaan empat soalan di dalam kubur yang telah “dibocorkan” oleh Rasulullah s.a.w melalui ungkapan baginda yang bermaksud “Tidak akan berganjak kedua-dua kaki setiap hamba (ke syurga atau neraka) pada hari akhirat nanti sehinggalah ditanya tentang umurnya, ke mana dihabiskan. Ditanya tentang ilmunya, apakah yang diamalkan. Ditanya tentang hartanya, bagaimana cara memperolehi dan membelanjakannya. Dan ditanya tentang kesihatan tubuh badannya, apa yang telah dilakukan dalam kehidupan.” ( Tarmizi ; no 2417). Moga-moga kita mengambil perhatian dan mempersiapkan jawapan masing-masing dan berjaya lulus dengan cemerlang di akhirat nanti.

No comments: