Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam
dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di
Tanah Suci.
Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
.
Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah
disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah,
digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10
Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat
setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada
sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba
beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di
dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa
setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama
qiamulail setahun.”
.
Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai
daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)
.
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW: “Sesungguhnya
Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah,
di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang
pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah
orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh,
jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia
mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat
dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)
Puasa Arafah
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari
ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah
haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa
sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
No comments:
Post a Comment