Dr Masaru Emoto
dari Universiti Yokohama menjalankan ujikaji ke atas perubahan bentuk
molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan
negatif.
Apabila air
didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif,
air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal yang indah.
Sebagai contoh,
dalam salah satu eksperimen, air didedahkan dengan bacaan doa agama
Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk
segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.
Beliau turut
mendapati molekul air yang terhasil melalui eksperimen yang dilakukan ke
atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.
Apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik bergenre heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.
Uniknya, air
zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, struktur asalnya tidak
berubah walaupun dikenakan dengan apa sahaja tekanan.
Tidak cukup
dengan itu, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat
gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.
Telaga air
zam-zam mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi
dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan
penyembuhan.
Air zam-zam
juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman
yang terdapat dalam kandungan airnya. Lebih menakjubkan, langsung tidak
ada lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit.
Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit.
Selepas pesakit
membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada
Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.
Teori Emoto
mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air
penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran.
Pembacaan ayat
suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air
penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif
kepada peminumnya
No comments:
Post a Comment