![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2kxe2Hk1gkMh33ltbtH2UpEZHbw7GccaG9EUo-uXkYm04v4-coYr7HhBircqTAUtehzccRoMwHWNP1OGEZfaTLyhNuzjRfqV8azopLzKFmm38b8kyc75LMlI9cOddj5mGSjjzWPepuRk/s320/1662415_10153890560450372_1486115077_n.png)
Beberapa idea yang boleh kita cuba praktikkan untuk membantu anak-anak ceria dan positif.
1. BERSYUKUR
.
Salah satu cara yang baik dan mudah untuk mendidik anak-anak supaya
pemikiran mereka menjadi lebih positif adalah dengan mengamalkan
kesyukuran . Setiap hari, minta anak-anak kita menyatakan 3 perkara yang
mereka bersyukur kerana memilikinya. Pilih masa yang konsisten untuk
berkongsi kesyukuran itu di antara satu sama lain (selepas solat maghrib
sementara menanti masuk waktu ‘Isya misalnya) dan ulangi selama 21 hari
sehingga menjadi satu tabiat . Do’a sebelum tidur juga boleh dijadikan
ritual untuk menyatakan kesyukuran. Kajian menunjukkan bahawa ritual
yang mudah ini mampu membantu otak mengimbas sesuatu kebaikan dan
membantu mengukuhkan kenangan yang baik dan positif dari masa ke masa .
2. SENYUMAN.
Senyuman yang terukir di bibir mempunyai keajaiban untuk meningkatkan
mood dan pandangan kita. Apabila kita melihat seseorang itu tersenyum,
neuron dalam otak kita menerima isyarat mesra dan memberitahu otak kita
untuk membalas kembali senyuman tersebut. Aksi ini akan menyebarkan
kegembiraan di persekitaran kita. Latih anak-anak supaya mudah tersenyum
dengan sentiasa memberikan senyuman kepada kepada mereka terlebih
dahulu.
3. JURNAL.
Galakkan anak-anak untuk mengambil sekurang-kurangnya dua minit setiap
hari untuk menulis pengalaman positif yang mereka lalui pada hari
tersebut. Otak kita tidak boleh membuat perbezaan antara visualisasi
dengan pengalaman sebenar, justeru dengan menulis jurnal tentang
pengalaman positif yang dilalui memberi kesan positif dua kali ganda.
4. BERMAIN.
Menetapkan
sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk melakukan aktiviti yang
menyeronokkan bersama-sama seperti bermain badminton, berbasikal
bersama-sama, bermain sorok-sorok dan sebagainya. Tabiat yang
menyeronokkan selama 15 minit ini bukan sahaja baik untuk kesihatan
fizikal tetapi juga baik untuk mengurangkan risiko menghadapi tekanan
dan kemurungan.
No comments:
Post a Comment