Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak
ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan
sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. (Surah al-Mutaffifin:14)
Ayat ini menjelaskan tentang orang-orang yang
melakukan dosa dan sukar untuk menerima ayat-ayat Allah.
Mulut yang berbau dosa ini sering
mendatangkan masalah terhadap hubungan di antara sesama manusia.
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut
badan binasa. Pepatah ini sering kita sebut-sebutkan dalam hal berkaitan dengan
kesalah mulut.
Persoalannya ialah kenapa mulut ini boleh
berbau dosa? Apakah sukar untuk mulut ini dijaga dengan baik demi menjaga
kemaslahatan dan kebaikan sejagat.
Apabila mulut sudah berbicara
perkara-perkara dosa, maka banyak perkara negatif akan muncul seperti dendam,
permusuhan, pertelingkahan dan sebagainya.
Kadang-kadang kita pelik, bagaimana mulut
yang sentiasa membaca al-fatihah ketika solat, tetapi pada masa yang sama
bekata-kata buruk di luar solat.
Andai dosa itu boleh berbau, sudah tentu
mulut orang yang suka berkata-kata buruk akan berbau busuk mulutnya.
Jika demikian, sudah tentu orang yang suka
bekata-kata buruk itu akan memilih untuk berdiam diri.
Sedangkan berdiam diri itu adalah
perbuatan yang lebih baik dari berkata-kata yang keji dan dusta.
Kita sering mendengar wujudnya segelintir
pekerja yang gemar mencetuskan propaganda dan krontoversi.
Dan apakah yang menyebabkan mereka ini
suka membiarkan mulut mereka berbau dosa? Sedangkan bahayanya mulut itu mampu
membuatkan yang baik menjadi buruk.
Rasulullah s.a.w. berpesan kepada
Sayyidina Ali k.wj. yang bermaksud :
“Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan
apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan).
Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka.
Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing
(gila)”.
Apabila Hati Mula Kotor
Apabila mulut mula berbau dosa, dan ia
sudah pasti bermula dari hati yang kotor. Apakah yang dimaksudkan dengan hati
yang kotor?
Hati yang kotor ialah hati yang terdedah
kepada dosa dan maksiat. Ibarat makanan yang tidak dipelihara atau dijaga
dengan baik, sudah tentu makanan tersebut akan menjadi basi dan tidak elok.
Begitu jugalah hati. Jika ia tidak
dipelihara dengan baik, maka banyak perkara-perkara negatif akan berlaku.
Apakah hal sebegini yang kita mahukan sebagai umat Islam? Tidak pernahkah kita memikirkan perasaan baginda Muhammad s.a.w.
Apakah hal sebegini yang kita mahukan sebagai umat Islam? Tidak pernahkah kita memikirkan perasaan baginda Muhammad s.a.w.
Sudah pasti baginda akan sedih jika
terdapat umatnya yang mulutnya sentiasa berbau dosa.
Hati yang kotor berpunca apabila hati tersebut tidak disirami dengan ayat-ayat Allah. Apakah ayat-ayat Allah yang perlu disirami?
Hati yang kotor berpunca apabila hati tersebut tidak disirami dengan ayat-ayat Allah. Apakah ayat-ayat Allah yang perlu disirami?
Itulah dia ayat-ayat al-quran. Ayat-ayat
inilah yang boleh membuatkan hati kita menjadi lembut dan taat kepada perintah
Allah s.w.t.
Bersihkan Hati Dengan Ayat-Ayat Al-Quran
Kita digalakkan untuk membaca al-quran
dalam seharian hidup kita bagi tujuan untuk melembutkan hati yang keras, membersihkan
hati yang kotor.
Bukankah diturunkan ayat al-quran itu
untuk sekalian manusia? Apakah kita ingin memilih untuk menolak al-quran
sedangkan hakikatnya ia adalah kalam Allah s.w.t?
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku
turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan
janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan
janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli
kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah
kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah:41)
Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan
tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik. (Surah al-Baqarah:99)
Maka jelas dari ayat ini bahawa al-quran
itu diturunkan untuk memberi keterangan kepada manusia dan sesiapa yang
mengingkarinya maka dia adalah orang yang fasik.
Jadi bersihkanlah hati kita dengan
ayat-ayat al-quran agar hati kita tidak menjadi punca kepada mulut kita menjadi
busuk dek dosa.
Pagar Hati Dengan Mengingati Allah
Kadang-kadang punca hati menjadi kotor
kerana ia terdedah dengan hasutan syaitan. Syaitan tidak pernah putus asa dalam
memporak-perandakan umat Islam.
Mereka suka untuk menyesatkan umat Nabi
Muhammad agar mereka mendapat teman di neraka kelak.
Apakah kita ingin bersama-sama syaitan di
neraka atau bersama para nabi dan orang-orang soleh di syurga? Pilihan di
tangan kita. Untuk memagarkan hati kita dari gangguan syaitan ini ialah dengan
memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t
Hati cepat kotor apabila kita melakukan
dosa. Maka pagarkanlah ia dengan segera mengingati Allah s.w.t. Takutlah
pada balasan dan azab Allah s.w.t. Apakah azab Allah itu? Kita boleh lihat
banyak azab yang disebutkan di dalam al-quran.
Dan peliharalah diri kamu dari (azab
sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang
lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat
daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka
(yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. (Surah al-Baqarah:48)
Dan peliharalah diri kamu dari
(huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau
melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang
tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan
orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). (Surah al-Baqarah:123)
Jelas bahawa manusia yang melakukan dosa
pasti akan mendapat azab yang sangat keras dari Allah s.w.t. Apakah
peringatan lagi yang kita inginkan dan kita tunggukan?
Maka peliharalah hati dan mulut kita dari
melakukan sebarang dosa-dosa kerana jelas setiap perbuatan itu pasti akan
dihisab.
Jangan kita biarkan mulut kita berbau dosa
dengan berkata-kata buruk, memfitnah, mengaibkan sesama manusia, berdusta dan
sebagainya.
Bersihkanlah hati dari kekotoran dosa
dengan sentiasa mengingati Allah agar hati itu tidak menjadi punca kepada
berbaunya dosa pada mulut kita.
No comments:
Post a Comment