Betapa sayangnya Allah pada kita. Kalau Allah nak Dia
boleh buka aib kita sehinggakan kita akan rasa malu
untuk berjumpa dgn manusia lain. Hari2 kita melakukan
dosa samada secara sembunyi atau nyata. Kita boleh berlakon
dengan manusia tp Allah tahu apa yg kita lakukan ketika
bersendirian. Jgn lupa kat mahsyar nanti semuanya akan
diperlihatkan satu persatu. Berdoalah semoga Allah
tidak membuka aib kita nanti. Ingat... Allah Maha Melihat
apa yg kita lakukan walaupun pada pandangan orang, kita
insan terbaik.
Tepuk dada tanya iman.
Bila ada orang tegur kesilapan dan kelemahan kita,
terimalah kerana Allah telah kirimkan seseorang
untuk menegur, jgn sombong dengan Allah kerana
kalau Allah yang tegur kita, musibah yang lebih besar
akan kita terima
Rasa sedih bila kita menasihati orang seperti mencurah air
didaun keladi, orang terima tapi tak memberi kesan.
Tapi terubat rasa hari bila Allah kata hidayah itu milik Dia.
Walau sehebat manapun usaha kita tak kan mampu mengubah
manusia tanpa izin Nya. Hati akan ada titik2 hitam disebabkan
dosa2 yang kita lakukan. Kalau hari2 kita buat dosa, bayangkan
mcmana rupa hati kita sebab tu lah susah nak bertaubat