Thursday, October 30, 2014

NR HERBAL BALM


Digunakan secara tradisional untuk melegakan hidung tersumbat. Juga untuk melegakan gangguan kulit, sakit otot dan bengkak. Sms/whatapps 0174700647

NR PHYTOX


Digunakan secara tradisional sebagai pemakanan tambahan untuk menambahkan kesihatan dan menguatkan badan.

NR PHYTOLCEANSE PLUS


Digunakan secara tradisional untuk melawaskan pembuangan air besar dan melegakan sembelit, kembung perut.

NR PHYRTOCLEANSE


Digunakan  secara tradisional untuk melancarkan penghadaman dan melegakan angin dalam badan.

NR BENGKUNG


Dengan rekaan eksklusif dengan ciri-ciri berikut:
  • Mudah dilaras kepada size M-XL 
  • Mudah untuk buang air kecil dan besar tanpa perlu membuka kesemua ikatan bengkung 
  • Mempunyai potongan mengikut tubuh badan untuk keselesaan anda

NR SABUN DHIA


Persediaan tradisional daripada herba dan estrak tumbuhan untuk membuang sel mati, juga mencerahkan kulit serta memberi kesan berlulur dan bau aroma pada badan setelah dipakai.

NR BARRA GEL


Formula yang diperkaya dengan herba–herba terpilih seperti sireh yang terkenal sebagai agen pembersih dengan ciri anti septik amat baik untuk melegakan dan melembapkan serta menyokong penstrukturan komponen tisu. Ia memberikan keselesaan dan kesegaran seharian.

Cucian harian untuk kebersihan peribadi seisi keluarga. Digalakkan pengunaannya selepas datang haid dan semasa mengandung.

NR NU3MED


Memberi tenaga segera serta menyegarkan tubuh badan terutama bagi yang menggunakan tenaga fizikal dan mental
Membantu kecergasan mental dan fizikal kanak-kanak.
Membekal tenaga dan menghangatkan badan untuk ibu-ibu selepas bersalin serta memulihkan luka dan tisu rosak untuk wanita yang menjalani pembedahan bersalin.
Meningkatkan kesihatan dan sistem ketahanan badan untuk semua peringkat usia.

NR MADU TENAGA SEGAR


Digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk melegakan kelemahan badan, melancarkan perjalanan darah untuk tenaga dan kesihatan. Membantu pembersih dalaman semulajadi badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, pengeluaran peluh serta melegakan tanda-tanda selsema dan batuk.

NR MADU NONA HARMONIS


Digunakan secara tradisional bagi wanita yang berumur tiga puluh lima (35) tahun ke atas dan wanita yang telah putus haid untuk kesihatan tenaga, menguatkan otot, melancarkan peredaran darah, memelihara kulit dan kulit muka, melegakan keputihan dan kelemahan badan.

NR MINYAK HERBANIKA


Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot, melegakan batuk dan sakit anggota badan dan sendi, memperlancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.

NR MINYAK BERUBAT HERBA


Minyak berubat ini digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit-sakit ringan pada otot dan sendi, luka ringan dan gatal–gatal kulit.

NR PHYTONATAL


Phytonatal membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi
'angin meroyan' serta 'murung', darah kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan susu ibu dengan lancar.  Ia menambahkan tenaga semasa
dalam pantang, mengimbangi kembali sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan,
mengatasi sakit anggota, kembung perut dan melawaskan sistem pembuangan air besar serta
air kecil.  Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim dengan melancarkan pengeluaran darah
nifas dan membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan yang sihat, mantap serta menyerikan
wajah

NR UNCANG CUCI HERBANIKA


Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari daripada jangkitan kuman (infeksi),
kegatalan kulit, atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan luka, kudis, nanah,
masalah berair dan mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.  Sebagai "mandian herba",
ia memelihara kulit agar segar, mantap dan tidak mudah dimasuki angin sejuk.

RANGKAIAN PRODUK NR





nr2u.com

Hubungi (sms/whatsapp) : 0174700647

Dakwaan bumi akan bergelap selama 3 hari






Betulkah bumi akan bergelap pada 21, 22 dan 23 Disember 2014?

Apapun pandangan atau pendapat berkenaan perkara ini, kita sebagai seorang muslim yang beriman kita perlu menerima hakikat bahawa suatu hari matahari akan terbit di sebelah barat dan mungkin sebelum waktu tersebut berlaku, bumi akan bergelap selama beberapa hari.  Semuanya adalah kuasa Allah s.w.t.  Cuma kita tidak tahu bila waktunya. Apabila matahari terbit di sebelah barat maka tamatlah masa beramal bagi sekelian manusia.

 Surah Al An'am ayat 158

A158 
Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)". 

 Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :
Tidaklah tegak hari kiamat hingga matahari terbit dari arah barat. Apabila ia telah terbit (dari arah barat) dan manusia melihatnya, maka berimanlah mereka semua. Pada hari itu tidaklah bermanfaat keimanan seseorang yang tidak beriman sebelum hari itu atau belum mengusahakan kebaikan di masa imannya”.

 “Bersegeralah melakukan amal-amal ketaatan sebelum datangnya enam perkara : ... terbitnya matahari dari arah barat”.

Menurut kajian, paksi bumi pun telah berganjak dari kedudukannya. Ahli-ahli sains baratpun mengakui bahawa suatu hari akan terjadi peristiwa ini, cuma mereka berhujah tak berdasarkan kepada Al Quran dan Hadis. Setiap pagi semasa menguruskan mak, saya selalu perhatikan kedudukan matahari sewaktu ianya terbit. Kadang-kadang kedudukannya berubah beberapa darjah. Cuba bayangkan sekiranya kedudukan matahari berganjak sebanyak 180 darjah, ini bermakna matahari akan terbit di sebelah barat.  Ya Allah, betapa takutnya waktu itu.  Segala amal kita dah tak diterima Allah. Betapa paniknya manusia waktu itu.  Itu belum lagi terjadinya kiamat.

Peringatan untuk diriku juga...bertaubatlah sekarang, jangan tunggu kerana kita tidak tahu bila masanya akan berlaku, bila ajal akan menjemput kita.

Ya Allah, jadikanlah kami, hamba-hambaMu yang sentiasa mengingatiMu dan terimalah kami dalam keadaan kami yang suci bersih dari dosa. Amin


Pemilik Blog akan dikenakan GST

Alahai.............mulai 1 April 2015, pemilik blog akan dikenakan GST.
Berapa RM yang saya dapat hasil daripada blog ni?????
Tak kan kerana hobi suka-suka pun nak dikenakan cukai juga?????
Kalau adapun blogger yang dapat income dari blog, berapa RM sangat yang dapat.

Adui.............pening betoi.
Kalau betul, nampak gayanya starting 1 April 2015, blog ni dah kena tutup la.
Mana nak "cekau" nak bayar cukai sedangkan pendapatan dari blog pun tak ada.



Wednesday, October 29, 2014

"SIAPAKAH" atau "APAKAH" Yakjuj dan Makjuj



Saya baru terbaca satu artikel berkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj.  Selama ini kita diberi gambaran bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk yang akan membuat kerosakan di atas muka bumi tetapi artikel ini membincangkan dari sessi yang berbeza dan amat menarik untuk kita memikirkan dan di sini ada juga kebenarannya.  Wallallahualam.

Dalam terjemahan Al-Quran bahasa Melayu banyak menulis Yakjuj & Makjuj ialah sejenis kaum yang melakukan kerosakan. Tetapi jika meneliti teks asal dalam bahasa Arab, anda tidak akan menemui satu pun perkataan ‘kaum’ dalam 18:94.
Mereka berkata, “Wahai Zulkarnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di Bumi maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu pembayaran untuk kamu membuatkan satu bendungan (sadda) antara kami dan antara mereka? – (18:94)
Terdapat satu persoalan yang tidak pernah dipersoalkan dalam kajian Yakjuj & Makjuj iaitu jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk atau keturunan manusia, mengapa ‘mereka’ tidak berperang dengan Zulkarnain yang membina sebuah penutup untuk mengurungnya di bawah tanah? Jadi, persoalan asas ‘siapakah’ Yakjuj & Makjuj sepatutnya ditukar menjadi ‘apakah’ Yakjuj & Makjuj kerana :-
  1. Tiada perkataan ‘kaum’ dalam 18:94
  2. Reaksi Yakjuj & Makjuj yang tidak berperang menentang Zulkarnain
  3. Perbezaan perkataan ‘sadda’ dan ‘radma’ dalam 18:94 dan 18:95
Apabila mengkaji Al-Quran untuk mengisi masa lapang, saya gemar memanipulasikan nombor-nombor ayat, surah dan juzuk untuk mencari ilmu yang tersembunyi dalam Al-Quran. Saya menggunakan matematik untuk cuba mencari makna-makna tersembunyi untuk cuba mendapatkan banyak petunjuk dari Al-Quran. Dipendekkan ceritanya, saya mendapat keyakinan bagaimana dengan satu formula kiraan dari nombor ayat, surah dan juzuk boleh digunakan untuk mengetahui beberapa lokasi misteri daripada Al-Quran. 
Sebagai contoh, kita tidak tahu dimana tenggelamnya kekayaan Qarun tetapi dari kiraan kordinat berdasarkan ayat Al-Quran saya mendapati lokasinya terletak di delta Sungai Karun di Iran. Saya tidak fikir ianya kebetulan kerana sebelum mengetahuinya, saya langsung tidak tahu titik kordinat akan jatuh di sempadan Iran/Iraq dan saya juga tidak tahu di situ terletaknya sebuah sungai bernama ‘Karun’. Ikut kajian sejarah, di sekitar sungai ini pernah menjadi antara kawasan pendudukan Bani Israel di zaman silam.
Begitu juga dengan Yakjuj & Makjuj, saya langsung tidak terfikir ianya membawa maksud yang sangat berlainan dengan apa yang ditulis dalam banyak buku mengenainya. Menggunakan teori kiraan yang sama untuk menjejak lokasi harta Qarun, saya mendapati kordinat Yakjuj & Makjuj terletak di tengah-tengah Turki. Selepas lebih setahun, saya mula berfikir kemungkinan Yakjuj & Makjuj adalah sesuatu yang merosakkan Bumi secara semulajadi berdasarkan kepadatan banyak gunung berapi kecil di sekeliling titik kordinat.

Jika anda lihat dalam imej cerapan Google Earth seperti di atas, titik kordinat Yakjuj & Makjuj yang saya kira terletak di atas sebuah monogenetic volcanic field.  Simbol pin ialah kordinat Yakjuj & Makjuj yang dikira manakala tanda ‘x’ ialah gunung berapi. Saya ada beberapa fakta untuk mengatakan Yakjuj & Makjuj ialah limpahan lava yang keluar dari salah satu gunung berapi di atas. 
Berikut ialah hujah saya : -
#1 : Perkataan ‘yakjuj’ bermaksud ‘sesuatu yang menyala’

#2 : Perkataan ‘makjuj’ bermaksud ‘sesuatu yang bergelombang’. Ini saya baca dari banyak buku mengenai Yakjuj & Makjuj.

#3 : Ada juga buku yang menulis ‘yakjuj’ bermaksud ‘self-burned’ (terbakar sendiri) dan ‘makjuj’ pula bermaksud ‘burn others’ (membakar yang lain).


#4 : Tambah menyakinkan, dalam bahasa Turki perkataan ‘yakmak’ dikaitkan dengan ‘api’ atau ‘nyalaan’. Kaum yang ditemui Zulkarnain ialah nenek moyang bangsa Turki hari ini.

#5 : Yakjuj & Makjuj dikenali sebagai Gog & Magog dalam kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Perkataan ‘magog’ hampir menyerupai perkataan ‘magma’ iaitu sejenis batuan lebur di bawah lapisan kerak bumi.

#6 : Zulkarnain ialah Khosrau I, raja Sassanid yang menguasai wilayah sehingga ke tengah Turki, di sempadan terletaknya gunung berapi tersebut. Rasulullah membesar pada zaman pasca-kemangkatan Khosrau I.

#7 : Khosrau I menggunakan bahasa Parsi yang berbeza dengan bahasa Turki. 18:93 mengatakan Zulkarnain menemui satu kaum yang tidak memahami bahasa pertuturannya. Bahasa Parsi vs. bahasa Turki.

#8 : Empayar Sassanid menikmati kemakmuran ekonomi paling makmur pada era pemerintahan Khosrau I. Pedagang-pedagang Arab Quraisy turut mengecapi kemakmuran ekonomi Sassanid pada zaman Khosrau I. Ayat 18:83 menunjukkan mereka yang bertanya kepada Rasulullah sangat mengenali Zulkarnain kerana kehebatan pemerintahannya yang memberikan peluang perdagangan kepada kafilah-kafilah Arab.

#9 : Banyak buku mengatakan ‘Zulkarnain’ bermaksud ‘tanduk dua’. Hanya dua empayar yang mendominasi Asia-Eropah pada abad ke-6 iaitu Roman Byzantine dan Sassanid. Hanya raja Sassanid yang memakai topi berbentuk tanduk dua.

#10 : Yakjuj & Makjuj tidak menentang Zulkarnain yang membina penutup ‘radma’. Ini menunjukkan Yakjuj & Makjuj ialah bencana alam semulajadi yang boleh dikawal oleh manusia dalam tempoh jangka pendek.

#11 : Kordinat Yakjuj & Makjuj yang terletak dalam kawasan gunung berapi monogenetik menunjukkan ianya ialah lava yang melimpah dari sebuah gunung berapi.

#12 : Kerana sifat monogenetik gunung berapi di kawasan ini, Zulkarnain mampu mengawal sebuah daripadanya yang sedang dalam fasa pembentukkan.

#13 : Perbezaan perkataan ‘sadda’ dan ‘radma’. Dalam 18:94, kaum itu meminta Zulkarnain membina ‘sadda’ tetapi dalam 18:95 Zulkarnain memilih untuk membina ‘radma’. Kemungkinan ‘radma’ ialah penutup logam yang dibina untuk meneutralkan lava yang melimpah dari atas gunung berapi tersebut.


#14 : Konsep sama juga digunakan di Indonesia untuk menutup rekahan lumpur gunung berapi di Lusi, Pulau Jawa. Yang berbeza pihak Indonesia menggunakan bebola simen tetapi Zulkarnain menggunakan besi dan logam untuk menyerap kepanasan lava yang lebih panas berbanding lumpur gunung berapi.

#15 : Dalam 18:93 Zulkarnain tiba di antara dua batasan (as-saddain). Banyak buku menulis as-saddain bermaksud dua buah gunung. Dari cerapan Google Earth, ‘as-saddain’ ialah dua gunung berapi stratos Erciyes dan Hassan. Kordinat Yakjuj & Makjuj terletak di antara gunung Hassan dan Erciyes.



#16 : Zulkarnain mengatakan dalam 18:98, penutup yang dibinanya akan hancur. Ikut tafsiran saya, penutup itu akan musnah akibat satu letusan kuat. Ini petunjuk monogenetic volcanic field ini sebenarnya ialah sebuah supervolcano in the making.

#17 : Pengunaan kata ganti nama ‘hum’ untuk Yakjuj & Makjuj dalam 18:94 sama seperti pengunaan ‘hum’ dalam 12:04 yang digunakan untuk kata ganti nama untuk benda bukan hidup.
Beberapa ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882


Beberapa ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
Beberapa ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
Beberapa ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
Beberapa ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882