Ya Allah....kesiannya kat saudara kita ni, duit hasil titik peluh lesap begitu saja. Bayangklan kita yang berada di tempat dia. Allahhuakbar....rasanya nak menangis pun dah tak berair mata. Saya pun pernah terkena walaupun tak banyak tapi memang terasa....geram...sakit hati. Zaman semakin canggih tapi keselamatan tak terjamin. Nak simpan duit kat rumah tak selamat, simpan kat bank pun tak selamat.
SETIU: Wang seorang pesara bagi ganjaran pencen berjumlah RM70,000 di sebuah bank di Bandar Permaisuri telah lesap.
Perkara tersebut disedari oleh Johari Che Ismail, 57, yang tinggal di
Taman Kancil Jaya selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM
pada 1.50 petang semalam berikutan bakinya tidak mencukupi iaitu RM42
sahaja.
Setelah tu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandar Permaisuri pada jam 4 petang semalam.
“Setelah mencuba dua kali untuk mengeluarkan RM500, kad saya tidak
diterima ATM hingga menyebabkan saya masuk ke dalam bank berkenaan untuk
mendapatkan penjelasan daripada pegawai bank,” katanya.
Johari berkata beliau bersara daripada JKR Setiu akhir tahun lepas dan
menerima ganjaran pencen berjumlah RM123,000 yang disimpan di dalam bank
berkenaan.
Menurut beliau, dia bersara daripada JKR Setiu pada akhir tahun lepas dan menerima ganjaran pencen yang berjumlah RM123,000.
Tambahnya lagi, berdsarkan kenyataan bank menunjukkan terdapat
pengeluaran wang dilakukan sejak 14 Mac sehingga 6 Oktober. Bagaimanapun
pengeluaran itu telah dibuat oleh individu yang tidak dikenali secara
pemindahan wang menerusi internet sebanyak 69 kali.
Menurut Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintenden Abdul Rahman Raja Mohammed, kes dikategorikan sebagai jenayah siber.
No comments:
Post a Comment