"Manusia itu tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga
daripada tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu
sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dan akan
terkejut bila kematian datang secara mendadak."
Titipan pesanan Saidina Ali Abi Talib ini, saya kongsikan sebagai
mukadimah perkongsian inti pati Islam Itu Indah oleh Pahrol Mohd Juoi
minggu lalu yang bersiaran setiap Rabu jam 10.15 pagi di radio IKIMfm.
Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya
apabila seseorang itu mati kelak, barulah hakikat kehidupan ini
tersingkap sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah si mati dapat 'melihat'
hidup dengan jelas dan tepat.
Ironinya, saban hari bangun dari tidur, doa di panjangkan tanda
syukur dikurnia sehari lagi usia. Diberi usia bererti dikurnia peluang,
kesempatan dan harapan. Bagi yang taat, hidup adalah peluang, kesempatan
dan harapan untuk mencambah lebih banyak ketaatan. Meminjam semangat
hukama "Buat baik sehingga letih buat maksiat". Sesungguhnya berbuat
baik itu tiada penghujung.
Peluang bertaubat
Bagi mereka suka melakukan maksiat, kesempatan hidup sebagai peluang
untuk mengaku kesalahan dan bertaubat. Allah terus beri hidup pada yang
berdosa, bukan untuk menambah dosa, tapi hakikatnya itulah peluang untuk
bertaubat dari dosa yang dilakukan.
Maha Suci Allah, usia yang Allah berikan pada kita sebenarnya satu
rahmah bukan saja pada mereka yang taat, tetapi juga buat mereka yang
dalam maksiat.
Al-Quran menerusi Surah Al-Hajj ayat 47 Allah berfirman mafhum-Nya
"Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan
azab, pada hal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan
(katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab
di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung."
Sebagai perbandingan, satu hari di akhirat adalah bersamaan dengan
1000 tahun di dunia. Ini bermakna jika usia kita seperti junjungan mulia
Nabi Muhammad SAW iaitu 63 tahun, maka ia bersamaan dengan satu jam
setengah saja hidup di akhirat.
Dengan pengiraan ringkas itu terasa hidup ini terlalu singkat.
Allah mengingatkan kita menerusi Surah Yunus ayat 45 mafhum-Nya "Dan
(ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan
keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia
melainkan sekadar satu saat saja dari siang hari.
Kertas ujian milik Allah ini miliki soalan yang berbeza. Ada kertas
ujian kesakitan, kaya, miskin, lambat jodoh, suami atau isteri curang
dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan juga berbeza antara seorang
dengan yang lain. Panjang atau singkatnya masa ujian, sukar mahupun
mudah kertas ujian yang diberikan manfaatkan sebaiknya untuk berjaya
dengan cemerlang.
Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah
orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima
balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung
semasa hidup di dunia)."
Sungguh tepat seperti yang dinukilkan Imam as-Shafie mengenai
keanehan melihat masa yang berlalu terlalu laju tetapi lebih aneh lagi
melihat manusia yang lalai.
Melihat kepada kehidupan, ia umpama memasuki dewan peperiksaan.
Segala macam perasaan hadir sebelum, semasa dan selepas peperiksaan
berlangsung. Rasa gusar berbaur resah bercampur gentar menjadikan diri
terus waspada, hati-hati dan sifat mencuba yang tidak pernah kenal erti
kalah dan mengalah hadir dengan latih tubi yang jitu dan padu.Dengan hanya berbekalkan satu jam setengah segala usaha dicurah
untuk menjawab soalan yang datang daripada Allah berupa ujian kehidupan.
Hanya yang membezakan adalah kertas soalan peperiksaan di dewan
peperiksaan adalah sama untuk semua calon peperiksaan dengan peruntukan
masa yang sama dan ditetapkan.
Kertas ujian milik Allah ini miliki soalan yang berbeza. Ada kertas
ujian kesakitan, kaya, miskin, lambat jodoh, suami atau isteri curang
dan sebagainya.
Masa yang diperuntukkan juga berbeza antara seorang dengan yang
lain. Panjang atau singkatnya masa ujian, sukar mahupun mudah kertas
ujian yang diberikan manfaatkan sebaiknya untuk berjaya dengan
cemerlang.
Kesal masa diisi dengan dosa
Imam Al-Ghazali menerusi Ihya' 'Ulumiddin menyatakan bahawa ada
orang yang menyesal bukan saja kerana masa itu diisi dengan dosa, tetapi
masa yang tidak diisi dengan apa-apa pun bakal menjadi penyesalan yang
amat sangat.
Dibayangkan umpama kotak masa yang akan hadir ketika di Padang
Mahsyar. Apabila kita membuka kotak masa yang pertama penuh dengan
pahala.
Alhamdulillah, pastinya kita yang diidam dan didambakan membuat
hati menjadi lapang. Akan menjadi dukacita, jika satu kotak yang hadir
penuh dengan dosa kita. Nauzubilla, sudah pasti kita akan menyesal tidak
terhingga.
Dan bayangkan, jika satu lagi kotak adalah kotak kosong, itu pun menurut Imam Al-Ghazali akan dikesalkan oleh kita.
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang
yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam
keadaan malu dan hina, sambil merayu), "Wahai Tuhan kami, kami telah
melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami
ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami
mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah
yakin". (Surah as-Sajadah ayat 12). Penyesalan yang amat besar bagi
penghuni akhirat sehinggakan jika di beri peluang dan ruang untuk
kembali ke dunia mereka akan manfaatkannya walau berkesempatan untuk
mengungkapkan Subhanallah.
Di akhirat kelak kita akan diperlihatkan kehebatan Subhanallah saja
sudah sebesar Bukit Uhud. Dan jika kita mampu melihat kehebatan itu
sekarang sudah pasti bibir kita tidak lekang dari bertasbih tanpa ada
sesaat pun yang akan dibazirkan.
Orang tua berpesan, menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian
tidak berguna. Keyakinan pada waktu itu sudah terlambat dan tidak
memberi apa-apa kesan kerana sesungguhnya nikmat hidup hanya akan
dinikmati apabila kita mati kelak. Jadi bersiaplah untuk akhirat kita ketika di dunia ini. Hidup di dunia untuk akhirat.
Hukama mengatakan perjalanan menuju kematian bermula sebaik saja
kita dilahirkan. Hari ini dan hari seterusnya hanya sisa umur saja.
Manfaatkan sisa umur kita bukan sekadar kerja keras tetapi kerja cerdas.
Wujudkan kesedaran untuk kita manfaatkan masa yang bersisa dengan
memanjangkan amal kita dari modal usia yang Allah berikan seoptimumnya.
Ingatlah, orang yang hebat dalam masa satu jam dia dapat
menghasilkan banyak pahala, tetapi orang yang malang dalam kehidupan
yang panjang sedikit pahala pun tidak diperoleh kerana sifat yang di
namakan lalai. Moga kita semua terhindar dari sifat lalai ini.
Insya-Allah.
Penulis ialah Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm
No comments:
Post a Comment