Wednesday, October 15, 2014

Kitar Semula Bahan Terbuang





Saya nak kongsi satu petua untuk mengekalkan kesegaran sayu-sayuran di dalam peti sejuk di rumah dengan menggunakan bahan terpakai iaitu paper bag aluminium, contoh seperti bekas mengisi milo.

Selalunya kita akan simpan sayur-sayuran pada bahagian penyimpanan sayur-sayuran dalam peti sejuk dan sayuran kita cuma akan bertahan selama 3 atau 4 hari sahaja terutamanya  sayuran tak berdaun seperti kekacang, karet, ubi, cili.  Untuk mengatasi sayuran kita menjadi layu kita cuma perlu masukkan sayuran tersebut ke dalam bag plastik aluminium dan masukkan ke tempat menyimpan sayuran dalam peti sejuk.   Biarkan plastik bag tersebut terbuka dan lihatlah hasilnya, walaupun tak sesegar sewaktu kita membelinya tapi sekurang-kurangnya sayuran tersebut masih lagi tidak layu biarpun dalam tempoh seminggu atau lebih. Boleh juga digunakan untuk menyimpan buah-buahan. Moga bermanfaat.

No comments: