Wednesday, October 29, 2014

"SIAPAKAH" atau "APAKAH" Yakjuj dan Makjuj



Saya baru terbaca satu artikel berkaitan dengan Yakjuj dan Makjuj.  Selama ini kita diberi gambaran bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk yang akan membuat kerosakan di atas muka bumi tetapi artikel ini membincangkan dari sessi yang berbeza dan amat menarik untuk kita memikirkan dan di sini ada juga kebenarannya.  Wallallahualam.

Dalam terjemahan Al-Quran bahasa Melayu banyak menulis Yakjuj & Makjuj ialah sejenis kaum yang melakukan kerosakan. Tetapi jika meneliti teks asal dalam bahasa Arab, anda tidak akan menemui satu pun perkataan ‘kaum’ dalam 18:94.
Mereka berkata, “Wahai Zulkarnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di Bumi maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu pembayaran untuk kamu membuatkan satu bendungan (sadda) antara kami dan antara mereka? – (18:94)
Terdapat satu persoalan yang tidak pernah dipersoalkan dalam kajian Yakjuj & Makjuj iaitu jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk atau keturunan manusia, mengapa ‘mereka’ tidak berperang dengan Zulkarnain yang membina sebuah penutup untuk mengurungnya di bawah tanah? Jadi, persoalan asas ‘siapakah’ Yakjuj & Makjuj sepatutnya ditukar menjadi ‘apakah’ Yakjuj & Makjuj kerana :-
  1. Tiada perkataan ‘kaum’ dalam 18:94
  2. Reaksi Yakjuj & Makjuj yang tidak berperang menentang Zulkarnain
  3. Perbezaan perkataan ‘sadda’ dan ‘radma’ dalam 18:94 dan 18:95
Apabila mengkaji Al-Quran untuk mengisi masa lapang, saya gemar memanipulasikan nombor-nombor ayat, surah dan juzuk untuk mencari ilmu yang tersembunyi dalam Al-Quran. Saya menggunakan matematik untuk cuba mencari makna-makna tersembunyi untuk cuba mendapatkan banyak petunjuk dari Al-Quran. Dipendekkan ceritanya, saya mendapat keyakinan bagaimana dengan satu formula kiraan dari nombor ayat, surah dan juzuk boleh digunakan untuk mengetahui beberapa lokasi misteri daripada Al-Quran. 
Sebagai contoh, kita tidak tahu dimana tenggelamnya kekayaan Qarun tetapi dari kiraan kordinat berdasarkan ayat Al-Quran saya mendapati lokasinya terletak di delta Sungai Karun di Iran. Saya tidak fikir ianya kebetulan kerana sebelum mengetahuinya, saya langsung tidak tahu titik kordinat akan jatuh di sempadan Iran/Iraq dan saya juga tidak tahu di situ terletaknya sebuah sungai bernama ‘Karun’. Ikut kajian sejarah, di sekitar sungai ini pernah menjadi antara kawasan pendudukan Bani Israel di zaman silam.
Begitu juga dengan Yakjuj & Makjuj, saya langsung tidak terfikir ianya membawa maksud yang sangat berlainan dengan apa yang ditulis dalam banyak buku mengenainya. Menggunakan teori kiraan yang sama untuk menjejak lokasi harta Qarun, saya mendapati kordinat Yakjuj & Makjuj terletak di tengah-tengah Turki. Selepas lebih setahun, saya mula berfikir kemungkinan Yakjuj & Makjuj adalah sesuatu yang merosakkan Bumi secara semulajadi berdasarkan kepadatan banyak gunung berapi kecil di sekeliling titik kordinat.

Jika anda lihat dalam imej cerapan Google Earth seperti di atas, titik kordinat Yakjuj & Makjuj yang saya kira terletak di atas sebuah monogenetic volcanic field.  Simbol pin ialah kordinat Yakjuj & Makjuj yang dikira manakala tanda ‘x’ ialah gunung berapi. Saya ada beberapa fakta untuk mengatakan Yakjuj & Makjuj ialah limpahan lava yang keluar dari salah satu gunung berapi di atas. 
Berikut ialah hujah saya : -
#1 : Perkataan ‘yakjuj’ bermaksud ‘sesuatu yang menyala’

#2 : Perkataan ‘makjuj’ bermaksud ‘sesuatu yang bergelombang’. Ini saya baca dari banyak buku mengenai Yakjuj & Makjuj.

#3 : Ada juga buku yang menulis ‘yakjuj’ bermaksud ‘self-burned’ (terbakar sendiri) dan ‘makjuj’ pula bermaksud ‘burn others’ (membakar yang lain).


#4 : Tambah menyakinkan, dalam bahasa Turki perkataan ‘yakmak’ dikaitkan dengan ‘api’ atau ‘nyalaan’. Kaum yang ditemui Zulkarnain ialah nenek moyang bangsa Turki hari ini.

#5 : Yakjuj & Makjuj dikenali sebagai Gog & Magog dalam kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Perkataan ‘magog’ hampir menyerupai perkataan ‘magma’ iaitu sejenis batuan lebur di bawah lapisan kerak bumi.

#6 : Zulkarnain ialah Khosrau I, raja Sassanid yang menguasai wilayah sehingga ke tengah Turki, di sempadan terletaknya gunung berapi tersebut. Rasulullah membesar pada zaman pasca-kemangkatan Khosrau I.

#7 : Khosrau I menggunakan bahasa Parsi yang berbeza dengan bahasa Turki. 18:93 mengatakan Zulkarnain menemui satu kaum yang tidak memahami bahasa pertuturannya. Bahasa Parsi vs. bahasa Turki.

#8 : Empayar Sassanid menikmati kemakmuran ekonomi paling makmur pada era pemerintahan Khosrau I. Pedagang-pedagang Arab Quraisy turut mengecapi kemakmuran ekonomi Sassanid pada zaman Khosrau I. Ayat 18:83 menunjukkan mereka yang bertanya kepada Rasulullah sangat mengenali Zulkarnain kerana kehebatan pemerintahannya yang memberikan peluang perdagangan kepada kafilah-kafilah Arab.

#9 : Banyak buku mengatakan ‘Zulkarnain’ bermaksud ‘tanduk dua’. Hanya dua empayar yang mendominasi Asia-Eropah pada abad ke-6 iaitu Roman Byzantine dan Sassanid. Hanya raja Sassanid yang memakai topi berbentuk tanduk dua.

#10 : Yakjuj & Makjuj tidak menentang Zulkarnain yang membina penutup ‘radma’. Ini menunjukkan Yakjuj & Makjuj ialah bencana alam semulajadi yang boleh dikawal oleh manusia dalam tempoh jangka pendek.

#11 : Kordinat Yakjuj & Makjuj yang terletak dalam kawasan gunung berapi monogenetik menunjukkan ianya ialah lava yang melimpah dari sebuah gunung berapi.

#12 : Kerana sifat monogenetik gunung berapi di kawasan ini, Zulkarnain mampu mengawal sebuah daripadanya yang sedang dalam fasa pembentukkan.

#13 : Perbezaan perkataan ‘sadda’ dan ‘radma’. Dalam 18:94, kaum itu meminta Zulkarnain membina ‘sadda’ tetapi dalam 18:95 Zulkarnain memilih untuk membina ‘radma’. Kemungkinan ‘radma’ ialah penutup logam yang dibina untuk meneutralkan lava yang melimpah dari atas gunung berapi tersebut.


#14 : Konsep sama juga digunakan di Indonesia untuk menutup rekahan lumpur gunung berapi di Lusi, Pulau Jawa. Yang berbeza pihak Indonesia menggunakan bebola simen tetapi Zulkarnain menggunakan besi dan logam untuk menyerap kepanasan lava yang lebih panas berbanding lumpur gunung berapi.

#15 : Dalam 18:93 Zulkarnain tiba di antara dua batasan (as-saddain). Banyak buku menulis as-saddain bermaksud dua buah gunung. Dari cerapan Google Earth, ‘as-saddain’ ialah dua gunung berapi stratos Erciyes dan Hassan. Kordinat Yakjuj & Makjuj terletak di antara gunung Hassan dan Erciyes.



#16 : Zulkarnain mengatakan dalam 18:98, penutup yang dibinanya akan hancur. Ikut tafsiran saya, penutup itu akan musnah akibat satu letusan kuat. Ini petunjuk monogenetic volcanic field ini sebenarnya ialah sebuah supervolcano in the making.

#17 : Pengunaan kata ganti nama ‘hum’ untuk Yakjuj & Makjuj dalam 18:94 sama seperti pengunaan ‘hum’ dalam 12:04 yang digunakan untuk kata ganti nama untuk benda bukan hidup.
Beberapa ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882


Beberapa ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
Beberapa ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
Beberapa ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882
Beberapa ayat Al-Quran memberitahu akan datang beberapa siri bencana yang dikaitkan dengan letusan supervolcano iaitu : - - See more at: http://yakjujdanmakjuj.com/blog/yakjuj-makjuj-ialah-lava-gunung-berapi/#more-882

1 comment:

Anonymous said...

Qarun adalah pembesar Mesir...dan di Mesir sendiri terdapatnya Qarun Lake...dan itulah yg sebenarnya...Wallahu'alam...