Berikut adalah himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau, moga menjadi panduan kepada kita dalam melayari kehidupan ini.
1.
Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak
makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa
penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik
utamakan utk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana
memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa
sunat tersebut , buka puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak
nak?
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat
sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg
lain langsung tak mahu ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan
sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).
3. Sesetengah masjid
suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan
kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar… kadang2 sejam atau
setengah jam sebelum azan dah bunyi dah.. HARAM hukumnya kerana
mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin
ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula
selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang
disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca
al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2
macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala… Sebenarnya kalau kita sedang
baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena
berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur
itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam
10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat
la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid.. Kalau ada AJK masjid yg baca
! ni, please advise..
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2
hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita
tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu
mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di
awal waktu lah..
5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika
hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali
tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan
sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg
sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin
dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca
dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg
menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg
dikhuatiri adalah berikut:
Jika anda sudah bertakbiratul ihram
kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda
ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua.. Takbir kali
kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi
terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu,
bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..
Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi kesimpulannya, make
yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada
takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..
6.
Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa
dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin"..
Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini
kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan
tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin",
"Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf
zal).
7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg
menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak
tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat
sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari
kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah
perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak
sahaja tanpa dilentikkan.
Ketika sujud..tak sah solat kalau macam
tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum
tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti
tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga
solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni
menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..
8. Di bulan
puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah
jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu
mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau
menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan
mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..
9. Apabila
kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di
surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat,
terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak
berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab
lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan
perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau
waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..
10.
Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena
pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi
haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos
perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit
tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..
11.
Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita
kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih
utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat
ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi
layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan
jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat
asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi
jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat
sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat
dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..
Sebagai kesimpulan
kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam
beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg
lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah
sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..
Manusia selalu
heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk
menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment