Wednesday, November 22, 2023

JODOH RAHSIA ALLAH

 Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan isteri yang suka melawan..

Bukan suka² Allah jodohkan kita dengan suami yang panas baran..

Bukan suka² Allah berikan kita anak yang degil dan nakal..

Bukan suka² Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..

Bukan suka² Allah beri kita anak ramai

Bukan suka² Allah langsung tidak beri anak pada kita

Bukan suka² ALLAH beri kita pelbagai sakit..

Bukan suka² Allah aturkan kisah silam kita.. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh-sungguh memohon ampun daripadaNYA.

Bukan saja² kita seorang je yang dapat hidayah.. Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain.

Hidup kita Allah yang atur. Isteri kita Allah yang punya. Suami kita juga milik Allah.. Anak² kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

Jadi, jika kita kehilangan duit, suami, isteri anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. DIA boleh bagi kita dan DIA boleh ambil balik daripada kita bila-bila masa saja. Namun usah lupa. Allah itu Maha Penyayang. DIA ambil sesuatu daripada kita sebab DIA nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernahtahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Inshaa Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tetapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! Inshaa Allah kekuatan itu kita akan perolehi.

Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana-mana. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat² mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!

Lakukanlah! Dan perlahan-lahan, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang DIA ambil dari kita tapi berbeza-beza bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu.. InsyaaAllah.

~Allah tak jadikan sesuatu itu saja² dan suka²~

 

kredit : Ju Wan

ISTERI TAK SELAMANYA SIHAT

 Wahai para suami-suami sekalian..

Ingatlah, pengorbanan.. kesakitan.. kepercayaan seorang isteri.

Isteri bising mungkin dia penat.

Isteri mengeluh mungkin dia kurang rehat dan perhatian.

Isteri banyak diamkan diri, mungkin dia dah lama memendam rasa.

Jadilah suami yang sentiasa mendengar masalah isteri.Mungkin diri kita tidak sempurna, tapi sekurang-kurangnya kita dah cuba buat sehabis baik untuk isteri yang kita sayang.

Rugilah kalau masih tak buat apa-apa.

Kalau dia mengadu dia penat dan tak larat, dia benar2 maksudkannya. Dia memerlukan sokongan, ruang dan perhatian suaminya.

Janganlah diabaikan segala rungutannya. Jangan anggap dia mengada-ngada atau manja.

Ada hari mereka berperang dengan emosi.

Ada hari mereka hilang fokus.

Ada hari mereka sakit.

Ada hari mereka rasa bahagia dengan apa yang ada.

Selagi isteri masih ada depan mata, jagalah mereka sebaiknya…


ISTERI PUN PENAT

 Dulu² masa sehari lepas nikah, Tok Kadi kat sini mmg akan minta pasangan pengantin baru tu datang sendiri utk ambil sijil nikah. Masa mula² sampai, Tok Kadi tu panggil saya dulu, tanpa suami. Dia suruh suami tunggu kat luar. Maka saya pun dgn rasa pelik bin hairan, masuklah ke pejabat Tok Kadi tu. Dah kenapa nak saya masuk seorang diri pulak?

Soalan pertama Tok Kadi tu tanya,

"Apa tugas isteri?"

Saya jawab, "Patuh kpd suami, menyediakan keperluan suami,"

Tok Kadi tu tanya lagi, 

"Dalam rumahtangga, siapa yg kena buat kerja rumah?"

Saya dgn naifnya menjawab, "Isteri,"

Tok Kadi tu tanya lagi, 

"Siapa yg kena memasak?"

Saya masih jawab, "Isteri,"

Tok Kadi tanya terus, 

"Siapa kena basuh kain?"

Dan saya masih jawab, "Isteri,"

Tok Kadi tu tanya lagi, 

"Siapa kena jaga anak?"

Dan saya masih jawab, "Isteri,"

Tok Kadi tu tanya, "Kenapa isteri

Saya diam kejap cari jawapan. Lepas tu saya jawab, "Sebab dari dulu selalu tengok mak yg buat semua tu,"

Tok Kadi tu geleng kepala. Saya dah salah jawab ke?

Lepas tu Tok Kadi tu suruh saya panggilkan suami saya. Tok Kadi tanya kat suami saya,

"Kalau seorang suami menyidai kain, apa org keliling akan cakap?"

Suami saya jawab, "Isterinya queen kontrol,"

Saya tersenyum gelihati dgn jawapan suami saya.

Tok Kadi tu tanya lagi, 

"Sepatutnya siapa yg kena buat semua kerja rumah?"

Suami saya jawab, "Suami,"

Masa ni saya gelak terus sebab ingatkan jawapan dia salah. 😂

Dan Tok Kadi tu anggukkan kepala sambil senyum. "Bagus kalau kamu tahu tugas kamu," Dan dia serahkan sijil nikah kami tanpa soalan lain. Masa tu saya kerutkan dahi. Jawapan suami saya betul?

Masa tu baru saya tahu, kerja rumah adalah tugas suami. Itupun suami saya yg beritahu. Jika isteri yg buat, itu adalah ehsannya terhadap suami.

Suami boleh suruh tapi tak boleh marah isteri jika isteri taknak buat. Tapi selalunya isteri akan buat tanpa disuruh kerana isteri tu dah diterapkan sejak dulu, kerja rumah kerja isteri, bukan suami sebab itu yg diajar sejak dulu.

Dulu, isteri duduk di rumah, suami keluar bekerja. Dah tentulah isteri buat kerja rumah walaupun itu bukan kerjanya.

Sekarang, samada isteri bekerja atau tak, cabarannya tak sama mcm dulu. Nak pulak dpt suami yg tak tahu soal agama. Yg dia tahu, suami punyai kuasa mutlak terhadap isteri. Yg dia tahu, isteri kena ikut cakap suami. Yg dia tahu, isteri berdosa kalau tak ikut cakap suami. 

Kita terlalu mengikut LUMRAH & ADAT,

Sampai lupa pada HAKIKAT.

Malu bila suami dilihat buat kerja rumah, takut nanti orang kata kita ni isteri yg kontrol suami, takut org  kata suami tu dayus. Kalau dgn kawan2 pulak, takut nanti digelar takutkan isteri. Sedangkan Rasulullah pun buat kerja rumah. Rasulullah pun jahit sendiri jubahnya yg koyak. Tak malu dgn Rasulullah ke?

Lebih sedih bila keluarga suami pun tak tahu pasal ni. Bila anak lelakinya buat kerja rumah, menantu perempuan dah dipandang macam hantu dah. Sedangkan sepatutnya dia bangga kerana anak lelakinya mengikut sikap Rasulullah.

Bila rumah selerak, org kata isteri yg malas.

Bila anak² selekeh, org kata mak tak pandai jaga anak.

Bila selalu beli makanan kat kedai, org kata isteri tak pandai masak.

Bila semua suami buat, org kata tak guna ada isteri.

Penat dengar apa org kata. Cuba sedaya upaya supaya org tak mengata. Sampai lupa apa Allah kata.

Itu yg buat kebanyakan isteri memberontak. Bukan sbb benci tapi sbb penat kerana ehsannya tak dihargai. Nak lawan, takut berdosa. Tak buat kerja nanti, takut suami marah. Suami marah, berdosa jugak. Sampai satu masa, buat sesuatu tu sbb kena buat, bukan sbb ehsan lagi. Maka, ikhlas pun hilang. Bila ikhlas hilang, tu yg dah tak pandai cakap elok² kat suami, tak tau nak senyum kat suami, tak tau nak beromantika dgn suami. Semuanya dah takde yg manis.

Jadi, bila isteri buat perangai, carilah puncanya. Isteri takkan cakap, sebab dia dah penat. Penat nak ajar imamnya sendiri. Penat nak ajar suami bagaimana nak jaga isteri. Penat nak ajar pemegang kunci pintu syurganya. Cakap kang dikata mengada², terlebih cakap nanti, dosa jugak. Ajar suami nanti, calar pulak ego suami tu. Serba salah. Jadi, kalau tak pandai, pergi masjid, solat jemaah, cari ustaz dan tanya ustaz.

Wahai suami, jgn terlalu ambil kesempatan di atas ehsannya seorang isteri. Samada isteri tu halalkan ehsannya atau tidak, kamu tetap akan ditanya kelak.. 

 

kredit : Nurul Hidayah