Monday, March 23, 2015

Blue Beam, Projek Rahsia NASA, Freemason Dan Illuminiti Terbongkar!

Blue Beam
Memang benar, setiap kejadian di alam ini adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah.

Bagaimana pula jika dikatakan berlakunya perubahan cuaca ekstrem dunia sehingga muncul pelbagai fenomena aneh seperti musim kemarau dan musim hujan yang tidak menentu akibat perbuatan manusia yang dirancang dengan rapi?

Kedengaran seperti tidak masuk akal. Namun, menerusi projek Blue Beam, sebuah projek rahsia melibatkan NASA, Freemason dan Illuminiti, perkara yang tidak sepatutnya terjadi itu terbukti telah berlaku.

Perkara sulit ini pertama kali didedahkan kepengetahuan umum pada tahun 1994 oleh Serge Monast, seorang wartawan Kanada.

Bagaimanapun, selepas pendedahan tersebut, Monast bersama rakannya yang juga seorang wartawan dilaporkan meninggal dunia.

Kedua-dua mereka adalah individu yang meneliti projek rahsia Blue Beam. Kematian mereka dikaitkan sebagai berpunca akibat 'serangan jantung', walhal kedua-duanya tidak pernah mengalami penyakit tersebut.

Serge Monarst
Serge Monarst.

Kontradiksi itu menyebabkan ramai percaya mereka mati dibunuh. Ini kerana sebelum kematian Monast, seorang anak perempuannya telah diculik dengan tujuan memberi amaran supaya wartawan terbabit tidak meneruskan penelitian terhadap projek Blue Beam.

Dan sejak hari itu, puterinya tidak pernah lagi ditemui.

Daripada apa yang berjaya dibongkar oleh Monast, projek ini diyakini bertitik tolak daripada eksperimen 'Philadelphia' dan 'Montauk' yang dijalankan oleh tentera Amerika Syarikat sekitar tahun 1940an.

Dan eksperimen mengenainya telah dijalankan sebanyak beberapa kali dilokasi rahsia di Nevada, Amerika Syarikat.

Pelaksanaannya adalah dengan menggunakan teknologi canggih dinamakan High Freaquency Active Aurora Reserach Program (HAARP).

Dicipta oleh Nikola Tesla, penemu teknologi tanpa wayar pada tahun 1891.

Pada mulanya, Tesla menggunakan teknologi ini untuk mempelajari lebih jauh lapisan ionosfera, seterusnya mengesan dan meminimumkan kesan gempa bumi.

Akan tetapi, HAARP yang ada di Alaska dikatakan telah banyak disalahguna oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

Pancaran gelombang dari stesen HAARP dimanipulasi untuk mengganggu kestabilan bahagian ionosfera dan stratosfera, dimana-mana bahagian di dunia.

Apabila hal itu berlaku, awan akan terbentuk dan iklim dunia turut berubah seterusnya menghasilkan badai, taufan dan kemarau.

HAARP, Gakona, Alaska
HAARP di Gakona, Alaska.

Tambah memburukkan keadaan, jika gelombang itu memantul semula ke Bumi, segala kerosakan ke atas muka bumi sama ada dalam bentuk tsunami atau gempa bumi akan berlaku.

HAARP dipercayai sudah digunakan oleh negara-negara Barat untuk menghancurkan negara-negara yang sedang berkonflik dengannya.

Antara musibah yang dikatakan buatan negara Barat ialah, gempa bumi di China pada tahun 2009, ribut pasir di China tahun 2010, gempa bumi di Chile, taufan Katrina, penampakan UFO, hujan turun di padang pasir Arab Saudi dan yang paling tidak masuk akal - turunnya salji di Palestin pada tahun 2009.

Daripada maklumat yang berjaya dikuak oleh Monarst sebelum kematiannya, terdapat empat perkara yang cuba dicipta oleh pihak terlibat untuk mendirikan sebuah Agama Dunia Baru atau The New World order.

Cloud in Norway
Penampakan lingkaran awan di Norway.

Salah satunya adalah dengan memunculkan simulasi atau gambar-gambar holografi, iaitu imej fotografi berupa tiga dimensi yang terbentuk oleh alur laser di langit.

Dalam pada itu, mereka turut mencipta gempa bumi buatan dilokasi tertentu, diikuti dengan penemuan-penemuan arkeologi baru.

Hinggakan orang ramai percaya bahawa doktrin agama yang sejak sekian lama dianuti telah disalah tafsir.

Walhal, penemuan itu sebenarnya palsu, sengaja dicipta dan diada-adakan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Dan jika benar projek Blue Beam itu telah dan akan dijalankan, bersyukurlah kerana kita sudah mengetahuinya..

Malaysia Siap Sedia Hadapi Fenomena Puting Beliung



PUTRAJAYA – Malaysia yang selama ini tidak pernah mengalami fenomena puting beliung, kini bersiap sedia menghadapinya.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Datuk Che Gayah Ismail berkata negara mengalami lapan kejadian puting beliung tahun lalu, masing-masing empat di darat dan empat di laut yang juga dikenali sebagai ‘belalai air’.
Beliau berkata fenomena puting beliung, ribut petir kuat, taufan dan angin kencang merupakan kesan daripada perubahan iklim serta pemanasan global.
“Sebelum ini puting beliung amat jarang berlaku di negara kita. Tetapi tahun lalu ia berlaku. Kemungkinan ia akan berulang atau sebaliknya tidak boleh diramalkan kerana Malaysia masih belum mempunyai kepakaran meramalkannya,” katanya kepada Bernama sempena sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2015
Sehubungan itu Che Gayah berkata MetMalaysia sedang berusaha membawa pakar dari Jepun untuk melatih lebih ramai pegawai cuaca tempatan mengenai kaedah terbaik untuk membuat ramalan tentang puting beliung.
“MetMalaysia juga kemungkinan akan menghantar pegawai ke Amerika Syarikat yang mempunyai ramai pakar, pengalaman serta peralatan canggih berkaitan puting beliung,” jelasnya.
Sambutan Hari Meteorologi Sedunia disambut setiap 23 Mac yang kali ini bertemakan ‘Iklim: Pengetahuan Untuk Tindakan’.
Beliau berkata tema itu membolehkan negara anggota Pertubuhan Metereologi Sedunia merangka pelan tindakan dan mitigasi untuk menghadapi perubahan iklim.
Che Gayah berkata sempena hari sambutan, MetMalaysia akan melancarkan “myCuaca” iaitu aplikasi telefon pintar yang menyediakan ramalan dan amaran cuaca harian, gempa bumi dan tsunami serta imej terkini bagi satelit dan radar.
Beliau berkata aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apps Storesecara percuma.
Pelancaran aplikasi itu merupakan anjakan MetMalaysia yang antara lain bertujuan meningkatkan kemudahan, kecekapan dan ketelusan sistem penyampaian maklumat serta perkhidmatan kepada rakyat melalui penggunaan teknologi aplikasi mudah alih, katanya.
- BERNAMA

Sunday, March 22, 2015

Kisah Hutang Dilunaskan Melalui Keajaiban Sedekah Yang Menyentuh Hati Kita

Seorang lelaki telah gagal menguruskan hutangnya apabila perniagaannya bermasalah. Hari-hari pengutip hutang mencarinya sama ada di pejabat mahupun di rumah. Keadaan menjadi lebih parah apabila isterinya minta diceraikan kerana tidak sanggup tinggal dalam keadaan tertekan sebegitu.
Sewaktu senang dulu, dia disibukkan dengan urusan bisnes. Urusan rumah tangga diserahkan bulat-bulat kepada isterinya. Emak dan ayah di kampung pula jarang sekali ditanyakan khabar mereka apatah lagi pulang ke kampung menjenguk mereka.

Dia malu nak pulang ke kampung menghadap emak dan ayahnya. Kawan-kawan yang sama-sama bersukaria dulu pula hilang entah ke mana. Hasrat isterinya ditunaikan dengan talak 1.
Dia berusaha pelbagai cara bagi melunaskan hutang-hutangnya tetapi semuanya menemui jalan buntu. Dalam keputus-asaan dia nekad membunuh diri. Ketika mahu menggantungkan diri, azan berkumandang dan menyedarkan dirinya. Dia turun dari kerusi dan mengambil wuduk untuk solat. Selepas seketika itu dia mendengar pula ceramah agama dari masjid berdekatan rumahnya itu yang kebetulannya sedang berbicara tentang cara mengatasi kesusahan.

Keesokkannya dia pergi ketemu ustaz untuk mendapatkan pandangan ustaz apa lagi yang dia harus lakukan untuk menyelesaikan masalah hutangnya itu. Ustaz kata periksa semula hubungan dia dengan Allah, hubungan dia dengan ibu bapa dan hubungan dia dengan orang lain. Mohon ampun pada Allah dan mohon maaf pada mereka yang telah dia berbuat salah.

Dia datang lagi bertemu ustaz. Dia kata sudah macam-macam perkara dia lakukan. Antaranya, dia sudah memohon taubat pada Allah dan meminta maaf pada orang-orang yang telah dia berbuat salah.
Lalu ustaz itu berkata, bersedekahlah. Dia terkesima.
Bagaimana mahu bersedekah sedangkan duitnya sahaja cukup-cukup untuk dirinya? Itulah yang terdetik di hatinya ketika itu.

Setelah berfikir, dia mencari orang yang susah, bertemu pengurusan sekolah pondok dan anak yatim yang memerlukan. Dia panggil mereka ke rumahnya dan menyedekahkan barang-barang rumahnya yang pernah menjadi simbol kesombongan dia. Dia rasa puas walaupun rumahnya hampir kosong. Hari-hari dia menjaga ibadat dan bersedekah dari segi kudrat, dan apa sahaja yang mampu menyenangkan orang lain.

Dia menemui ketenangan apabila melakukan semua itu meskipun masalahnya belum diselesaikan. Dia bersangka baik pada Allah dan tidak berhenti berdoa. Antaranya doa yang diajarkan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam kepada sahabatnya, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ لدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”

Pada satu hari, kawan lamanya mencari dia. Dia tidak lagi lari atau menyorokkan diri seperti sebelum ini. Dia sambut kawannya itu dengan senyuman dan mengajak masuk ke rumah. Di dalam rumah, kawannya melihat hanya barang keperluan asas sahaja yang ada. Dia masih tersenyum.
Kawannya itu seorang usahawan berjaya mahu menyatakan hajat bertemu dia. Kawannya itu memerlukan khidmat kepakaran dia menguruskan bersama satu projek bandar baru. Dia menolak kerana risau tidak dapat beri komitmen kerana masalah hutangnya itu. Tetapi jika kawannya itu boleh membantu masalah dia, dia mahu bekerjasama.
Kawannya itu tidak ragu-ragu dan memberikan dia cek. Kawannya berkata:

“Ambil cek ini. Gunalah pendahuluan 3 bulan bayaran khidmat kepakaran kamu ini untuk selesaikan masalah hutang itu.”

Lagi sekali dia terkesima dan kali ini disusuli sujud syukur dan air mata. Hanya “terima kasih Ya Allah… alhamdulillah” diucap berulang-ulang kali dari mulutnya.
Noktah.
Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka, dia menjadi putus asa dari berusaha.

Janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.

Melalui surah al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud “Dan jika (Orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan, dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
Mungkin ramai yang berasa berat hati untuk bersedekah ketika waktu susah kerana memikirkan ketidakcukupan yang akan berlaku apabila bersedekah. Namun, jika kita benar-benar yakin dengan rahmat dan kuasa Allah, pasti kita berasa ringan melakukannya.
Sewaktu bersedekah itu, niatkan di dalam hati pemberian itu sedekah dan memohon kepada Allah untuk membantu dan memudahkan hal melunaskan hutang-hutang kita.
Cubalah.

Tuesday, March 17, 2015

SYUKUR ALHAMDULLILLAH



Syukur Alhamdullillah....itu saja yang mampu aku lafazkan tak kala menerima rezeki yang tak disangka2. Satu kejutan untuk aku hari ni.

Monday, March 16, 2015

Panduan Dari NESTLE, Cara Membezakan Produk Milo Tulen Atau Tiruan


 
Menurut pihak Nestle sendiri, cara paling mudah untuk mengetahui tentang ketulenan produk minuman coklatnya itu adalah dengan melihat teknik pembungkusan.

Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” tulis syarikat berkenaan secara rasmi.

Beberapa hari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan membuat rampasan produk tiruan jenama Milo berjumlah RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin.

Kerana teknologi dan kelengkapan yang semakin maju pada zaman kini, banyak pihak mampu memanipulasikan barangan dan jualan di pasaran dengan membuat produk seakan sama.

Yang mengejutkan, proses pembungkusannya dilakukan secara manual dan hanya ditimbang kilo sahaja!

Anda Pasti Terkejut Kenapa Nyamuk Suka Terbang Keliling Kepala Kita

 

 

Percayakah anda, nyamuk adalah serangga yang paling berbahya di dunia? kerana serangga kecil ini dicatatkan membunuh sebanyak 2 juta nyawa setahun.

Satu tabiat nyamuk yang selalu kita lalui dan pasti menyebabkan anda tertanya-tanya mengapa nyamuk suka 'bermain' dia atas kepala kita.


Perkara yang lebih pelik ialah tabiat nyamuk terbang di keliling kepala kita bukanya 'percubaan' untuk menghisap darah kita.


Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar serangga terkenal, Rick Pollackdari Amerika Syarikat, mengatakan nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.


Yang paling pelik membuatkan anda pasti terkejut ialah ia adalah permulaan untuk mengawan dimana nyamuk jantan akan menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, dan atas kepala manusia.


Ini semua berlaku kerana nyamuk jantan ‘menari’ untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan. – sumber




Tuesday, March 10, 2015

RTM bakal tumbangkan Astro.. Hanya Syed Mokhtar mampu tandingi Ananda Krishan



Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang rungutan mengenai perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Kisah tak ada siaran ketika hujan dan juga bill mahal yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sering kali terdengar khususnya di media sosial.

Itu belum lagi diperkatakan mengenai rancangan yang sama diulang beratus-ratus kali serta program hiburan yang adakalanya naik menyampah tengok, tetapi masih dihidangkan kepada pengguna. Malah sejak akhir-akhir ini, iklan komersial makin meriah walhal pengguna bukannya bayar yuran bulanan untuk melihat iklan.

Pihak Astro pula seolah-olah bermaharajalela berbuat apa saja terhadap pengguna demi mengaut keuntungan berjuta setiap bulan. Dimaklumkan, Astro mencatatkan keuntungan berbilion ringgit Malaysia setiap tahun hasil daripada lebih 3 juta pelanggan tetapnya.

Jangan dipersoalkan kenapa masyarakat masih memilih Astro jika tahu penyedia perkhidmatan berkenaan mempunyai rekod yang mengecewakan terhadap pelanggan dan juga siaran tv nya.., ia adalah kerana masyarakat tiada pilihan khususnya kawasan yang tidak ada liputan siaran televisyen. Maka sebab itulah Astro terpaksa dijadikan pilihan.

Kini dimaklumkan terdapat berita yang sangat melegakan kepada pelanggan yang tak berpuas hati dengan Astro. Dan apabila berita ini menjadi realiti, dijangka zaman kegemilangan 'kaut untung' Astro akan berakhir.

Jika dahulu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pilihan utama rakyat seluruh negara, kini zaman emas itu akan kembali lagi dengan program pendigitalan saluran rancangan stesyen penyiaran terbabit yang disahkan sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.

Ini umpama buku dengan ruas kepada syarikat Astro kerana selepas selepas program pendigitalan RTM, rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standart (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.

Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.

Malah, sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar Bukhary juga akan memberikan dekoder percuma kepada 2 Juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.

Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.

Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.

Inilah yang dikatakan bahawa Astro bakal bertemu buku dengan ruasnya. Dan tak dapat dinafikan, sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary amat besar kepada rakyat Malaysia. Dan siapa dapat nafikan, bahawa hanya anak melayu seperti Syed Mokhtar sahaja yang dapat meneutralkan Taikun besar seperti Ananda Krishan? - Chewan/Utaranews.com

Monday, March 9, 2015

Rahsia Lantai Masjidil Haram Tidak Panas


Pernah kah kita terfikir mengapa lantai marmar di Masjidil Haram tidak panas? Umat Islam boleh berjalan dengan selesa untuk tawaf, walapun dibawah terik mentari. Tak ada pula orang yang berlari sebab kepanasa semasa tawaf kan. Bagi yang sudah tahu sebabnya, anggaplah ini sebagi sesi ulangkaji, jom kita belajar sejarah

masjidil-haram2
 
 Menurut buku karangan Sami Bin Abdullah Al Maghlouthm yang berjudul 'Atlas haji Dan Umarah" dana beberapa sumber lain.
Pada awalnya tempat tawaf di Masjidil Haram tidak dipasang jubin marmar seperti yang ada pada hari ini. Pada ketika itu hanyalah berlantaikan pasir yang lapang.
 
Pada zaman Abdullah Ibnu Zubair. Sekitar tahun 1375 Hijrah 1954 M, jubin marmar dipasang bergaris lima meter dari Kaabah. Dibawah pemerintahan Raja Abdul Aziz, hamparan jubin marmar terus dilebarkan.
 
Kini lantai marmar itu diperbuat dari marmar yang tinggi kualitinya, yang mampu menahan panas dibawah terik matahari.
Pada zaman pemerintahan Raja Faisal, pengubahsuaian terus dilakukna dengan pembongkaran Makam Ibrahim dan melebarkan lagi kawasan untuk tawaf.
 
Seterusnya disambung pula oleh Raja khalid, yang memperluaskan lagi ruang untuk tawaf. Gerbang menuju ke Telaga ZamZam pula dipindahkan ke serambi masjid sebelah timur. Selepas itu barulah seluruh bahagaian Masjidil Haram dipasang jubin marmar, menjadi tempat tawaf.
Zaman Raja Fahd, ruangan bawah tanah pula dibangunkan. Dan ditingkat bawah ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah. Jadi sebab itulah hari ini lantai untuk umat Islam tawaf tidak berasa panas, walaupun suhu cuaca yang sangat panas.
 
 Dengan usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Kerajaan Arab Saudi, banyak yang telah berubah unutk lagi menyenangkan umat Islam menunaikan ibadah Haji. Kini dibina pual jambtan Mataf, untuk memudahkan lagi umat islam tawaf mengelilingi Kaabah.
 

Tuesday, March 3, 2015

Guru Ini Perlu Mengajar Seorang Anak Autisma. Apa Yang Dia Temui Selepas Itu Speechless

Nota Editor : Kisah benar ini telah dikongsikan di Facebook Group Autisme Malaysia oleh Ustaz Haidar Mahmud. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal dengan harapan ia turut memberi manfaat dan pengajaran kepada kita. Benarlah, di sebalik kekurangan itu terselit suatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh ramai manusia normal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga AM sekalian. Ini kisah saya dan seorang anak yang sangat istimewa. Istimewa di mata saya , istimewa di sisi tuhan.

Kisahnya bermula begini.

Januari 2015 :
Sesi persekolahan 2015 baru bermula. Saya memulakan tugas bagi tahun yang kedua di sebuah sekolah yang berkonsepkan aliran tahfiz dan akademik. Hari ini pelajar baru datang mendaftarkan diri bersama ibu bapa masing-masing. Sedang saya melihat dan membantu tugas pendaftaran. Mata saya tertumpu pada seorang pelajar yang sedang duduk di dalam dewan taklimat. Dari pemerhatian saya pada tingkah laku dan reaksi muka pelajar itu, saya dapat rasakan ada sesuatu yang lain pada diri pelajar tersebut.

Pertengahan Januari 2015 :
Ternyata telahan saya betul.petang itu, saya telah menerima sekeping kertas yang disampaikan kepada saya melalui seorang pelajar. Saya membukanya lalu terus melihat dan membaca. Surat akuan pelajar OKU. Surat yang mengesahkan bahawa pelajar tersebut menghidap penyakit autisme.Pihak sekolah juga baru maklum mengenai perkara ini.Timbul pertanyaan dan tanggapan yang pelbagai di kalangan kami guru-guru yang baru tahu mengenai hal ini. Bagaimana dia boleh lepas ujian kemasukkan? Dia tidak membahayakan orang lain kah? Boleh kah dia belajar di sini? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul.

Semenjak hari itu, saya mula memberi sedikit perhatian pada pelajar tersebut. Saya turut menasihatkan pelajar lain agar tidak mengganggu atau bergurau berlebihan dengan beliau. Adakalanya saya datang melihat beliau ketika waktu prep. Saya perasan pelajar-pelajar lain suka mengusik beliau dengan memanggil manggil nama beliau tanpa sebarang tujuan.
Namun,apa yang melegakan hati saya adalah ketika melihat dia begitu gembira bermain badminton di waktu petang bersama rakannya yang lain. Walaupun pukulannya tidaklah begitu betul namun jelas terlihat keseronokan di wajahnya.
kanak-kanak-autisma
25 Februari 2015
Saya telah dipanggil untuk bersama guru kelas yang lain bagi membincangkan status pelajar yang telah lulus untuk memasuki kelas hafalan al-quran.Dari 7 orang pelajar,5 orang telah lulus. Salah seorang daripadanya adalah pelajar tersebut. Saya masih hairan dan tertanya tanya bagaimana pelajar ini membaca quran. Ini kerana sewaktu ujian al quran, saya tiada di sekolah.

Oleh kerana kelas saya agak ramai pelajar berbanding kelas yang lain, maka guru guru lain terlebih dahulu memilih pelajar untuk masuk ke kelas mereka. Sampai kepada giliran pelajar ini, seorang guru telah dicadangkan untuk mengambil pelajar ini memasuki kelas beliau. Namun ditolak dengan lembut kerana khuatir tidak mampu membawa pelajar ini dengan baik. Lalu saya tergerak hati untuk tawarkan diri mengambil pelajar ini memasuki kelas saya.

Di dalam kelas, beliau hanya duduk di kerusi dan menghadap alquran di depannya. Tidak banyak bercakap dan suaranya juga agak perlahan. Saya memberitahunya untuk menghafal juzuk 30. Jika sudah hafal,esok boleh baca dengan saya.

26 Februari 2015 :
Seperti kebiasaan di waktu pagi, saya akan memasuki kelas seawal jam 7 pagi dan menunggu pelajar datang kepada saya untuk membaca hafalan yang telah dihafal pada malam tadi. Setelah beberapa orang pelajar membaca dengan saya, saya memanggil pelajar tersebut untuk membaca hafalannya jika dia sudah sedia. Tiada sebarang respon. Saya menganggap mungkin dia belum hafal, maklumlah baru sahaja masuk ke kelas tahfiz.

Selepas rehat. Pelajar-pelajar saya sudah kurang bersemangat untuk mengulang bacaan. Semuanya kelihatan letih kerana mereka berpuasa pada hari ini. Puasa sunat khamis. Setelah menunggu agak lama, saya memanggil pelajar istimewa ini untuk duduk di tepi saya. Saya bertanya sudah hafal ke? Dia menjawab sesuatu namun saya tidak dapat menangkap butir bicaranya kerana terlalu perlahan.
Lalu saya terus menyuruh dia membaca surah an-naba’. Surah pertama juzuk 30. Dia pun memulakan bacaannya tanpa melihat mushaf al quran di depan saya. Satu muka dia selesai baca. Boleh tahan kata hati saya. Muka surat kedua, dia telah selesai membaca surah an-naba’ secara hafalan. Hebat juga. Saya sangkakan dia hanya menghafal satu surah tersebut, ternyata saya silap. Pelajar ini meneruskan hafalannya dengan membaca surah an-naaziat . Saya mengambil keputusan untuk melihat dan membiarkannya meneruskan bacaan hafalannya. Dari satu surah ke satu surah, dia dapat menyambung dan meneruskan bacaannya dengan penun lancar. Sangat sedikit kesalahan bacaannya. Saya kira tidak lebih dari lima. Ada ketikanya dia tersangkut pada satu ayat, hati saya berkata mungkin sampai surah ini sahaja dia hafal. Sekali lagi telahan saya meleset. Dia membetulkan semula bacaannya dan meneruskan kembali hafalannya.

Waktu itu, pelajar lain sudah mula melihat-lihat ke arah beliau. Mungkin kerana mereka tertanya-tanya kenapa lama sangat atau mereka melihat reaksi saya yang tertunduk tunduk rapat ke mulut pelajar ini untuk mendengar bacaannya yang agak perlahan.

Di saat beliau membaca ayat terakhir dari surah an-nas, surah terakhir juzuk 30. Mata saya sudah mula berkaca kaca. Secara spontan saya terus mengambil tangannya lalu saya salam dan mencium tangan beliau. Hari ini perasaan saya bercampur campur. Gembira,teruja sedih dan insaf. Pelajar istimewa ini telah mengajar saya satu pengajaran hidup yang sangat bermakna. Jangan pernah sesekali kita menghina dan merendahkan seseorang kerana sifat luarannya, kerana kemungkinan insan yang kita hina itu amat istimewa dan mulia di sisi tuhan.

Saya membuka helaian juzuk 29. Saya kata pada beliau. Esok boleh mula hafal juzuk 29. Tanpa dipinta, beliau mula membaca surah al-mulk seperti sudah dihafalnya. Bertambah terkejut saya. Sudah hafal juzuk 29 juga ke? Saya memberhentikan bacaannya dan berkata.” Esok, insyaAllah.”

Monday, March 2, 2015

ANAK-ANAK UJIAN ALLAH

 
Dalam setandan pisang kata orang "tak semuanya elok" dan "tak semuanya busuk".
Lazimnya kalau seseorang ada 6 orang anak, salah seorang "tak menjadi" - bermasalah, tidak maju macam abang/kakak/adiknya dsb.
Jadi ?
Terima sajalah, apa boleh buat !
SALAH. SALAH. SALAH.


Seperti contoh di atas, seorang dari enam adik beradik tidak menyerlah. Mungkin sedikit bermasalah. Kalau kita anggap tafsiran di atas tepat, maka tugas mak-ayah ialah bersabar sajalah ... apa boleh buat ... kan "dalam setandan pisang tak semuantya elok".
SALAH. SALAH. SALAH.

Kenapa ?
Tafsiran saya.
Itu semata-mata UJIAN ALLAH.
Kekadang kalau semua anaknya hebat MUNGKIN Mak-Ayah itu naik riak, naik sombong atau lupa diri.
"Kami hebat, pandai didik anak"
"Kenapa kamu teruk sangat, anak kami semua OK apa"
"Laa nak didik anak pun tak tahu, senang aja"

Apabila Allah menguji dengan seorang anak yang tidak menjadi maka mak-ayah itu lebih SENSITIF, lebih FAHAM, lebih TERBUKA kepada Mak-Ayah lain yang anak-anak mereka "kurang menjadi"
Tu satu aspek.

Aspek kedua.
Fahaman "dalam setandan pisang bukan semua yang elok" memberi isyarat seolah-olah pisang yang busuk tu dah tak boleh buat apa-apa.
SALAH, SALAH, SALAH.

Kalau kita mentafsir seorang dua anak yang kurang menyerlah macam anak-anak lain sebagai ujian Allah, maka ternyatalah ...
Anak itu juga boleh dibimbing
Anak itu juga boleh diasuh
Anak itu juga boleh berjaya ....
Cuma perlukan
Usaha yang lebih
Beri masa yang lebih
Sumber yang lebih
Tumpuan yang lebih

Maka, InSyaAllah dia juga boleh berjaya.
Sekian adanya.

Jadi kalau seorang dari ramai anak lain kurang menjadi, kurang menyerlah serta sedikit bermasalah anggaplah sebagai UJIAN ALLAH. Usah tafsir seperti kita lazimnya mentafsir perumpamaan di atas. SALAH.

Dr Dasuki Abdullah

 Sebaik bekalan untuk anak bukanlah harta tetapi ilmu agama, ilmu kemahiran untuk hidup, untuk bekerja, didikan akhlak untuk menjadi insan yang baik pada manusia dan pada tuhannya. Ini terkandung dalam tanggungjawab mendidik. Jika ini telah sempurna, bertawakkallah kepada Allah, yakinlah Allah akan memberi rezeki.